Wednesday, 23 October 2019

Movie Review : The Gangster, The Cop, The Devil


Director : Won-Tae Lee
Writer : Lee Won-tae
Cast : Ma Dong-seok, Kim Mu-yeol, Kim Sung-kyu
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Kiwi Media Group
Genre : Action/Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : May 15, 2019 (South Korea)
Trailer :



Movie The Gangster, The Cop, The Devil ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes 2019 pada Mei lepas dalam category Midnight Screenings. Not only that, movie ni akan dibikin semula under production house, Balboa Productions milik Sylvester Stallone dekat US nanti. Congrats to Ma Dong-seok sebab akan melakonkan watak The Gangster dalam movie Hollywood remake tu nanti. Fuhhh dah pergi jauh lepas famous dalam movie Train To Busan!


Movie TGTCTD ni mengisahkan tentang Jang Dong-su (Ma Dong-seok, aka Don Lee) yang ditikam secara rambang oleh serial killer di kawasan tu tapi dalam semua mangsa K (Kim Sung-kyu), Don Lee yang berjaya hidup walaupun hilang banyak darah dan ditikam banyak kali. 

Det. Jung Tae-seok (Kim Mu-yeol) ditugaskan untuk selesaikan kes pembunuhan dan dia syak yang ni kerja pembunuh bersiri dari daerah lain sebab modus operandi yang sama tapi boss dia tak percaya walaupun ada bukti bergambar. Bila Don Lee masuk hospital, dia tahu Dong-su ada jawapan untuk kes ni sebab Dong-su je yang dah tengok muka K walaupun samar-samar sebab gelap dan hujan.


Detektif Tae-seok dan Dong-su bekerjasama mencari K disebabkan dui dan manpower Dong-su bagus meanwhile Don Lee perlukan DNA dan data peribadi K. Cuma ada satu syarat dalam misi ni. Kalau Don Lee jumpa K dulu, dia akan bunuh K tanpa belas tapi kalau Detektif yang jumpa, K akan dihadapkan dan dibicarakan mengikut undng-undang Korea. Nak tahu siapa yang jumpa dulu kena tengok la movie ni.


Jalan cerita dah memang menarik dah even the ending pun unpredictable sebab Detektif Tae-seok dengan Dong-su sama power je. Yang bestnya kalau Korea buat genre thriller, dia punya suspense tu menjadi sangat sampai masa tengok movie ni rasa macam gangster tak scary macam psychopath.


Dalam movie ni memang expose life gangster ni hidup bersimbiosiskan polis. Bayar duit rasuah then berniaga haram secara aman. Dalam movie lain dan drama pun dah banyak ketengahkan isu rasuah dan korupsi ni. 

You guys will have split emotion dengan karakter gangster Dong-su sebab dia agak scary bila dia tarik gigi dengan tangan dia je sebab marah but in another scene dia jadi hero untuk daerah tu sebab berjaya expose K to audience while another scene is emotional bila dia bagi payung sebab student tu basah kena hujan.


Ma Dong-seok memang dapat enough screentime untuk dia menyerlah in so many shades while Kim Mu-yeol remain as angry cop and Kim Sung-kyu being a creep psycho. No wonder lah Ma Dong-seok dapat invitation ke Hollywood walaupun tajuk movie ni setiap karakter stands alone tanpa kata hubung AND sebab 3 karakter ni agak kuat dalam movie ni.


For me this movie is entertaining as thriller and action genre, I have so much fun watching and got scared when K appeared also. Though ada certain scenes yang draggy tapi tak banyak pun cuma ada certain scene yang memualkan lah sebab I tengok time lunch. Recommended to thriller movie fans and thanks to team TGTCTD sebab dah keluar dari bubble slow pace untuk pergi ke Cannes! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

8 comments:

  1. ok sekarang jugak nak pi cari ada tak yg boleh tengok online. hehehehehe

    ReplyDelete
  2. menariknyaaa review movie nie . Okey kejap lagi saya download terus . Btw yang gemuk tu belakon dalam train to busan tu kan .?

    ReplyDelete
  3. akak memang dah lama jugak suka ngn ma dong-seok nih, walaupun dia berlakon movie gangster tapi layan betul lah. akak ada terbaca jugak yang pasal movie ni akan di bikin semula di hollywood cuma tak sangka mereka nak hero yang sama. filem ni belum tengok lagi, nanti nak tengok jugak... sebab ramai dah kata movie ni best

    ReplyDelete
  4. okay nak masuk movie ni dlm to-watch-list hehe Thanks for the review :)

    ReplyDelete
  5. Done watched! Haha baru buat review haa.. Tapi, tak sekemas your word. ^^

    ReplyDelete
  6. Dah tengok. Best giler kot cerita ni.

    ReplyDelete
  7. Memang ohsemlah filem ini.. boleh nampak yang gengster tu tak lah menakutkan berbanding psycopath.. hehehe

    ReplyDelete
  8. i read a considerable measure of stuff and i found that the method for composing to clearifing that precisely need to say was great so i am inspired and ilike to come back again in future.. 3x Sportlemon

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.