H2G Hair Treatment, Da Men Mall

Sunday 30 June 2019


Minggu lepas dapat voucher hair treatment dari pihak managament Da Men Mall. Ni memang first time tahu kewujudan H2G Hair Treatment, yang biasa kita dengar Yun Nam Hair Care. 


Hair treatment ni untuk hilangkan oil seed dekat rambut. Sebelum buat treatment ada sesi consultation dulu sebab nak tengok keadaan scalp macam mana. 

Sesi consultation dia akan ambil gambar scalp sebab nak tengok keadaan scalp berminyak atau kering, ketebalan baby hair dengan nak tengok jarak rambut. My condition dah start nak botak dekat tengah sebab liang pori rambut tersumbat dengan oil seed. 


Disebabkan oil seed terlebih aktif sampai growth cell tak dapat nutrien yang cukup, sebab tu rambut selalu gugur. Even pakai hair serum pun tak bertahan lama sebab nutrien tak masuk sangat bila liang pori tersumbat. 

Sepatutnya kena buat scalp treatment tapi lari budget lah since datang fikir nak redeem voucher je. Untuk hair scalp treatment ni pun dah cecah RM298. Hujung bulan ni kau rasa?

Dah siap consult dan sembang macam mana nak jaga rambut supaya kurang gugur dan dandruff, kita bergerak ke belakang untuk treatment session. 


Sebelum start treatment, dia bagi secawan herbal tea sebab treatment session ni agak lama. Dalam sejam lebih. Herbal tea ni rasa dia macam minum air mata kucing. Dah tak ingat apa nama ekstrak herba yang dia letak. 


Ni mesin yang dia guna, dia akan vacuum oil seed dengan dandruff dekat scalp guna benda macam pen dekat tepi tu. Balang air yang pertama tu akan bertukar ke balang kedua. My condition is not bad lah sebab dandruff tak banyak, oil seed pun sikit je sebab air tak nampak kuning sangat. 


Lepas dah vacuum, dia cuci rambut guna shampoo H2G which is minty and wangi. I tak perasan nama staff tu siapa but she's really good. Pernah je jumpa yang cuci rambut serupa nak pergi berperang. 

Dah siap cuci, dia letak scalp essence lepastu stim untuk 5 minit. 



Lepas habis stim, dia sapu herbal essence pula dekat scalp. Tak tahu lah sebab condition scalp yang dah bersih ataupun essence dia memang rasa berangin. Herbal essence dia tak lah berbau sangat macam dekat Yun Nam Haircare. 

Dah settle apply, blow hair and we are donnnnneeee! Produk H2G ni wangi tau, even dah masuk dua hari pun masih kuat lagi bau dia. 


Lepas ni kalau nak buat hair treatment boleh pergi ke H2G sebab service dia bagus, layanan staff pun bagus. Lepas buat treatment ni hilang rasa gatal, kepala pun rasa segar je. So worth it!

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.