Movie Review : Along With The Gods 2 - The Last 49 Days

Tuesday 27 November 2018

Image result for along with the gods 2

Director : Yong-hwa Kim
Writer : Joo Ho-min
Cast : Ha Jung-woo, Ju Ji-hoon, Kim Hyang-gi, Ma Dong-seok, Kim Dong-wook
Production Company : Realies Pictures, Dexter Studios
Distributor : Lotte Entertainment
Genre : Fantasy/Action/Thriller
Running Time : 141 minutes
Release Date : 1st August 2018
Trailer :



Sequel Along With The Gods ni menceritakan perbicaraan Roh Pendendam Kim Su-Hong (Kim Dong-wook), adik kepada Roh Mulia dalam movie Along With The Gods : The Two World. Dalam movie sequel ni tak fokus kepada perbicaraan roh je macam dalam movie yang pertama tapi ketengahkan kisah silam 3 penjaga akhirat, Gang-rim (Ha Jung-woo), Haewonmak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi).

Roh Pendendam agak penting buat mereka bertiga sebab jelmaan semula roh yang ke-49 merupakan tiket jelmaan semula kepada 3 penjaga ni juga. Sebab tu dalam movie ni memang bersungguh sangat diorang berusaha untuk pastikan Roh Pendendam dapat dibicarakan dengan adil di Hari Akhirat.

Image result for along with the gods 2

Tapi masalah yang utama, untuk bicarakan Roh Pendendam, Haewonmak dan Deok-choon kena pergi ke dunia dan bangkitkan roh Heo Choon-sam (Nam Il-woo) since masa kematian dia dah lama sampai tapi semua penjaga gagal sebab roh atok tua ni dijaga oleh Dewa Rumah, Song-ju (Ma Dong-seok). Jadi Dewa Kematian, Yeomra (Lee Jung-jae) bagi tugas ni kepada mereka sebagai syarat perbicaraan Roh Pendendam. 

Nak tak nak, Haewonmak dan Deok-choon kena bangkitkan juga roh Choon-sam dalam masa 48 hari untuk dapat jelmaan semula sementara Gang-rim jaga roh Sung-ho. Tapi tak sangka pulak dalam konflik dengan Songju tu diorang mengimbau balik kisah lama sebelum diangkat menjadi penjaga. Turns out Songju tu sebenarnya penjaga diorang sebelum menjadi Dewa Rumah.


Sama macam AWTG 1, jalan cerita sequel ni pun menarik untuk dilayan bersama keluarga cuma lebih kelakar berbanding yang pertama. Plot twist movie ni pun cantik digarap even dah hujung cerita pun director bagi lagi rahsia penjaga-penjaga akhirat ni. Walaupun ada dua kisah dimampatkan dalam movie ni tapi director pandai jaga supaya tak nampak caca-marba dalam penceritaan. Well-explained untuk yang dah tengok movie yang pertama tapi susah nak faham kalau yang terus jump tengok sequel. 

Bukan takat jalan cerita je yang best tapi teknik CGI dan visual pun nampak cantik sama macam yang pertama baik visual di dunia akhirat mahupun dunia nyata. Bila masuk abad lama, meriah dengan set dan kostum zaman sejarah mengikut budaya masing-masing.


Overall I have my fun time watching this and cannot wait for the third and fourth untuk franchise AWTG ni. I bet mesti banyak lagi this team nak ketengahkan tentang Hari Akhirat. Maybe perbicaraan roh jahat pulak lepasni. Looking forward for next movies!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments

  1. Memang best visual dan plot cerita dia.. Akak suka filem ini, dua kali tengok..

    ReplyDelete
  2. Aien belom tertengok lagi yang 2 ni. Yang 1 dah tengok..

    ReplyDelete
  3. oky bila ray nak tgk ni ??!!!

    ReplyDelete
  4. akak prnah tgk yg the 2 world tuh... yg lain2 tak penah layan... ingatkan mcm drama bersiri... rupanya bkn...
    mmg layan jgk cite nih...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.