Movie Review | The Meg (2018)

Thursday 22 November 2018

Image result for the meg

Director : Jon Turteltaub
Cast : Jason Statham, Li Bingbing, Rainn Wilson, Ruby Rose, Winston Chao, Cliff Curtis
Production Company : Warner Bros. Pictures, Gravity Pictures, Flagship Entertainment, Apelles Entertainment, Di Bonaventura Pictures, Maeday Productions
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Sci-fi/Thriller
Running Time : 113 minutes
Release Date : August 10, 2018 (United States)
Trailer :


Sharks antara hidupan laut yang menggerunkan semua orang, even tengok sirip dia pun dah boleh menggelupur. Imagine kalau ikan jerung sebesar ikan paus datang serang masa tengah syok mandi dekat laut. So this is the concept in The Meg.

Setiap tahun ada je movie tentang shark attacks, tahun lepas dengan 47 Metres Down tapi gagal hidupkan rasa gerun tu sebab sendiri cari penyakit. Sama lah dengan movie The Meg ni bila beberapa orang saintis yang turun ke Mariana trench untuk kaji hidupan di dasar lautan. This scene is quite amazing actually.
Image result for the meg

Tengah syok tengok hidupan dasar laut, ada haiwan datang serang submarine diorang tapi tak nampak dengan jelas. Disebabkan submarine diorang rosak teruk, Lori (Jessica McNamee) and the team terpaksa stay low dan matikan lampu supaya tak diserang lagi sementara tunggu bantuan datang.

Tapi nak tolong satu masalah jugak bila tak pernah ada misi menyelamat sedalam tu so diorang panggil Taylor (Jason Statham) dekat Thailand untuk selamatkan ex-wife dia. At least dia akan lembut hati walaupun dia pernah ada sejarah hilang kerja sebab gagal selamatkan semua anak kapal disebabkan makhluk besar tu.

Image result for the meg

Bila Taylor setuju nak selamatkan team ex-wife dia, dalam masa yang sama dia kena selamatkan juga anak Dr. Zhang (Winston Chao), Suyin (Li Bingbing) marine biologist dekat Mana One yang dah melulu turun untuk selamatkan team dia tanpa consult dengan yang lain.

Bila dia turun ke dasar, baru nampak jerung jenis megalodon ni sepanjang 60 kaki. Jerung Megalodon ni hidup pada zaman Mayan ataupun zaman dinosaur wujud dulu and that’s explained why the size quite bigger than whale. Tapi dah tak wujud dah sekarang sebab dah pupus. Dalam movie ni temperature dekat dasar lautan tak sama dengan suhu lautan kita so by logic sepatutnya The Meg ni lemah since perbezaan suhu yang ketara tapi dalam movie ni dah serupa zombie kebulur sana sini nak makan macam lah dekat dasar lautan tu tak ada makanan. Plus The Meg makan manusia ibarat makan habuk je tau. So part tu dah tak ngeri dah. 

Image result for the meg

Disebabkan The Meg ni excited tengok dunia luar, masa ni la Taylor dan team Mana One kena bergabung untuk selamatkan dunia since The Meg dah mula bergerak ke kawasan laut yang penuh dengan manusia. Sebelum China saman Mana One, baik diorang settlekan dulu masalah ni.

And of course Taylor akan jadi superhuman yang berjaya bunuh The Meg walaupun ada beberapa siri pengorbanan yang dibuat untuk selamatkan semua. Kalau first half most scene agak cliché, lebih kurang je second half pun. Predictable storyline even plot twist pun tak rasa berdebar. Rasa menyampah je tunggu bila nak habis movie ni. Nothing much to offer pun. Tapi scene Taylor kena berenang pergi inject The Meg tu memang cuak jugak even tengok banyak kali. 


Kalau ikutkan novel asal, Meg: A Novel of Deep Terror karya Steve Alten tahun 1997, kisah The Meg ni tak terhenti dekat lautan China je tapi bila ada lagi yang menjelma dan muncul di darat jugak. Katanya lagi best so maybe movie ni pun akan ada sequel. Kalau ada bajet lagi lah. Well, let’s see how it goes.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

9 comments

  1. anak anak kak pip suka betul dgn movie ni ...

    ReplyDelete
  2. klu akak tgk movie ni pun mungkin sbb ada jason statham je hhehhe...
    seram layan movie shark2 atau crocodile nih, berdebar lain mcm selalunya

    ReplyDelete
  3. memang layan citer2 macam ni...

    ReplyDelete
  4. Sakit perut tgk cerita ni sebab takut dgn the meg

    ReplyDelete
  5. Adoi.. boleh sesak jantung nengok movie cengginie.. Walupun predictable tapi tetap memberi kejutan.. kikiki

    ReplyDelete
  6. Anak menakan zumal suka tengok citer ni, dah habis pun minta nak tengok lagi. Kita tengok sekali pun dah jemu.

    ReplyDelete
  7. Sesuai untuk kanak2 muslim x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat dah movie dia macam mana tapi okay je rasanya.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.