Movie Review : WAR

Saturday 5 October 2019


Director : Siddharth Anand
Writer : Aditya Chopra, Siddharth Anand,  Abbas Tyrewala(dialogue)
Cast : Hrithik Roshan, Tiger Shroff, Ashutosh Rana, Anupriya Goenka, Soni Razdan, Vaani Kapoor, Arif Zakaria, Sanjeev Vasta, Imran Ahemed
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Action / Thriller
Running Time : 154 minutes
Release Date : 2 October 2019
Trailer :


Dari trailer lagi dah excited nak tengok movie gandingan Hrithik dan Tiger ni sebab dari tahun 2015 lagi dah boleh predict yang Tiger akan jadi pelapis kepada Hrithik sebab pandai menari dan action stunt cantik. Tahun 2015, Hrithik dengan Tiger first time jumpa dekat IIFA and since then Tiger makin rapat dengan Hrithik dan anggap Hrithik sebagai mentor dia. 


WAR mengisahkan tentang Kabir (Hrithik Roshan), ejen hebat Research and Analysis Wing (RAW) India  yang berpaling tadah dengan membunuh pihak atasan semasa misi rahsia di Iraq untuk bunuh Farid Haqqani, terrorist berbahaya yang mengancam negara India. 


Disebabkan tindakan Kabir membunuh Sir Naidu, dia secara rasminya dalam target list tentera India supaya dibunuh sebelum dia membahayakan lebih banyak nyawa. Kolonel Luthra (Ashutosh Rana) asalnya bagi tugasan ni kepada Saini (Imran Ahemed) tapi Khalid (Tiger Shroff) pertikaikan kenapa bukan dia yang lead misi ni sebab dia kenal dan merupakan protĂ©gĂ© Kabir. 


Kolonel Luthra taknak disebabkan rasa sayang Khalid terhadap Kabir jadi distraction sampai misi ni gagal tapi Khalid yakinkan dia yang sayang dia pada negara lebih tinggi dari sayang pada Kabir. Tak mungkin dia berpaling tadah walaupun ayah dia pembelot negara. Dari kecil lagi dia nak bersihkan nama keluarga dan nak tengok mak dia (Soni Radzan) hidup dalam penghormatan.


Kolonel Luthra setuju untuk lantik Khalid sebagai ketua dalam misi ni tapi masih lagi gagal untuk track down Kabir walaupun dah guna kelebihan dalam RAW. Kabir sendiri yang datang jumpa Khalid supaya stop halang dia dalam misi personal dia tapi Khalid dah berjanji dengan Kolonel Luthra nak tahu apa motif sebenar Kabir dan siapa target dia yang seterusnya. 


Jalan cerita movie WAR ni predictable untuk action genre and quite clichĂ© lah bila ada pembelot dalam team RAW then ada pihak atasan negara yang berkomplot dengan terrorist jahat macam Rizwan Ilyasi (Sanjeev Vasta). Lagi clichĂ© bila ada scene Kabir-Khalid minum wain sebab scene macam ni memang predictable tapi yang cantiknya bila dari awal movie sampai ke hujung asyik terkejut je sebab ada je twist. Momentum movie memang cantik, sikit pun tak jatuh. 


Movie action under production house besar macam YRF memang gempak lah bab visual tambah pulak di bawah kelolaan Siddharh Anand sebab dah ada experience untuk movie nampak gempak. Ni bukan pertama kali Hrithik bekerja dengan Siddharth Anand sebab Hrithik dah perform dalam Bang Bang! tahun 2014. Ada scene lompat dari jambatan sama dengan dalam Bang Bang but this time lagi cantik dan lagi tinggi.


Transition cantik, color grading cantik, lighting, sinematografi memukau dari 6 negara dan 14 bandar besar walaupun ada beberapa scene nampak VFX tapi tak ketara sangat. Dalam movie ni plot masa dia bersilih ganti dengan flashback dan actual date tapi cantik lah tersusun dan tak rasa terganggu bila menonton. Suka tengok visual masa intro.


Tambah pula dengan music score dari Vishal-Shekhar, memang gempak sangat tengok dekat cinema dengan khidmat audio system bagus. Bukan setakat scene Hrithik nampak stylish, scene Hrithik team up dengan Khalid nampak hebat, even scene kereta dekat Artik tu pun nampak stylish habis! Tak berkelip mata dibuatnya. 


First half shot action stunt Khalid dengan gaya visual macam dalam video game whichis creative tapi tak puas sebab pening, sama lah dengan scene Kolonel Luthra mengamuk dekat Khalid sebab tak mampu nak track down Kabir. Dua scene ni je rasa macam tak perlu beria sangat. 

