Showing posts with label Skincare Product. Show all posts
Showing posts with label Skincare Product. Show all posts

Hadalabo | H.A Supreme Vita - Brightening Concentrate

Sunday 3 September 2023


Hujung tahun 2021 Hadalabo keluarkan 3 jenis booster serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza iaitu - H.A Supreme Vita Brightening Booster Serum, H.A Supreme Cera Hydrating Booster dan H.A Supreme Cica Soothing Booster Serum. Booster serum ni bebas dari alkohol, pewangi, minyak mineral, silikon, dyglicol dan pewarna membuatkan serum terbaru ni sesuai untuk semua jenis kulit. 

Hada Labo Booster Serum disertakan dengan 4 jenis Asid Hyaluronik (H.A) premium dan bahan pekat untuk membantu meningkatkan fungsi produk penjagaan kulit supaya dapat mengurangkan bintik gelap, garis halus dan cela. 

Melalui kajian yang dijalankan oleh Hada Labo, terbukti bahawa serum booster ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48%, meredakan kerengsaan kulit hanya dalam 5 minit dan memberikan penghidratan selama 24 jam pada kulit. I boleh buat review untuk H.A Supreme Vita sebab pakai yang ni je, for the other two kena cari review lain hshs


Ingredients:

Water (Aqua), Glycereth-26, Glycerin, Niacinamide, Propanediol, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Diglycerin, Panthenol, Polyglycerin-3, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Betaine, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Rosa Canina Fruit Extract, Disodium Phosphate, Maltodextrin, Caprylic/​Capric Triglyceride, Sodium Phosphate, Saccharide Isomerate, Glyceryl Caprylate, Myrciaria Dubia Fruit Extract, Sodium Hyaluronate, Algae Extract, Sodium Citrate, Brassica Rapa (Turnip) Leaf Extract, Citric Acid

Harga untuk sebotol 30ml ni RM79, bergantung dekat mana dijual. Kalau beli serum ni kena beli masa sale baru lah tak rasa menangis poket. So far, dah pakai 2 botol dah H.A Supreme Vita Serum Booster ni, siang dan malam sebab tu cepat habis. 

Sesuai dengan motif serum booster ni, H.A Supreme Vita buatkan kulit I rasa lembab dan lembut memandangkan ada 4x Hyaluronic Acid dan Glycerin untuk jaga kelembapan kulit. Tekstur booster serum ni ringan sebabtu cepat meresap dalam kulit. Disebabkan tekstur dia ringan jugak, tak perlukan banyak pun untuk apply dekat muka. Tapi benda ni depends dengan struktur muka jugak, kalau muka panjang atau lebar, kena apply lebih sikit lah. 


Booster serum ni sesuai untuk kulit muka yang kusam sebab muka I nampak cerah dan berseri lepas guna booster serum. Thanks to B12 and B5 Vitamins included in this serum. Parut jerawat pun berkurang sikit sebab ada Niacinamide tapi tak boleh nampak perubahan cepat sebab serum ni aim nak repair 48% je so don't expect much. Selain dari merawat acne, parut jerawat dan open pores, niacinamide kuatkan lagi skin barrier. Sebelum pakai serum ni, bintik hitam start muncul dekat T-spots area tapi sekarang dah berkurang. 

Apart from its quality, I suka jugak dengan packaging dia yang simple dan berwarna putih salju. Ikut tema yang sama dengan fungsi dia. Senang lah nak tengok kuantiti serum dekat dalam botol. 

Ongredients Anti-Wrinkle Essence

Saturday 12 August 2023

Kalau bukan sebab TREASURE, memang tak tahu menahu langsung tentang kewujudan Ongredients sebab I tak pernah keluar sangat dari kepompong drugstore products yang I guna. Kenapa I beli produk Ongredients? Sebab nak dapat photocard but of course I beli product yang I boleh pakai tanpa kacau tapi tambahkan lagi dalam rantaian skincare routine. 


Patutnya nak beli Moisture Calming Essence sebab sesuai lah dengan kulit muka yang memerlukan kelembapan tapi seller tu beria promote Anti-Wrinkle Essence dari pati bunga telang. Dalam produk ni pun ada juga ejen melembapkan kulit so why not kan? 

