Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan

Monday 18 March 2024

Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan | MyKasih, MYDIN dan Mondelēz International (Malaysia) jalin usahasama untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang memerlukan

Bantuan makanan dan barangan keperluan asas disifatkan sebagai sumbangan yang bermakna ketika bulan Ramadan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang kian dirasai oleh keluarga-keluarga daripada komuniti kurang berkemampuan.

Suryana, 47 yang merupakan ibu tunggal dari Bachok, Kelantan berkongsi kesyukuran atas bantuan yang diterima. Katanya, “Untuk menampung empat orang anak, termasuk seorang yang berkeperluan khas, bukanlah tugas yang mudah. Saya berasa amat bertuah kerana mendapat dipilih untuk menerima bantuan pembelian barangan runcit yang dapat meringankan beban keluarga saya. Walaupun dalam saat-saat yang paling sukar, wujudnya sinar harapan dan belas ihsan orang lain yang menyemarakkan semangat kami.”

Suryana ialah salah seorang penerima bantuan daripada program penglibatan komuniti Mondelēz Prihatin (#MDLZPrihatin). Program ini merupakan usahasama antara pengeluar jenama snek global dan tempatan ikonik, Mondelēz International, Malaysia (Mondelēz) dan organisasi tidak berasaskan keuntungan, MyKasih Foundation dalam satu inisiatif jangka panjang bagi menyokong dan memperkasakan keluarga yang memerlukan.

Program ini bermula dengan pengagihan tunai bantuan makanan kepada 100 keluarga B40 di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenalpasti oleh MyKasih. Setiap keluarga menerima sejumlah wang yang disalurkan ke dalam MyKad mereka untuk membeli bahan makanan asas menjelang musim Ramadan ini. Program itu dilancarkan menerusi satu sesi lawatan dan penglibatan komuniti di pasar raya besar MYDIN Kota Bharu, di mana waris dan ahli keluarga mereka dijemput untuk membeli barangan keperluan asas dengan bantuan yang disediakan.

“Kami melaksanakan matlamat syarikat iaitu ‘Snacking Made Right’ melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang dianjurkan oleh syarikat dan jenama-jenama kami. Kami komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti di mana kami beroperasi, dan telah terlibat dalam pelbagai inisiatif amal untuk menjana impak ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan. #MDLZPrihatin mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan,” kata Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan untuk Malaysia dan Singapura, MondelÄ“z International.

Selain menawarkan snek yang betul pada detik yang sesuai, kami didorong prinsip kami untuk berbuat baik terhadap komuniti di mana kami tinggal, bekerja dan memberi impak. Bermula daripada bantuan sederhana ini, semoga tindakan kolektif kami bersama MyKasih dapat membawa perubahan bermakna kepada kehidupan keluarga-keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan,” tambah beliau.

Turut melafazkan kesyukuran ialah Khairul, 42, seorang ayah dan penyara tunggal bagi dua cahaya mata. Ketika merenung cabaran hidupnya, beliau berkata, “Cabaran mengimbangi keperluan keluarga saya merupakan sesuatu yang berterusan. Bahkan kadang-kala, kami terpaksa mengorbankan makan untuk berjimat cermat. Jadi, bantuan yang diberikan ini telah menjadi talian hayat yang meringankan beban saya dan memastikan keluarga saya mempunyai makanan di atas meja. Saya amat menghargai MondelÄ“z Malaysia atas sokongan ini yang telah membawa kelegaan besar kepada kehidupan kami.”

Pengerusi dan Pengasas Bersama MyKasih Foundation, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, melahirkan penghargaan tinggi terhadap kerjasama itu. “Kami amat menghargai kemurahan hati dan komitmen MondelÄ“z Malaysia. Hari ini, kemiskinan kekal menjadi realiti bagi ramai keluarga dalam komuniti kami yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Justeru, menerusi #MDLZPrihatin, kami berhasrat bukan hanya untuk menyalurkan bantuan segera tetapi juga menyemarakkan sinar harapan dan daya tahan dalam komuniti ini,” demikian kata beliau.

Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih telah giat membantu keluarga berpendapatan rendah. Ia telah menghulurkan bantuan kepada lebih 750,000 keluarga di Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sokongan pendidikan, dan latihan kemahiran.

Menerusi program itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2024. Ia termasuk rancangan untuk melebarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memanfaatkan kepakaran dan bimbingan daripada MyKasih.

Sejak bertapak di Malaysia pada 1905, kami telah menghasilkan makanan ringan dan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia sehingga hari ini. Mondelēz International (Malaysia) mempunyai dua kemudahan pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor, serta Prai, Pulau Pinang. Selama ini, Mondelēz telah melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasa dan menaik taraf komuniti dengan pelbagai cara.

Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, MondelÄ“z telah melancarkan inisiatif ‘Flags of Generosity’ sebagai tindak balas kepada gerakan Bendera Putih. Menerusi kempen itu, bendera ungu telah diedarkan kepada rakyat Malaysia, yang boleh dikibar sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan bekalan berlebihan, yang kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga-keluarga memerlukan. Sejak menjalinkan kerjasama dengan National Food Aid Foundation pada 2018, MondelÄ“z telah menyumbangkan produk berjumlah lebih RM4 juta untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.