Supermarket Self Service Cashier Counter

Friday 14 June 2019

Raya tahun ni agak meriah sebab bertindih dengan cuti sekolah seminggu lebih so memang ramai lah parents ikut bercuti sekali especially the government sector. 

Yang tak bestnya bila cuti panjang pada musim perayaan ni bila nak beli barang dapur dan rumah sebab cashier counter most likely sikit je yang buka. Not blaming the management for sure because its a festive season kan, semua orang pun nak balik beraya. 

But it's better kalau ada self scan counter untuk customer guna supaya tak perlu beratur panjang dan bazirkan masa dengan menunggu. Dah 2019 tapi kita masih bergantung harap dengan staff supermarket. 


Sekarang ni ramai je customer yang independent, dia tahu apa dia nak beli, dia tahu pack barang sendiri and of course scan sendiri barang yang dia beli. Walaupun tak ramai customer macamni tapi bila ada self service counter, sedikit sebanyak boleh kurangkan waktu menunggu. 

My experience dekat Tesco but sorry I tak ingat Tesco area mana sebab dah lama sangat. Kebetulan pulak masa tu just singgah beli something. Dekat situ ada kemudahan self service counter untuk 10 barang ke bawah. Which is super convenience, just scan the barcode and pay with your debit card. Nak pulak ada paywave, lagi laju lah buat kerja.



 

I tak perlu buang masa beratur or interact dengan super moody staff dekat situ. Just pick my stuff, pay and chow. I tak stress, staff tak stress, management pun tak stress. 

I know this post is super long for a just short opinion but I'm having my super chill time writing this. I wish 2020 kita dah boleh nampak makin banyak self service counter dekat supermarket terkenal like Tesco, Giant and NSK. 

During my study years back in 2015, my classmates buat draft invent a trolley attached with a scanner. Bila customer masukkan barang dalam trolley, terus keluar total semua barang. Bila pergi dekat kaunter just bayar je. Super convenient kan? Tapi mungkin benda ni akan wujud zaman 2050 nanti kot hihu.

23 comments

  1. setuju, memudahkan kerja n jimat masa, kalau brg sikit tu tak pyhla beratur lama2

    ReplyDelete
  2. Ada ni mudah sangat terutama yang beli barang sikit tak payah nak beratur. Aeon Big rasa ada dah macam ni. Kalau tak silap la

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi tengok kaunter self service macam ni tapi memang senang kalau ada.

    ReplyDelete
  4. senang kalau ada self service cashier nie..

    ReplyDelete
  5. ermm itulah bagus sebegini kan, cepat dah murah. Kak lily kalau pi Tesco ioi city mall ni memang beratur kat self service cashier ni je. sekejapan dah siap so bolehlah rasa cam ne kerja jadik cashier kan

    ReplyDelete
  6. Kak ana pun setuju supaya self service counter ni diperbanyakkan di pasaraya2 besar di malaysia ni. Memudahkan customer. Tak perlu beratur panjang dan masa pun tak terbuang beratur lama kan.

    ReplyDelete
  7. Yes many supermarket in overseas memang practice this and they also go cashless and cardless, all pay via apps.

    ReplyDelete
  8. sis mmg suka counter self servis kat tesco ni..tp ari tu semua kaunter ramai org que..pastu sis punya barang pulak lebih dr 10..counter self servis plak xde org..terus akk tya adik kat counter self servis tu boleh tak nak bayar kat sini...adik tu ckp..boleh je sis..tp ada 1 2 counter je yg boleh bayar brg lebih dr 10..terus bahagia rasanya ari tu haha

    ReplyDelete
  9. Menarik. Tak pernah lagi saya guna atau nampak mesin ni. Nak cuba satu hari nanti. Bolehlah staff cashier tu buat kerja lain. Nampaknya robot dah mula menguasai dunia. Eh? Haha.

    ReplyDelete
  10. I agree with you. Self service counter memang dah patut ada dan diperluaskan kat Malaysia. Sekarang orang nak kejar masa. Kalau masih kena beratur panjang dan cashier pulak slow, hmm boleh mengundang mood yg tak baik. One of the solution is buat self service counter banyak2 :)

    ReplyDelete
  11. Ia sangat mudah dan cepat masa. Rasa di utara x jumpa lagi. hehe

    ReplyDelete
  12. Mudah dah ada kaunter macam ni. Btw, mesti ada kamera jugak kat situ kan? Karang ada pulak yang tak scan semua barang. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Kalau ada kaunter macam ni memang bagus kan. Memudahkan urusan kita shopping barang. Scan sendiri je leoas tu bayar guna kad yang kita ada. Lagi sennag kan. Kira konsep macam layan diri lah kan. Hope kat mall lain ada juga buat macam ni tapi terhad untuk 10 barang ke bawah sajalah

    ReplyDelete
  14. setakat ni xul paling suka shopping dekat tesco ioi putrajaya. barang keperluan lengkap disanan pastu ada self-service counter. so dapat jimat masa tak perlu nak beratur lagi.

    ReplyDelete
  15. wah canggih yer ada mesin macam ni kat tesco. memang best kalau semua shopping mall ada camni, jimat masa dan lebih cekap kan. human resource kat kaunter pun dapat di kurangkan. idea kawan you tu , semoga cepat2 la di realisasikan, sebab sangat2 memudahkan semua orang

    ReplyDelete
  16. akak suka pergi Tesco sebab ada self service cashier ni. Cepat skit. Cuma kena bawa bag sendiri agar tak kelam kabut. Pastu jangan lupa utk scan parking koin tu. hahaha. akak pernah terlupa.

    ReplyDelete
  17. memula dulu terkial kial jugak ...first time buat kat tesco ioi putrajaya...memang mudah sangat cuma harap takder yang menipu...kalau tak silap negara2 maju macam jepun ada buat macam ni

    ReplyDelete
  18. ayu suka juga bila ada pilihan pembayaran macam ni. Taknperlu stress beratur panjang nak buat oembelian. Terutama kakau kita nak cepat dan beli barang sikit jer. Harap masa akan datang semua supermarket ada mesin ninjehe

    ReplyDelete
  19. memng mudah guna ni..tapi kalau ramai orang kene beratur juga..kadang orang terkial nak gunakan..hehehe.nad masa mula-mula guna pun terkial-kial..tapi okla..

    ReplyDelete
  20. this is great to hv self service cashier.. lesser man power need to be hired... and hopefully it's faster to pay and shop..

    ReplyDelete
  21. Uish baru tahu ada self service counter. So far tak pernah jumpa lagi sebab jarang pergi hypermarket. Selalu cuma ke supermarket kecil-kecil jee. Kalau first time nak guna mau terkial-kial jugak ni. Tapi kalau dah biasa memang laju buat kerja.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.