Saturday, 19 October 2019

Self-Pickup Buku Di Karangkraf

Dari minggu lepas dah set date dengan Karangkraf nak ambil buku hasil memborong Sale 10/10 haritu. Even Jumaat lepas pun Karangkraf dah confirmkan date supaya tak cancel untuk pickup semua novel yang diborong tu sebab takut ada yang datang ambil. 



Lepas habis breakfast, terus menapak ke Karangkraf. Nasib baik tak ramai orang sangat pagi semalam so tak lah sesak sangat sebab bahagian bawah tu agak kcil lah walaupun banyak buku pelbagai genre. 


Since sekarang ni tengah sale dan jualan gudang 25 Oktober nanti, ni longgokan novel RM5 dekat Karangkraf. Yang sale 15%-20% pun ada, yang sale 50% pun ada, banyak lah yang murah. 


Suka tengok novel dekat Zon Seram & Thriller Karangkraf ni sebab hiasan dia agak spooky tapi tak besar lah. Sikit je. I recommend sangat kalau you guys nak beli novel Lengloi Mari Kajiwa tu sebab best! 




Tak sangka majalah NONA dengan WANITA ada lagi. Dah lama mak tak beli dua majalah ni sebab dulu menimbun dekat rumah sebab mak tiap bulan pederaih motor pi beli dekat kedai. 


Semalam staff Karangkraf tengah busy menyusun novel baru datang dan stok yang nak dikeluarkan hantar ke kedai buku rasanya.




Novel yang dalam plastik tu semua yang belum dituntut lagi la tu. Masa kitorang datang dah tak banyak dah longgokan tapi staff busy pack untuk pos. Tak tahu lah berapa kena charge kalau pos sebab Karangkraf pakai Pos Malaysia. 



Bahagian belakang section kanak-kanak dan buku agama. Banyak juga Al-Quran cantik dalam pelbagai saiz. Nak beli, tapi malas sebab stok Al-Quran pun dah banyak dekat rumah. Kang ada yang terbukak macam Yasiin sebab banyak sangat dekat rumah. 



Okay done self collect novel borong. Penuh satu but kereta. Puassss! 


Happy la time ambik, time nak angkat bawak naik rumah memang menangis lah cerita dia. Berat tau takkkkkk tapi nanti kalau ada sale lagi, nak borong lagi hahaha emang dasar ya!

6 comments:

  1. Wah.. banyaknya.. berapa buah tu Farhana?

    ReplyDelete
  2. wow.. kak bayaknyaa... belikan utk kwn ke? atau utk sendiri baca..

    ReplyDelete
  3. perghh banyak...yg ni borong utk orang ke diri sendiri je..kalau my mum tengok borong buku banyak2 macam ni mahu dia berleter 7 hari 7 malam..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh bayangkan dah jenis leteran itu.. hahaha..

      Delete
  4. wah!! kak memang ulat buku eh? lepas nie bolehlah buat banyak review buku novel lagi. Bestnya dapat borong buku banyak2 dan ada mini library di rumah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.