Sembang pasal packaging of course, cantik dengan warna biru gelap sama seperti bahan asasnya. Ambil gambar pun ala aesthetic sebab warna botol tu jernih, penutup pula warna emas putih. Dalam gambar nampak seakan cecair dalam frosted bottle. Masa dekat booth Ongredients pun ramai yang tertarik dengan packaging Anti-Wrinkle Essence ni. Tapi I tak berapa gemar botol jenis penutup terpisah dari botol. 

Ingredients: 

Clitoria Ternatea Flower Extract, 1,2-Hexanediol, Butylene Glycol, Xanthan Gum, Adenosine, Sodium Phytate, Citric Acid, Water

Anti-Wrinkle Essence dari Ongredients ni tak ada banyak bahan sangat pun dan fokus pada Clitoria Ternatea Flower Extract dengan 97% pati bunga telang. Mungkin sebab tu lah harga untuk kuantiti 150ml ni mencecah RM117 sebotol. Lucky for me, I beli dengan harga RM50 sebab I Teume hshs jk. Ongredients bagi diskaun sebab join Beauty Fest dekat KLCC. Diskaun sebab diorang first time launch dekat Malaysia jugak. 

Tekstur Anti-Wrinkle Essence ni cair jadi dia cepat meresap dekat kulit tapi agak tak selesa sebab dia akan rasa melekit sikit sebelum betul-betul masuk ke dalam kulit. Kalau dalam botol berwarna biru, bila tuang dekat tangan untuk dab, cecair dia warna jernih je. 


Magic pada warna tapi tidak pada kulit sebab sepanjang I pakai tak lah nampak perubahan sangat pun. Mungkin sebab I tak ada banyak kedut atau garis halus. Nak kata dia melembapkan kulit pun tak juga sebab liang pori tak berubah sangat. Masih ketara open pores tu. Tak pasti lah kalau essence ni cuma sesuai dipakai pada waktu malam untuk beberapa lapis sebab iklim Malaysia dengan Korea kan tak sama. Lagipun I pakai untuk waktu siang sebab tak suka kulit rasa tegang masa tidur. Since Ongredients promote elasticity so ada rasa tegang tapi tak menyakitkan cuma rimas. 

Anti-Wrinkle Essence ni katanya odorless tapi kalau 97% tu pati bunga telang tetap ada bau juga sikit dan bau bunga telang bukan favorite I. Best part from this essence, kulit muka jadi lembut even dekat tangan pun rasa macam halus je. Tapi tak syoknya, bayar mahal untuk produk yang tak bawa banyak perubahan. Kontrak TREASURE dengan Ongredients dah nak habis so I tak perlu serabut nak fikir which product to buy since their photocards are beautiful. 

Ongredients Datang ke KLCC Convention Centre, Malaysia!

Monday 10 October 2022


Hujung bulan September haritu ternampak tweet Ongredients yang diorang ada dekat KLCC. Banyak kali baca tweet tu kot salah tengok ke apa rupanya memang betul Ongredients buka booth di KLCC Convention Centre bersempena dengan Beauty Expo bermula dari 28 September 2022 hingga 1 Oktober 2022. Beauty Expo ni yang terbesar dan paling lama diadakan di Malaysia. Kebanyakan produk kecantikan dan supplemen kesihatan datang dari Korea Selatan sebab tu lah Ongredients join sekali. 


Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan Ongredients tapi jadi tahu sebab Ongredients buat kolaborasi dengan TREASURE. Sebab tu booth dia penuh dengan gambar Treasure OT10 tapi kenapa dia tak tampal penuh poster Treasure tu I tak faham sebab yang datang beli produk dia pun Teumes dari Malaysia dan Indonesia. Istg memang ada INA Teume yang datang sebab I jumpa sorang masa tu memang datang sebab nak beli produk Ongredients. Terus jadi moots dekat Instagram sebab dia aktif IG je hshshs


Memandangkan tak tahu sangat produk Ongredients ni jadi lama lah I menyembang dengan sales girl tu tanya each products ada ingredients apa sebab tak nak terbeli produk yang guna bahan yang tak sesuai dengan muka. Kulit I tak boleh terima madu, arang dengan argan oil. Kalau pakai dia jadi kering lepastu naik jerawat pasir dalam skala yang banyak. I've gone through horror so no more....


