Friday, 21 June 2019

Short Film Review : Destiny


Director : Vikkramm Chandirramani
Writer : Vikkramm Chandirramani
Cast : Nikita Vijayvargia, Monika Panwar, Bhupendra Singh Jadawat
Production Company : Quest Mercury
Distributor : Quest Mercury
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 14 minutes
Release Date : 28 March 2018

Sambil makan sambil layan short film yang menang banyak award dekat bermacam film festival. Curious lah nak tengok apa yang best dengan short film ni.

Winner of 'Best Foreign Film' at The Ridgewood Guild International Film Festival.
Winner of 'Best Comedy Film' (under 20 mins) at the UK MFF
Winner of 'Best Romantic Comedy Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Actress Short Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Supporting Actress Short Film' at FICOCC.
Finalist in drama and comedy categories at the NCCC Film and Animation Festival, held at Niagara County Community College, Buffalo, New York.

Mengisahkan tentang Tanya (Nikita Vijayvargia) yang kecewa lepas Derek (Bhupendra Singh Jadawat) reject dia sebagai teman hidup lepas 2 kali berjumpa. Tanya dengan Derek ni berjumpa dalam dating apps.

Tak ada masalah pun dengan Tanya, baik, cantik, ,bijak tapi Derek tak rasa dia boleh ngam dengan Tanya. Derek call minta batalkan perjumpaan kali ketiga dan block Tanya dekat Whatsapp dengan FB.


Tanya geram dengan perangai Derek mula buat plan untuk kenakan Derek. Tanya menyamar guna fake profile dekat semua dating apps yang Derek join. Bila Derek termakan umpan, Tanya ajak keluar tapi perhati dan gelakkan je Derek dari jauh tengok Derek tunggu lama.


Banyak kali jugak Tanya buat Derek macam tu sampai kawan dia, Richa (Monika Panwar) tegur so Tanya decide untuk stop tapi kali ni nak buat special punya. Apa jadi dengan plan Tanya kena tengok sendiri sebab unexpected twist and ending.

I predict Tanya akan muncul depan Derek and confess dia punya angkara ataupun Tanya kantoi dengan Derek tapi jadi yang lain.


Selain mesej yang Tanya tak matang tak boleh terima rejection oleh Derek, director tonjolkan mesej yang tak semua benda dalam dunia kita boleh kawal. Macam Tanya tak percaya dengan luck. For her, semua benda kita kena usaha tapi berbeza dengan Derek yang percaya dengan luck. Mungkin sebab tu dia reject Tanya.

Dekat awal scene ada tunjuk Derek bagitau dia tak jumpa vibe dengan Tanya. Nampak macam alasan tapi dalam dunia ada manusia macam Derek dan dekat hujung nanti you guys boleh nampak vibe yang Derek maksudkan tu.

Recommended to watch for its comedy and simple plot!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

19 comments:

  1. memang betul-betul pendek cerita dia

    ReplyDelete
  2. da habis tengok...tapi tu la, tak tau vibe apa yang derek nak tu...but hey, da jadi ketentuan kan, hasil dari segala permainan tanya tu, akhirnya derek kahwin dengan perempuan lain yang dia jumpa pada janjitemu tipu yang terakhir...

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Tanya yang tak boleh move on.. Ada orang emmang percaya dengan chemistry and vibe.. Bila ada klik masa 1st time jumpa tu, memang best la.. Ada juga yang tak percaya.. drama pendek yang sempoi dan ending dia memang power lah..

    ReplyDelete
  4. thanks sharing, best jugak cerita ni, banyak betul award dia dapat. nak ajak suami tengok lah, release tension kerja layan movie macam ni pun best jugak.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok pulak movie ni. Movie Hindi ni bestnyer sebab ada mesej yang ingin disampaikan. Kalau macam kita percaya dengan takdir la bukan luck semata-mata kan...boleh la menonton nanti.

    ReplyDelete
  6. Yeay bertambah list movie kena tengok ni. Macam best nanti nak donwload la. Sejak akhir akhir ni memang suka tengok movie banyak dah masuk list

    ReplyDelete
  7. Filem nampak simple tapi punya award memang banyak berderet hehehe tapi pelakon baru kita tak berapa kenal lah cuma mungkin sekarang jarang tengok cerita hindustan ke Tamil ni kan hehehehee...

    ReplyDelete
  8. Cantiklah dia punya warna. Nampak sgt terkini. Mesti best filem nie sbb byk tercalon dan menang award. Okay nanti nk tengok lah dan nilai sendiri. Mesti byk scene lucu

    ReplyDelete
  9. Banyaknya dia menang award, Rawlins rasa nie macam karya humour kan.
    Thanks sebab recommend Destiny. Nanti Rawlins nak check it out la.

    ReplyDelete
  10. Komen review macam menarik buat rasa nak tengok jugak ni. Ala ala chick flick eh? Kalau cerita romantic comedy memang favourite hehe

    ReplyDelete
  11. Thanks for the film review. Siap rangkul banyak awards lagi tu. Terjebak jugak la kot nampaknya lepas ni tengok destiny

    ReplyDelete
  12. Destiny memang layak dapat semua awards tu, jalan cerita yang seronok, tak bosan tengok dan sentiasa nak tahu next scence dia.

    ReplyDelete
  13. Alaamak.. dah terbaca review ni terasa nak tengok la pulakkkk.. adoii.. bookmark la dulu entri ni dekat wall.. hahahha.. terasa nak tengok sangat ni ending dia camne..

    ReplyDelete
  14. Baca sinopsis dia... Ehhh mcm best je.. Jarang nk melayan kalau cerita hindi ni... Sebab selalu kalau ade pun yg gasak2 je kan.. Ni pasal destiny ni mcm best lak... Wawa lama dh xlayan movie hindi... Tak sabar nk tgok cerita ni nanti..

    ReplyDelete
  15. heii, dah terjebak tengok. well, what can i say is, the women is not absolute wrong about it. since in islam all of our destiny dah ditentukan right. luck, feeling, usaha ni semua selari. lelaki tu sangat berusaha tuk cari the one in all dating apps, why tak meet/ and just live life outside the dating apps? dan akan ramai jadi mangsa if this guy takde vibe. so i kinda agree with the girl but at the same time, when kita talk about feeling, rusuk bergetar semua ni, its true, memang ada cinta pandang pertama yang buat kita terus rasa nak bersama.. dan too imagine ourself tak bersama dgn seseorang tu pun penting tuk diambil kira. live goes on. hopefully ramai dpt maksud tersirat dalam cerita ni dan bukan hanya about luck sahaja. ceriooo

    ReplyDelete
  16. omg menarek!! yg real life mmg rasa tu alasan normal lelaki HAHAHHAHA argh benci!! hahaha ok i dah saved cter ni to watch later!!! rajin tol wat review, ur the best sistur!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)