Friday, 2 November 2018

Book Review : Interbiu



Penulis : Syahmi Hafizuddin
Penerbit : Buku Fixi
Helaian : 214 mukasurat/ 26 bab
Genre : Seram
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Julai 2016
Cetakan Kedua – Januari 2017
Harga : RM 9.90
Sinopsis :


Review :
It took months to finish reading this book. Rasanya nak masuk 3 bulan jugak stuck dekat buku ni. Bila baca buku yang tak best, habis rosak mood nak membaca tapi nak skip baca pun tak boleh sebab dah baca so nak tahu sampai habis apa jalan cerita dia tapi rasanya sia-sia.

Interbiu ni mengisahkan tentang catatan abam dalam mengumpulkan cerita-cerita seram tapi yang syahdunya cerita-cerita yang ada dalam novel ni cuma tahap seram celah gigi je. Even abam tekankan jangan baca bila berseorangan, I did read this book when I’m alone sampai tertidur nyenyak.

Terlampau draggy sampai hilang mood nak baca especially kisah sampingan macam cerita si Din ponteng sekolah, cerita abam temankan kawan pergi jumpa lecturer dan banyak lagi lah. For me its not that important to know sebab momentum cerita sangat flat. Even ada unsur humor tapi semuanya hambar.

Penggunaan ‘abam’ pun menambahkan lagi rasa menyampah bila baca buku Interbiu ni. Untuk satu frasa yang pendek mungkin sesuai tapi keseluruhan cerita gunakan abam it is soooooo weird! Mungkin ada yang suka but not me.

Tapi sesuai lah dengan blurb yang dia letak dekat belakang tu, tak ada plot twist bla bla bla so tak boleh nak pertikaikan sangat. Kita redho je.

Actually ada juga kisah mistik yang best diselitkan dalam buku ni antaranya kisah Imam kampung bela dua ekor Pontianak dengan kisah hantu monyet berjubah yang selalu ganggu family di rumah. Even dah pindah pun siap datang ziarah tepi tingkap lagi. Fuhhh tak ke terkejut tengok ada monyet pakai jubah tegur kita. Kalau nak baca 2 kisah ni boleh godek-godek dekat E-book okay.

1. Author +0.4, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot +0.4, 5. Character +0.6, 6. Genre+0.1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

4 comments:

  1. mcm mana boleh jd penulis buku tuye..heheh abam abam..bosan gak..nasin ada 2 plot cerita menarik kan

    ReplyDelete
  2. Mujur dia dah warning siap siap sebelum pembaca mula baca buku ini..

    ReplyDelete
  3. Nampak luaran je macam best yer

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.