Produk Ongredients ada juga yang guna argan oil so I avoid that one memandangkan ada dua jenis bahan yang lain - anti-aging (butterfly pea) dan moisturizing, calming (centella asiatica). Sebenarnya datang ke expo ni nak beli serum tapi sebab dah hujung waktu makanya dah sold out. Tinggal essence dengan produk lain. 

Essence ni katanya pakai lepas apply toner, kira macam lotion lah. Ngam lah nak beli sebab lotion Nutox tu dah habis. Ambik yang ongredients - Anti-Wrinkle Essence tu sebab cantik, berwarna biru dan kegunaan dia untuk anti-aging. Sesuai lah dengan muka yang dah mula nak keluar garis halus. 

Harga essence jenama Ongredients ni RM117 tapi disebabkan dia buat promosi dekat beauty expo, harga jatuh sampai RM50. Memang berbaloi lah beli sebab boleh dapat photocard jugak hehehe tu sebenarnya tujuan utama kenapa beria menapak ke KLCC awal pagi.







bukti hadir di tempat kejadian....

Model tak berbayar

Kalau tengok dekat shelf di booth Ongredients ni banyak yang kosong kan? Sebab Teumes dah borong dari hari Khamis sedangkan I datang hari Sabtu. Tu je la waktu yang ada sebab weekdays sibuk bekerja. Masa Ongredients bagitahu dekat Twitter pasal booth ni tak ada pun diorang bagitahu ada photocard untuk setiap pembelian. Nasib baik lah I pergi jugak ke KLCC sebab berjaya grab photocard Hyunsuk dengan Yoshi. 

Kalau ikutkan nak ambil photocard Jihoon sebab dia bias wrecker tapi photocard dia dah habis. Lepastu ternampak photocard baby cow macam cantik jugak tapi entah kenapa pilih Yoshi. Tapi tak kisah lah siapa pun, yang penting I dapat apa I nak kekeke


Selain dari ongredients - Anti-Wrinkle Essence tu, I beli sheet mask jugak dengan harga RM25 sebab tu boleh dapat 2 photocard. Ikutkan hati nak beli ongredients - Jeju Green Tea Cleansing Ball tapi disebabkan booth ni cuma boleh guna cash sahaja, terpaksa lah kawal diri. Kalau pakai debit dah tap tap tap dah. 




Lepas dah habis membeli, dah habis bergambar, layan la kejap jalan-jalan dekat beauty expo ni tapi tak lama sebab tak ada yang menarik pun. Pusing jugak kot kot lah ada jenama Maxim Coffee, boleh lah borong KANU series tapi nan hado! 


So this is closer look for both photocard and products eikkkssss so happy I can bring Hyunsuk and Yoshi back to my home! Nanti I dah guna both products, I'll share it in another entry. Till then, stay safe and find your treasure! 

encoriumⓇ nekad mengatasi masalah utama kulit masyarakat tempatan dengan rumusan Vitamin C dan Tokotrienols | Tocotrienols dari Malaysia 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa untuk mempertingkatkan prestasi Vitamin C dalam menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.

Hiperpigmentasi (noda-noda hitam di kulit) adalah masalah utama di kalangan pengguna penjagaan kulit Malaysia. Menurut encoriumⓇ jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan penggalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi.

encoriumⓇmelancarkan produk pertamanya CE3 Brightening Buffet pada hari Sabtu. Serum yang dirumus dengan rapi itu diperbuat dengan pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.

Pengasas jenama encoriumⓇ Cynthia Lee berkata bahawa penguji-penguji produk jenama tersebut melaporkan penampilan kulit yang lebih berseri dan pemudaran noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas dengan formulasi ini berbanding dengan serum vitamin C biasa.

“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” katanya.

Ditanya mengapa jenama tersebut memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu, Lee berkata tinjauan dengan kumpulan penguji menunjukkan bahawa 63.6 peratus pengguna penjagaan kulit sedang mencari penyelesaian untuk masalah hiperpigmentasi. Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kerutan halus (53.6 peratus) dan kekurangan hidrasi (50.8 peratus).

Menurut Lee, encoriumⓇ, berusaha membantu penggemar produk penjagaan kulit Malaysia dalam menangani tiga masalah kulit utama dengan rangkaian produk mereka bermula dengan CE3 Brightening Buffet.

Lee berkata, "Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.

"Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan Tokotrienol," katanya sambil menambah bahawa para penyelidikan keatas tokotrienol menunjukkan bahawa Vitamin E jenis ini 60 kali lebih cekap berbanding vitamin E konvensional, Tocoferol.

Dengan formulasi ini, Lee berkata bahawa jenama itu telah berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda.

encoriumⓇ mengambil langkah tambahan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan vitamin C dalam serum CE3 Brightening Buffet dengan mengasingkan serbuk asid L-askorbik daripada formulasi cecair utama. Dengan cara itu, pengguna produk boleh mencampurkan bahan-bahan serbuk dengan cecair untuk menikmati formulasi serum segar yang berkesan.

“Dengan cara ini, kami bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kestabilan produk, ini dapat menjamin bahawa pengguna dapat menikmati serum segar seolah-olah produk haharu dari makmal pembuatan, tetapi di rumah!” kata Lee.

Untuk mengatasi masalah lain seperti dehidrasi dan garis halus, gliserin, asid hyaluronik dan rumpai merah juga ditambah ke dalam encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet dalam kadar yang mencukupi.

Menurut pegawai perubatan kesihatan keluarga Dr Amanda binti Elli, Asid L-askorbik adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling berkesan dalam penjagaan kulit topikal setakat ini.

Beliau berkata bahawa badan kita terdedah kepada radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari setiap hari dan tanda-tanda tersebut hadir pada kulit kita kerana kulit adalah organ terbesar dan barisan pertahanan pertama manusia.

Vitamin C adalah antioksidan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan radikal bebas ini. Namun, badan kita tidak menghasilkan vitamin C secara semulajadi.

“Kami mendapatkannya daripada makanan. Apabila ditelan, badan kita memproses nutrien dan menyebarkannya ke seluruh badan - dari sel darah ke otak ke kulit. Jumlah vitamin C yang diterima oleh kulit kita juga bergantung pada kualiti vitamin C yang kita makan dan keadaan kesihatan kita. Jadi, badan kita mungkin tidak menghantar vitamin C yang mencukupi ke kulit untuk menangani isu-isu kecantikan seperti kulit kusam dan noda-noda hitam. Dalam keadaan sedemikian, penyapuan asid L-askorbik adalah logik,” katanya sambil menambah bahawa kandungan asid L-askorbik dalam produk perlu antara lapan sehingga 20 peratus untuk mendapatkan kesan yang positif.

Memuji langkah encoriumⓇ dalam mencampurkan tokotrienol dengan Asid L-askorbik, Dr Amanda berkata, “ini adalah satu inovasi yang bijak. Tokotrienol mempunyai ekor molekul yang lebih kecil berbanding vitamin E konvensional. Saiznya yang lebih kecil menjadikannya lebih cekap dalam menjalankan peranannya sebagai antioksidan.

“Dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit, Asid L-askorbik adalah seperti seorang askar yang gagah perkasa tetapi tidak stamina tidak tinggi. Ia kuat tetapi tenaganya mudah hilang. Antioksidan lain seperti Vitamin E dan asid Ferulik boleh membantu asid L-askorbik menjana semula kekuatannya,” kata Dr Amanda.

Dr Amanda juga berkata bahawa Tokotrienol bukan sahaja penggalak yang berkesan untuk Vitamin C dalam penjagaan kulit, ia juga merupakan antioksidan yang sangat mujarab dalam menggalakkan penyembuhan kulit, pelembab, pemulihan dan penjanaan semula.

Simple Water Boost Hydration Duo Kit

Tuesday 24 August 2021

2 minggu lepas menyinggah Guardian lepas balik kerja sebab nak beli facial cleanser Simple tapi malang betul sebab dah sold out. Musim PKP ni memang kena banyak redho je kalau stok habis. Nak beli online memang malas lah sebab nak beli cleanser je, satu hal nak kena tunggu lama. 

Masa tu ternampak Simple Water Boost Hydration Duo Kit dekat shelf. Dalam kit ni ada Water Boost Micellar Facial Gel Wash dengan Water Boost Hydrating Booster. Harga satu kit ni dalam RM39 macam tu. Kalau beli secara berasingan, hydrating boost tu RM29 untuk kuantiti 25ml dan facial gel pula RM 23.90 untuk kuantiti 150ml. Jimat lah kalau beli duo kit ni, boleh save sebanyak 27%. 

