Movie Review | Little Forest (2018)

Saturday 9 March 2024


Director: Yim Soon-rye
Writer: Hwang Seong-gu
Cast: Kim Tae-ri, Ryu Jun-yeol, Moon So-ri, Jin Ki-joo
Production Company: Watermelon Pictures
Distributor: Megabox Plus M
Genre: Drama
Running Time: 103 minutes
Release Date: 28 February 2018 
Trailer :


Diadaptasikan dari manga berjudul Little Forest karya ilustrasi Daisuke Igarashi, mengisahkan tentang Song Hye-won (Kim Tae-ri) yang pulang ke kampung halaman setelah lelah bekerja di bandar Seoul sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. Hye-won asalnya ke bandaraya Seoul untuk mengambil ujian kelayakan sebagai guru namun setelah gagal, dia mula penat dan murung dengan situasi tersebut.
 
Dia tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang kepulangannya namun makciknya, Bok-soon (Jeon Guk-hyang) tersedar rumah yang telah lama terbiar tersebut dihuni orang. Rakan baiknya sejak kecil, Joo Eun-sook (Jin Ki-joo) dan Lee Jae-ha (Ryu Jun-yeol) juga gembira melihat Hye-won pulang ke kampung. Mereka banyak meluangkan masa bersama kerana tahu keadaan Hye-won yang masih berharap ibunya (Moon So-ri) juga akan pulang ke rumah kecil tersebut. Sebagai hadiah supaya Hye-won tak kesunyian, Jae-ha hadiahkan anjing bernama Fivo sebagai peneman.


‘Aren’t you scared to live there with no cameras or door locks? What will you do all day? I hate the country because of bugs! Flies, worms and bees! Gross!’

Hye-won ditinggalkan secara mengejut oleh ibunya ketika sekolah menengah selepas dia selesai menduduki ujian kelayakan kemasukan universiti. Ibunya tinggalkan sepucuk surat tapi belum cukup kukuh untuk pujuk hati Hye-won yang ditinggalkan secara tiba-tiba.  


Kerana tiada bekalan makanan dan kekurangan duit, Hye-won mula bercucuk tanam dan menggunakan resipi yang telah diajar oleh ibunya sejak kecil. Dari tanaman yang mudah hingga ke tanaman yang berskala besar dengan Kemahiran dan tunjuk ajar oleh Jae-ha. 

‘I want to give you that apple before this. It held out through the typhoon. Unlike you.’ – Lee Jae-ha


Naskhah drama arahan Yim Soon-rye dan penulisan Hwang Seong-gu menghasilkan sebuah filem yang berkonsepkan healing. Pace yang digunakan dalam Little Forest juga agak perlahan untuk mewujudkan suasana tenang, aman, damai dan nyaman. Walaupun berlatarkan kampung desa di Korea Selatan namun pengarah sengaja sembunyikan latar masyarakat supaya filem lebih fokus kepada watak-watak utama. 

Selain konsep healing dengan menggunakan plot melarikan diri dari kesibukan kota, filem Little Forest juga menggunakan tema makanan dengan pelbagai resipi yang unik dan menu asas. Resipi yang digunakan oleh Hye-won juga agak mudah untuk disiapkan. 


Sinematografi hasil karya Lee Seung-hoon mengukuhkan lagi penceritaan Little Forest yang menggunakan dialog melankolik yang sesuai untuk naskhah drama. Colour grading yang digunakan bersifat warm dan bersifat aesthetic. Teknik close-up lebih banyak digunakan untuk babak memasak manakala pan mode untuk menggambarkan latar masa yang silih berganti musim menggambarkan tempoh masa Hye-won berada di kampung tersebut. 






Rumah Hye-won dengan ibu dia pun sederhana, sesuai dengan mesej yang nak disampaikan melalui watak ibu yang nak ajar anak dia supaya membesar dalam persekitaran yang damai seperti di kampung. Seronok tengok labu disusun dekat atas peti ais, jagung kering dan persimmon kering disusun di luar rumah, bawang, tomato dengan epal pun masak ranum. Tengok babak Hae-won dengan ibu dia lepak tepi kebun sambil makan tomato pun rasa seronok sebab tomato segar rasa manis, tak sama macam tomato dekat pasaraya. 

Pemilihan Kim Tae-ri sebagai pelakon utama antara kekuatan terbesar naskhah Little Forest sebab kebanyakan babak dilakonkan dengan cemerlang terutamanya babak yang paparkan konflik perhubungan bersama ibunya. Ekspresi yang tepat dari Tae-ri untuk gambarkan perasaan yang dialami ketika memasak ataupun menanam pelbagai jenis tanaman ketika berada di kampung tersebut. Fivo dalam movie ni comel sangat, dari kecil sampai besar maintain comel! 


For me, it’s a good watch although the pace a bit slow but speed setting is there for a reason. I wish I could leave the city and create my own little forest. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. adoi tak minat dengan si ryu ni dah sekarang dia ada isu tapi filem ni macam best juga walaupun nampak macam slow.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.