Sunny Deol, SRK & Darr

Wednesday 19 June 2019

Kecoh bila video interview Sunny Deol dalam Aap Ki Adalat sembang pasal perang dingin Sunny Deol dengan SRK selama 16 tahun. Ramai yang tak tahu SRK dengan Sunny Deol ada sejarah lepas berlakon dalam movie Darr.


Movie pertama dan mungkin yang terakhir SRK dan Sunny Deol berlakon bersama, movie psycho-trhriller, Darr tahun 1993 di bawah arahan Yash Chopra.

Movie Darr antara movie yang naikkan nama SRK dalam industry filem Bollywood bila lakonan dia sebagai lelaki yang obses dengan crush dia sampai sanggup membunuh dipuji oleh critics dengan audience.



Ramai yang terkesan dengan lakonan SRK dalam movie Darr especially dialog KKKKKiran masa tu sampai tak perasan ada yang tengah sakit hati dengan movie Darr ni. Sunny Deol pula lakonkan watak seorang komando laut dan suami kepada Juhi Chawla.


Masa pembikinan movie ni, Sunny Deol tak puas hati dengan scene SRK tikam dia sebab watak dia seorang yang fit, well-trained commando tapi senang je kena serang dengan budak. Lagi sakit hati bila dia kena tikam bila dia memang aware dengan kehadiran SRK.


Dia bincang hal ni dengan Yash Chopra minta ubah scene tu sebab dia taknak watak commando dia nampak lembik onscreen tapi Yash Chopra tetap dengan keputusan dia.

Tak mampu nak yakinkan Yash Chopra untuk ubah skrip, Sunny genggam tangan sebab marah sangat dan masukkan dalam kocek seluar sampai tak perasan yang seluar dia terkoyak gara-gara tahan marah. Sebab kejadian ni staff dekat set Darr pun tak berani nak tegur Sunny Deol.


Dalam interview Filmfare dia kata dia tahu jalan cerita movie Darr tapi dia tak sangka director glorify watak SRK sampai ke tahap tenggelamkan watak hero bila Yash Chopra dengan SRK delete beberapa scene penting Sunny dalam movie tu.

‘I believe working with trust. Unfortunately we have many actors and stars who don’t function in this manner. Maybe that’s the way they want to get their stardom’

‘SRK got scared of me because he did wrong’

Masa dapat offer movie Darr, Sunny baru je lepas menang National Award, SRK pula baru berlakon dalam 2 movie –Deewana & Baazigar. Bila YRF approach Sunny untuk movie Darr, dia boleh pilih sama ada nak berlakon watak hero ataupun villain since dia antara top & highest paid actor.

SRK pulak terima watak villain tu lepas Aamir Khan dengan Ajay Devgn reject since both of them taknak tenggelam bila berlakon dengan Sunny Deol.


Lepas dari movie Darr, Sunny Deol tak pernah ditawarkan untuk berlakon dalam mana-mana movie di bawah produksi YRF sampai sekarang gara-gara pertikaikan scene SRK tikam dia tu.

Sunny pun tak nak bekerja dengan Yash Chopra sebab bagi dia Yash seorang yang mungkir janji dan khianat kepercayaan Sunny. Dia menyesal berlakon dalam movie Darr tapi dia terpaksa teruskan sebab dia respect kerja semua yang terlibat dalam movie tu.


Even dengan SRK pun Sunny dah tak bertegur sapa sebab Sunny kata dia dah malas nak bersosial dengan orang lain. Habis kerja dia balik rumah spend time dengan family.

Masa success party Yamla Pagla Deewana 1, Sunny invite semua top actor except SRK. Lepas 16 tahun perang dingin, Sunny dengan SRK berbaik balik.

5 comments

  1. Lagu-lagu dalam cerita Darr ni semua best-best.

    ReplyDelete
  2. Cerita hindustan memang best sebab mesti ada nyanyi-nyanyi dan menari. Haha selama ni tak tahu pun depa gaduh.

    ReplyDelete
  3. ala tak minat sunny deol...masa zaman tgh minat hindi...sunny deol kira dah tua... masa tu jatuh cinta habis kat salman khan...hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak sangka pula diorang gaduh.. Tapi kalau ikutkan, akak memang sokonglah dengan Sunny deol.. Takkan lah askar yang well trained boleh kalah dengan budak mentah..

    ReplyDelete
  5. Betul lah kata sunny deol tu,,cerita ni naik kan watak villain (SRK)..sampai yash copra delete banyak scene hero dalam cite..sampai aku pulak menyirap ngan sunny deol jadi menyemak plak jadi suami sunny deol..dah tu kena tikam 2 kalj tak mati pulak..😄😄

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.