Since dia ejen pelembap, takde masalah kot kalau nak tukar kepada edition ni. Lagipun facial cleanser dia gel wash, tak lari jauh pun dengan yang sebelum ni. Nak compare dengan yang sebelum ni, better lagi beli edition water boost dengan ekstrak Pentavitin ni sebab yang sebelum ni memang yang basic je. Cuma untuk segarkan kulit muka lepas cuci. Tak ada kegunaan tambahan pun. 

i. Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Untuk facial gel wash ni Simple guna teknologi micellar water untuk mencuci muka dan melembapkan kulit supaya muka tak kusam. Sesuai sangat dengan kulit yang sensitif macam my skin. Sekarang ni memang nak melembapkan kulit je sebab tengah musim panas lepastu duduk bawah air-cond. 

Ingredients : 

Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Panthenol, Citric Acid, Disodium EDTA, Glycerin, Hydroxypropyl Cyclodextrin, Iodopropynyl Butylcarbamate, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Chloride,Saccharide Isomerate, Sodium itrate, Sodium Hydroxide, Tocopheryl Acetate.

ii. Water Boost Hydrating Booster

Ingredients : 

 Aqua, Glycerin, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Dimethicone, PEG-8, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Benzophenone-4, BHT, Caprylyl Glycol, Carbomer, Citric Acid, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Polyvinyl Alcohol, Potassium Carbonate, Potassium Chloride, Potassium Hydroxide, PVM/MA Copolymer, Saccharide Isomerate, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Sodium Lactate, t-Butyl Alcohol, Trideceth-9.

Baca nama produk pun dah tahu hydrating booster ni untuk beri kelembapan ekstra pada kulit. I apply lepas pakai toner sebelum pakai serum dengan moisturizer. Tekstur untuk kedua-dua produk ni tersangatlah ringan macam gel air. Lembut je bila sentuh gel dia. Masa cuci muka guna gel wash memang tak ada buih sangat dan tahap pH dia pH5. Kedua-dua produk ni tak ada bau atau warna. Gel dia jernih macam air je. 

Bila dah selesa pakai water boost edition ni rasanya better stay dengan yang ni je sebab muka lebih segar dan sejuk. Agak mahal berbanding sebelum ni tapi kalau berkesan apa salahnya kan? Nak jimat beli masa sales lah, macam tak biasa ye dak?

Garden of Eden Rosa T | Triple Action Acne Serum

Friday 15 January 2021

Dah lama nak update pasal serum acne jenama Garden of Eden Rosa T ni tapi asyik lupa. Kali ni dah nampak, memang terus update sebab gallery pun dah penuh dengan gambar. 


Masa beli serum ni haruslah sebab dicanang di Twitter betapa hebatnya serum 100% plant-based ni walaupun harga dia agak mahal dalam RM99 macam tu. Tapi harga serum lebih kurang harga ni je kan? 

Ingredients : 

1) Linoleic acid from Rosehip Seed Oil and Grape Seed Oil- As an unique oil-balancing ingredient to reduce excessive sebum secretion, oily skin and clogged pores.

2) Tea Tree Oil- A powerful anti-bacterial to clear acne spots and blemishes.

3) Natural Vitamin E and Grape Seed Oil- As scar healing antioxidants to reduce skin redness, boosts skin repair.

4) Collagen- Prevent and reduce acne scars.

Does not contain: 

Animal ingredients, alcohol, preservative, colouring, artificial fragrances, mineral oil, synthetic ingredients.

Kalau ikutkan cara penggunaan serum Rosa T ni cuma apply pada waktu malam di bahagian acne dan T-zone. Memang lambat nak habis lah sebab guna waktu malam sahaja. Tapi tekstur serum ni tak best sebab dia oily walaupun nipis. Lambat untuk meresap dalam kulit so bila tidur rasa rimas sangat. Bila bangun tidur memang tak selesa lah sebab berminyak. Bau dia pun kurang digemari sebab bau herba yang agak kuat sampai mengganggu jugak lah tidur tu. 

Bila muka dah berminyak ni for sure lah akan muncul jerawat baru. Berbeza dengan apa yang dia claim akan mengurangkan jerawat. Dari kurangkan penggunaan kepada tak guna terus. Rugi jugak lah tapi nak jual balik, macam tak ada je yang nak beli. 