Lagu dalam movie WAR ni ada dua je, Jai Jai Shivashankar dengan Ghungroo and both diletakkan cantik sangat dalam movie. Sebab dah penat terkejut kan, bila masuk lagu buat kita relaks and chill sekejap dengan dua lagu yang best. Vibe lagu Ghungroo sama dengan lagu Bang Bang sebab director music yang sama, Vishal-Shekhar. 


Koreografi lagu Ghungroo dengan Jai Jai Shivashankar cantik sangat, thanks to Bosco-Caesar sebab berjaya create choreography baru yang match dengan energy dua dancer ni. Walaupun dalam lagu Jai Jai Shivashankar, Tiger nampak mengah dan keras sikit tapi memang cantik lah bila dia menari sebelah Hrithik. Suara Vishal dengan Benny pun sesuai dengan Tiger-Hrithik. 

Bab lakonan Hrithik memang terbaik dah cuma dalam movie ni khas untuk peminat Hrithik, you guys mesti akan rasa happy berganda sebab belum pernah lagi Hrithik jadi handsome teruk sangat dalam setiap scene. Nasib tak menjerit je dalam cinema. 


Lakonan Tiger makin bagus dalam movie WAR ni and yes boleh nampak sebab hasil didikan Hrithik. Boleh nampak gaya dia ada vibe Hrithik tapi tak bermakna identiti Tiger hilang terus. Since dah biasa dengan style Tiger flip, acrobat, slide plus baru je lepas tengok Student Of The Year 2, tak rasa pun macam dah jelak tapi essence ni yang diperlukan untuk hidupkan watak Khalid. 


Ada certain scene nampak muka Jackie Shroff tapi bila Tiger share screen dengan Hrithik, dah serupa adik-beradik dah. Bab chemistry Hrithik-Tiger memang cantik lah onscreen, guna facial expression dengan body language je both boleh hidupkan scene tanpa overshade sesiapa. Menangis tengok scene last Kabir-Khalid sebab dah feel attached dengan kisah Kabir-Khalid ni dari awal movie. Glad I tak salah pilih team, #TeamTiger ftw!


Walaupun dah berjela sembang pasal keindahan movie ni tak bermakna semuanya cantik. Sayang sangat dialog dari Abbas Tyrewala ni lemah especially scene Naina (Vaani Kapoor) dan beberapa scene lain. Nasib baik genre action ni jenis tak banyak sembang so terlindung lah kelemahan yang satu ni. Kemunculan Vaani Kapoor pun macam tak perlu ataupun patut replace dengan pelakon lain sebab dia tak mampu deliver. Nasib baik Hrithik cover. 


Sepatutnya watak Vaani tu dilakonkan oleh Katrina Kaif tapi Kat tolak sebab dia dah taknak role kecil macam ni. So vibe Kat tu ada especially scene acrobatic dalam lagu Ghungroo. Mungkin team production advice Vaani supaya ikut style Kat sebab nampak sama karakter watak tu dengan karakter heroin dalam Bang Bang dengan Dhoom 3 tapi Vaani tak mampu. Nampak try hard sangat. 


Untuk peminat movie action thriller memang wajib tengok movie WAR sebab action stunt memang cantik hasil koreografi dua stunt director Andy R Armstrong dari Hollywood dan Mr. Oh dari Korea sebab Siddharth Anand nak set benchmark lebih tinggi untuk movie action Bollywood and the team did it amazingly. For action genre, WAR memang memenuhi kriteria entertainment tu and the ticket so worth it! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

7 comments

  1. Hari tu tertengok trailer dekat fb, rasa teruja nak tengok filem War ni

    ReplyDelete
  2. Totally gonna watch this!! Handsome gila XD

    ReplyDelete
  3. poster gempak, ingatkan filem orang putih tadi.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah cakap dekat kakak saya yang anak Jackie Shroff si Tiger ni kalau berlakon and menari ada ala2 Hritik Roshan sikit, never thought I'm going to see them in the same movie.

    ReplyDelete
  5. Hrittik roshan tu.. lejen. Untung tigar dpt beljar dgn HR ni. mcm best. boleh tgok and dowloadn nnti

    ReplyDelete
  6. Dia punya trailer nampak menarik..

    ReplyDelete
  7. Satu yang Tiger tak boleh tiru Hrithik adalah emosi pada wajah dan mata. Selalu nampak lakonan Tiger tak ada jiwa walau babak romantis macam mana pun. Tapiiiiii dalam filem War ni, tak tahu la.. belum tengok lagi. Baca review ni pun dah rasa menyesal sebab tak gi tengok movie ni sebelum ke Pakistan hari tu.. hahahaa.. :)

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.