Drama Review | A Shop For Killers (2024)

Monday 4 March 2024


Directors: Lee Kwon, Noh Kyu-yeob
Writers:  Ji Ho-jin, Lee Kwon
Cast: Lee Dong-wook, Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo, Jo Han-sun, Geum Hae-na, Lee Tae-young, Park Ji-bin, Kim Min, Ahn Se-bin, Cho Si-yeon, Park Jeong-woo, Ahn Gil-kang
Production Companies: Merrychristmas, Project Onion
Distributor: Disney+ Hotstar 
Genre: Action / Drama
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 17 January– 7 February 2024
Trailer :


‘Only the weak bark. The strong don’t. You must become strong. To make your opponent bark.’ - Jeong Jin-man (Lee Dong-wook) 

Jeong Ji-an mendapat panggilan dari pihak polis maklumkan bahawa pakciknya, Jeong Ji-man meninggal dunia selepas bunuh diri di dalam tandas. Ketika sesi mengecam mayat, Jeong Ji-an ternampak tatu ‘Murthehelp’ di bahagian lengan sebelah kiri. Ketika upacara berkabung juga beberapa perkara aneh dan orang asing muncul tapi Jeong Ji-an bertindak untuk diamkan diri. 


Sebaik saja upacara berkabung selesai, Bae Jeong-min (Park Ji-bin) bantu Ji-an bertenang dan tanpa sengaja terjumpa telefon bimbit model lama. Melalui telefon bimbit tersebut Ji-an dapat tahu tentang tempahan barang dengan nilai yang amat tinggi. Tak mungkin barang jualan tanaman kebun boleh mencecah hingga 70,000 won. 

Jeong-min bantu Ji-an untuk cari maklumat tentang bisnes Jeong Jin-man menggunakan kepakarannya dalam bidang IT. Dari laman web menjual hos, mereka terjumpa laman web ‘Murthehelp’, laman web untuk mana-mana pembunuh membeli senjata api secara rahsia. Dari pistol biasa, SMG, machine gun, bom juga dadah disediakan di laman tersebut. 


Dari laman web ‘Murthehelp’ juga, Ji-an dapat tahu kelas pembunuh di mana Kod Merah adalah pembunuh handal, Kod Ungu di tangga kedua sementara Kod Kuning adalah cleaner setiap kali berlakunya pembunuhan. Jeong Jin-man dan Jeong Ji-an pula berada di Kod Hijau di mana mereka akan dilindungi oleh pembunuh kod lain. Malangnya selepas kematian Jeong Jin-man pembunuh kod lain cuba untuk menyerang Jeong Ji-an. 

Naskhah aksi drama arahan Lee Kwon dan Noh Kyu-yeob merupakan adaptasi kepada novel ‘The Killer's Shopping Mall karya Kang Ji-young yang diterbitkan pada tahun 2020. Walaupun watak Jeong Jin-man dibunuh pada episod pertama tapi pengarah menggunakan naratif flashback dalam setiap episod. Banyak kali watak Jeong Jin-man bagi nasihat, tips dan ajar Ji-an untuk hidup sebagai individu yang kuat. Bukan saja watak Jeong Ji-an mempunyai character development dan lengkungan karakter yang menarik malah penulis memperkenalkan juga watak Jeong Jin-man dengan lebih mendalam. 


Bukan pertama kali tengok Lee Dong-wook dalam avatar cold-hearted killer sebab sebelum ni dia pernah lakonkan watak psiko dalam drama Stranger From Hell (2019) but still watak Jeong Jin-man nampak hidup terutamanya dalam latar masa ketika dia bekerja dengan Babylon. Gaya badan dan pandangan mata membantu menambah impak dalam penceritaan untuk episod tegang bersama Bale (Jo Han-sun). 

Personally, I suka macam mana pengarah slowly builds up watak Jeong Ji-an sebelum betul-betul beraksi sebagai anak buah Jeong Jin-man. Awalnya dia nampak keliru, lemah dan lambat untuk kenal siapa kawan dan siapa lawan. Sukar untuk dia kenalpasti siapa kawan sebab dia memang tak ada kawan sejak sekolah rendah. Jeong Jin-man memang ajar anak saudara dia dengan lawan sendiri rasa takut dan tanggung akibat dari pilihan yang dibuat. 


Walaupun dari episod pertama lagi dah nampak watak Bae Jeong-min macam fishy tapi pengarah masih lagi simpan taring Ji-an. Nampak lebih realistik bila Ji-an terpinga-pinga untuk pilih Brother (Lee Tae-young) ataupun rakan sekolahnya, Jeong-min. Dekat episod awal A Shop For Killers juga Ji-an lebih banyak lari dari pihak lawan dari menyerang secara agresif sebab dia sentiasa dilindungi oleh Jeong Jin-man walaupun tahu seni Muay Thai. Pak cik dia sendiri nasihatkan supaya jangan terlebih berani untuk serang pihak lawan tambah lagi bila musuh ada senjata. Macam driving skills juga la, kalau lama tak drive skills tu slowly akan lemau tapi manusia tetap ada muscle memory supaya tak hilang terus. 

Nampak macam Jin-man seorang pak cik yang teruk sebab rahsiakan tentang shopping mall dan musuh dia dari Ji-an tapi bila masanya tiba, anak buah dia akan buat keputusan. Musim pertama drama A Shop For Killers lebih kepada ujian kepada Ji-an untuk jadi Kod Hijau. Kalau Ji-an pilih untuk lari, dia bukan calon yang sesuai untuk lawan Bale. 


Selain watak Jin-man dan Ji-an, watak Minhye (Geum Hae-na) dan Pasin (Kim Min) dapat screentime yang banyak untuk babak aksi. Penulis letak back story untuk kedua-dua watak supaya penonton kenal dan faham kenapa mereka berdua setia dengan Kod Hijau.

Sinematografi dari Lee Sung-jae dan Kim Gi-hyun mengukuhkan lagi babak-babak aksi menerusi teknik kamera yang sesuai. Penggunaan props selain senjata api seperti drone dan robot anjing membuatkan drama A Shop For Killers kelihatan unik dan sama hebatnya dengan naskhah Hollywood. Sebelum ni pernah nampak teknologi robot anjing dengan khidmat AI, dalam drama ni terpegun dengan kehebatan aloi. Tembak pun tak hancur. 


Tak pasti bila musim kedua akan muncul sebab belum ada pengumuman rasmi dari Disney+ tapi yang pastinya memang akan ada sebab novel asal ada sequel. Tambahan pula banyak review positif dari critics dan penonton. Watch it if you guys love action genre!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.