Bercucuk Tanam Inisiatif Kurangkan Perbelanjaan Bekalan Import

Wednesday 16 October 2019

Bahang Bajet 2020 belum habis lagi bila giliran bajet alternatif pula dibentangkan oleh pihak pembangkang. But just lets put that aside sebab taknak berbahas bajet siapa lebih bagus lagipun baca tajuk pun dah tahu nak sembang pasal apa. 


Sebelum ni pernah up entri 8 Cara Kurangkan Hutang Negara so entri ni kira part 2 lah sebab baru perasan yang jumlah amaun Kerajaan belanja setiap tahun agak tinggi. Kerajaan import bekalan makanan dari 120 buah negara dan lebih mengejutkan lagi bekalan bahan asasi yang boleh je ditanam di negara kita macam kelapa, kentang, cili, bawang even pisang dan rambutan. 


Kita bangga bila musim buah datang kita boleh makan pelbagai buahan tempatan tapi hakikatnya ada yang diimport untuk pastikan ada yang tak mengamuk stok dah habis. Even durian pun ada yang import dari Thailand. Jumlah buah-buahan yang diimport untuk suku tahun je dah mencecah RM1.5 bilion. 

Ni statistik kasar jumlah bekalan import untuk beberapa tahun yang I jumpa : 

Tahun 2010 - RM30.2 bilion
Tahun 2014 - RM42.6 bilion
Tahun 2015 - RM45.4 bilion
Tahun 2019 - RM65.9 bilion

Nampak tak peningkatan mendadak dari tahun 2010? I was shocked when I heard the amount involved for this year. Terlampau tinggi sedangkan negara kita boleh produce sendiri instead of import. No wonder lah selalu nampak artikel Kerajaan gesa rakyat untuk bercucuk tanam. Puncanya sebab negara kita terlampau bergantung pada bekalan luar. Kita eksport tak banyak tapi import tinggi so ekonomi memang tak balance lah cerita dia. 


Of course tak semua orang mampu tanam especially untuk kawasan perumahan flat, apartment dan kondo. Tapi boleh je buat satu kawasan khas untuk sama-sama wujudkan kebun kecil. Dekat negara luar pun dah mula tanam salad dan pokok lain di kawasan perumahan. Sama-sama jaga, sama-sama makan hasil tuaian. 


Even better kalau dekat sekolah especially sekolah berasrama untuk berkebun since ada banyak kawasan lapang. Membantu sangat untuk cut separuh belanja Kerajaan sebab sekolah ada stok bekalan sendiri. Contoh tanaman macam jagung, cili, cendawan, bendi, kacang, keledek, terung ataupun tomato. 


Kerajaan Negeri Sembilan dah cari tanah terbiar untuk galakkan belia menanam tebu, jagung manis, nanas dan nangka madu untuk dieksport ke negara luar. Kementerian Pertanian dah cari tanah di Sabah dengan Sarawak untuk penanaman padi supaya boleh kurangkan import beras dari negara luar. Langkawi pula dah diberi insentif untuk penanaman padi pulut. 


FAMA makin giat promote penaman menegak, penanaman bertingkat dan penanaman hidroponik macam yang diamalkan di Singapura dan negara-negara lain. For those yang baru mula nak menanam boleh baca dekat entri tanaman untuk beginners yang senang tanam. 


For now mungkin tengah cukup lagi bekalan tapi disebabkan sekarang ni tengah perang ekonomi antara China dan US, ada baiknya start sekarang. Tambah pula kita dah perang ekonomi dengan India bila India dah ban eksport bawang dan berhenti ambil bekalan minyak sawit dari kita. Lepas ni mungkin cili pula. 

5 comments

  1. tanam sendiri sebenarnya lagi bagus dari beli.. sbb kita tahu apa kita sembur kat tanaman kita. beracun ke tak semua :)

    ReplyDelete
  2. kami dok atas langit mmg tak ada tanah. tanam dlm pasu tp x kena matahari heheheh

    ReplyDelete
  3. Wah kena betul tajuk ni dengan post terbaru di blog saya,apapun tanam sendiri ni memang rasa lain kepuasannya tu :)

    ReplyDelete
  4. memang bagus bercucuk tanam sendiri tapi itulah ada yg menjadi ada yg tak jadi

    ReplyDelete
  5. Memang best bercucuk tanam nie.. jimat banyak perbelanjaan.. Cuma kenkadang M tu banyak sangat.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.