Drama Review | The Believers (2024)

Saturday 30 March 2024


Director: Wattanapong Wongwan
Writers: Watcharapol Paksri, Aummaraporn Phandintong, Perapat Rukngam, Jiraporn Sae-lee, Asamaporn Samakphan, Wattanapong Wongwan
Cast: James Teeradon Supapunpinyo, Peach Pachara Chirathivat, Ally Achiraya Nitibhon, Paopetch Charoensook, Patchai Pakdesusuk, Surasee Phatham
Production Companies: Joy Luck Club Film House, Deluxe Production
Distributor: Netflix 
Genre: Crime / Thriller 
Running Episodes : 9 episodes (37-59 minutes per episode)
Release Date: 27 March 2024
Trailer :


Drama terbaru Thailand berjudul The Believers arahan Wattanapong Wongwan mengangkat kisah 3 sekawan anak muda yang ingin mengorak kerjaya dalam bisnes NFT. Win (James Teeradon Supapunpinyo), Game (Peach Pachara Chirathivat) dan Dear (Ally Achiraya Nitibhon) awalnya mempunyai masa depan yang cerah bila permainan video Pirate Hell mendapat sambutan namun dalam sekelip mata sahaja mereka terperangkap dalam hutang sebanyak 25 juta. 

Untuk bisnes NFT tersebut mereka bertiga buat pinjaman dengan lintah darat dan perlu bayar semula dalam masa sebulan. Amaun duit yang dipinjam dan juga kadar bunga sebanyak 200%. Win cuba cari jalan keluar ketika pulang ke rumah ibunya. Semasa menemani ibunya, Win dapat idea untuk jadi pengurus tokong di mana mereka akan mendapat duit derma dari orang awam yang datang untuk bertaubat dan beribadah. 

Di tokong juga terdapat banyak upacara yang dijalankan dan secara tak langsung dapat duit derma yang tinggi dalam masa yang singkat. Game dan Dear ragu-ragu dengan idea tersebut tapi tak salah mencuba kerana mereka bertiga terdesak untuk dapatkan duit. Duit simpanan masing-masing sudah habis dilaburkan dalam bisnes NFT. 

Tokong Phummaram dipilih sebagai tokong yang akan diuruskan oleh mereka bertiga. Di sana mereka berjumpa dengan Pakcik Tang  lantas mendapat kelulusan dari Father Kiw. Kerana kesihatan yang merosot juga, Father Kiw tak ambil peduli dengan agenda sebenar mereka asalkan tokong tersebut dipenuhi dengan penganut Budhha yang ingin beribadah. Pelbagai strategi dilakukan oleh mereka bertiga supaya dapat langsaikan hutang secepatnya supaya kadar bunga tak meningkat naik. 

Asalnya mereka bertiga hanya ingin langsaikan hutang tapi kerana tamak, Win ingin lanjutkan lagi tempoh mereka menguruskan tokong tersebut. Dear mula rasa bersalah dengan penipuan dan penyelewengan yang mereka lakukan kerana pembinaan pavilion retreat milik Sami Don masih belum siap. Konflik terjadi bila Pakcik Tang diburu oleh pihak polis kerana kegiatan dadah di tokong tersebut.   
Idea untuk menjadikan rumah ibadah sebagai sumber pendapatan terlihat menarik kerana semua pun sedia maklum tapi tak berani paparkan isu sensitif ini kepada umum. Kalau dilihat tak ada masalah pun dengan apa yang dilakukan oleh Win, Game dan Dear kerana mereka banyak menyumbang kepada ekonomi setempat. Bukan saja tokong menjadi tumpuan malah ramai peniaga yang mendapat faedah dari pengunjung yang datang. 

Sepertimana tagline drama The Believers – When there’s faith, there’s money, rumah ibadah memerlukan banyak duit dari penganut mereka. Bukan saja penganut agama Buddha seperti yang dipaparkan dalam The Believers bila mereka laburkan duit untuk membeli minyak, colok, bunga atau item lain untuk diberikan kepada sami malah agama lain juga mempunyai keperluan yang sama. Isu ni pernah diketengahkan dalam filem P.K (2012). 

