Movie Review : Sanju

Sunday 4 November 2018


Image result for sanju movie

Director : Rajkumar Hirani
Writer : Rajkumar Hirani, Abhijat Joshi
Cast : Ranbir Kapoor, Paresh Rawal, Vicky Kaushal, Manisha Koirala, Dia Mirza, Sonam Kapoor, Anushka Sharma, Jim Sarbh
Production Company : Rajkumar Hirani Films, Vinod Chopra Films
Distributor : Fox Star Studios, 20th Century Fox
Genre : Biography
Running Time : 161 minutes
Release Date : 29th June 2018
Trailer :


Movie biopic Sanjay Dutt yang mengisahkan tentang perjalanan  kehidupan dia antara movie yang ditunggu ramai tahun ni. Nak pula bila Ranbir Kapoor yang flop 8 movie berturut-turut yang lakonkan watak Sanjay Dutt. Antara persoalannya, mampu ke Ranbir lakonkan watak ni?

Lepas tengok trailer memang ramai yang terdiam sebab lakonan Ranbir memang sama sangat dengan karakter Sanjay Dutt in real life. Gaya cakap, lenggok badan semuanya sama! Memang dah masuk dalam list wajib tengok dah movie Sanju ni.

Related image

Umum tahu Sanjay Dutt antara pelakon bermasalah di Bollywood bermula dengan ketagihan dadah, playboy, panas baran dan terrorist charges. Tapi tak semua pun ditayangkan dalam ‘biopic’ Sanju ni. Jadi kawan baik Sanju, Raju Hirani cuma masukkan beberapa kisah utama je dalam hidup Sanjay Dutt. Masa follow development progress movie Sanju ni agak pelik macam mana team Sanju ni nak olah kisah buruk Sanjay Dutt jadi cantik since banyak part diorang buang.

Terutamanya kisah cinta Sanjay Dutt dengan Madhuri Dixit sampai merosakkan hubungan Sanjay Dutt dengan isteri pertama dia bila dapat tahu pasangan bahagia ni nak kahwin. Even Madhuri tunggu Sanjay Dutt keluar penjara demi cinta diorang berdua. And yupp director tak ambik kisah sensasi ni tapi tayang kesetiaan Mayatta Dutt (Dia Mirza) sebagai isteri Sanju walhal 2 orang isteri Sanju yang setia dilenyapkan di mata audience.

Related image

Sama juga dengan dengan friendship Sanjay Dutt dengan Salman Khan. Tak ada sikit pun scene tunjuk friendship Salman Khan padahal in real life Salman Khan lah yang banyak bantu Sanjay Dutt dari dulu sampai sekarang even lepas keluar penjara terus cari manager yang boleh naikkan balik career Sanju. Mungkin sebab Salman tak suka Ranbir Kapoor, director Raju terpaksa buang karakter utama dalam hidup Sanju. Even friendship Sanju dengan Raju Hirani pun tak ada mention!

Movie biopic pelakon filem mesti nak tengok career graph dia sebagai pelakon kan? Tapi dalam movie Sanju ni cuma movie Rocky, Khalnayak dan movie Munnabhai M.B.B.S je wujud sedangkan career Sanjay Dutt agak cantik sampai tergolong dalam A-star list. Movie Sanjay Dutt antara yang pernah gegarkan industry movie Bollywood – Naam (1986), Hathyar (1989), Saajan (1991), Sadak (1991), Khalnayak (1993), Vaastav (1999), Kaante (2002), Lage Raho Munna Bhai (2006), Shootout at Lokhandwala (2007), and Agneepath (2012).

Image result for sanju movie

Lakonan Ranbir Kapoor sebagai Sanju memang cantik, buat penonton yakin yang movie Sanju ni naikkan kembali nama Ranbir lepas movie dia flop berturut dekat box office. Ada beberapa scene Ranbir nampak sama sangat dengan Sanjay Dutt sampai lupa tu sebenarnya Ranbir Kapoor. Lepas Barfi, Rockstar, Bombay Velvet and now this. He’s damn great!

Lakonan Paresh Rawal sebagai Sunil Dutt pun terbaik bila director gambarkan sebagai ayah yang berdisiplin dan cuba yang terbaik untuk jaga keluarga walaupun ada pincang sana sini. I tak kenal Sunil Dutt in real life macam mana so not much I can say about him.


Dalam movie Sanju memang banyak kali menangis disebabkan scene anak-beranak ni. Bila Sunil Dutt cuba pujuk Sanju pergi rehab dekat US, bila Sunil Dutt dengar confession Kamli (Vicky Kaushal), bila dia menangis sebab Sanju nak fight dekat court untuk kes terrorist dia and several scenes yang lain.

Watak Nargis Dutt (Manisha Koirala) tak lama pun sebagai tunjang kekuatan Sanjay Dutt dalam movie ni padahal Sanjay rapat dengan mak dia. Watak pesakit kanser sepatutnya boleh dibawakan dengan cantik oleh Manisha sebab dia sendiri ada pengalaman kanser tu tapi most of the scenes, Manisha cuma terbaring je dekat hospital sebab koma.


Music album Sanju pun tahap average je dan mungkin dapat rating rendah sebab lagu Baba Bolta Hain Bas Ho Gaya kritik media sebab banyak buat spekulasi negative terhadap Sanju padahal dari media jugak lah Sanju buat keputusan untuk serah diri instead of lari dari Mauritius. Tapi dalam movie of course lah gambarkan yang cantik je pasal Sanjay Dutt.

I loved how Raju Hirani boleh garap cantik sangat kehidupan buruk Sanjay Dutt dalam movie Sanju. Memang penat menangis sebab director tekankan family bonding antara Sanju dengan parents dia dan friendship so agak emotional breakdown bila layan movie ni. In terms of entertainment, Sanju did great as a movie. Tapi kalau nak percaya, please don’t since banyak karakter fiksyen dalam movie ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

3 comments

  1. Betullah.. bila tengok trailer tu pun berjaya buat Sha lupa tu ranbir.. dia berjaya bawa watak tu dengan baik..

    ReplyDelete
  2. Macam best cite ni. boleh la tengok nanti...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.