Lepas tak selesa guna serum ni terus beli balik serum Nutox haha sorry Rosa T. Nama dia memang sedap tapi tak sesuai dengan combination skin I. So yup, bye bye

Bila bangun pagi kulit muka mesti rasa berminyak tambah pula kalau muka yang jenis combination atau oily macam I. Tahu tak kenapa kulit muka kita berminyak selepas bangun tidur? 

Bila di penghujung waktu siang, kulit muka kita akan mula kehilangan banyak air di dalam kulit. Makin bertambah kesannya bila masuk waktu malam. Disebabkan perubahan ni lah skin barrier kita akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menghalang kulit kita hilang lebih banyak air dan menjaga muka kita. Sebab tu muka berminyak sangat bila kita bangun tidur. Tapi bila minyak di kulit muka berlebihan, muncul masalah baru iaitu jerawat. 


Untuk elakkan muka berminyak dan berjerawat, kita kena tingkatkan kelembapan kulit muka.  Cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengurangkan kulit berminyak ialah dengan mencari produk yang sesuai. Aloe AC Clean Bubble Cleanser  dan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature lah jawapannya.



Pencuci Muka Buih Dari Korea, Aloe AC Clean Bubble Cleanser keluaran Hansaegee Nature menggunakan 10 jenis bahan semulajadi untuk memberi kelembapan pada wajah dan merawat acne juga mengurangkan spot mark. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan aloe vera boleh membantu dalam melembapkan kulit muka untuk merawat kulit muka yang berjerawat dan juga kulit muka berminyak. 


Nak pakai cleanser ni pun mudah je 

1. Basahkan muka dan tangan terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.
2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah.
3. Kemudian, bilas seperti biasa.


Yang bestnya bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, bukan je berbau wangi sebab ekstrak bunga-bunga dan tea tree, tekstur pencuci ni pun lain dari pencuci biasa kita jumpa sebab tekstur dalam bentuk buih. Ni pertama kali pakai cleanser buih macam ni. At first risau juga tak rasa macam cleanser tapi bila dah guna okay je. 

Untuk kulit muka berminyak, kita digalakkan pakai cleanser dengan tekstur yang berasaskan buih sebab tu Aloe AC Clean Bubble Cleanser pilihan terbaik bila dapat menyingkirkan minyak tapi tak mengeringkan muka. Bila cuci muka tu cepat je meresap dalam kulit so dia mencuci lebih dalam dan berkesan untuk menjaga skin barrier.  Tak perlu gosok muka tapi cukup dengan guna hujung jari dan buat circular motion supaya kulit muka tak menghasilkan lebih banyak minyak. 

Tak risau bila pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab alcohol-free, paraben-free dan sulfate-free. Penggunaan alcohol dalam pencuci muka akan mengeringkan kulit muka dan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit muka. Satu botol ni ada 150ml, dijual dengan harga RM60 sebotol. 



Sebelum ni dah pernah up entry tentang produk ni. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitif dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.

Tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Bahan utama moisturizer Hansaegee adalah Niacinamide yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di kulit muka. Masa terbaik untuk apply Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni selepas mencuci muka sebab masa tu liang pori kita terbuka jadi pelembap boleh meresap jauh ke dalam kulit. 

Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia.


Bila siang dan malam guna dua produk ni, boleh nampak perubahan pada kulit muka. Penggunaan waktu siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun kena guna sebenarnya sebab kita terdedah dengan udara luar dan sinaran laptop. 

1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu
2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan.
3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.
4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat


Bila cuci muka dan guna pelembap dengan tekstur lembut seperti dua produk Hansaegee ni akan stabilkan kadar pengeluaran minyak semulajadi di kulit muka. Bila guna produk yang tinggi bahan pelembap, bahan yang ada dalam produk yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak. Lepas guna dua produk ni, kulit muka rasa segar dan selesa sebab minyak di muka berkurang, kulit muka pun lembap dan halus.  


Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Produk kecantikan yang dibuat dari Korea ni hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dan menjaga kecantikan kulit muka. Boleh tengok di pautan link di bawah sekiranya berminat : 

Brand : Hansaegee Nature
Pembeli online : Hansaegee Nature 
Instagram : @hansaegeenature
Twitter : @hansaegee
Facebook page: Hansaegee Nature