Kekuatan drama The Believers terletak pada latar anak muda yang mengalami krisis dan rumah ibadat sebagai jalan keluar untuk melangsaikan hutang mereka. Namun pace penceritaan tersangatlah perlahan sampaikan hilang minat untuk tengok. Dekat episod-episod awal dah seronok tengok strategi dan punca konflik tapi bila di pertengahan dah mula mendatar. 

Sepatutnya penulis tambah lagi babak mereka bertiga brainstorm untuk tarik pengunjung atau flashback friendship mereka. Tak tahu macam mana Win dan Game boleh berkawan walhal berbeza personaliti dan latar belakang. Kalau Win dengan Dear penulis bagitahu yang mereka berjiran sejak kecil. Plot yang paling penting untuk dikembangkan ialah bagaimana bisnes NFT beroperasi hingga mereka bertiga yakin untuk buat pinjaman yang besar dengan lintah darat. Kadar bunga yang dikenakan tersangatlah tinggi walhal Win dengan Dear bukanlah waris keluarga berada macam Game. 

Watak Sami Ekachai (Paopetch Charoensook) juga tak diberi fokus sampai kita boleh teka yang dia ada agenda tersendiri bila pulang semula ke Tokong Phummaram. Bila dia diam saja tengok arak kepunyaan Win di belakang buku atau ketika Tang seludup keluar sesuatu dari tokong, dah boleh nampak true colours dia. Bila dia approach Game di penghujung drama, benda tu dah tak saspens dah.
 
Kittiwat Semarat dan Krisanapol Somnuke cemerlang dalam menghidupkan dunia The Believers dengan teknik kamera dan suntingan yang cantik dalam kebanyakan babak. Kelakar juga lah bila tengok Sami Don angau dengan Dear masa bertafakur. Seronok tengok keadaan tokong yang meriah tapi dalam masa yang sama, macam tak percaya juga sebab ada carousel dengan ferris wheel dalam kawasan laman tokong. 

For me, The Believers adalah drama yang menarik untuk ditonton sebab sarat dengan pengajaran menerusi konflik yang ditimbulkan oleh penulis. Setiap tindakan yang manusia buat ada akibatnya. Cara penulis paparkan watak Win, Game dan Dear juga terlihat kompleks sebagai darah muda yang ada impian masing-masing. Tapi antara 3 watak ni I paling menyampah dengan Win sebab selfish. Dia ambil kesempatan dengan perasaan Dear sampai libatkan perempuan tu dalam bisnes NFT yang berisiko tinggi. Sayang lah masa dan bakat Dear banyak terbuang untuk buat jenayah hanya sebab cinta. Tak susah untuk tarik Game masuk dalam projek tersebut sebab dia agak childish dan fikir pendek macam dalam babak dia malukan ketua sami Tokong Mani Thong. 

Tengok pada ending, high possibility akan ada musim kedua di mana Win dapat tahu rahsia kehilangan ayahnya selama 18 tahun bila dia terjumpa bukti kecil yang menimbulkan persoalan besar. Tak pasti lah latar tempatnya masih sama di tokong dengan strategi yang sama, ataupun Win bergerak solo dan bekerjasama dengan pihak polis untuk balas dendam. Kalau bergerak solo, I tak nak tengok lah sebab Game dengan Dear dah tak ada. But let’s just let future me choose that. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

2 comments

  1. Menarik bila baca sinopsisnya. Boleh masuk dlm list utk ditonton.

    ReplyDelete
  2. Oke, rasanya tertarik buat ditonton. Saya masukkan list dulu. Kalo dah terkait tema lintah darat, seru biasanya. Walo kakak bilang bagian tengah dah mulai flat, tak apalah, saya pengen tahu endingnya 😄

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.