Movie Review | Susuk: Kutukan Kecantikan (2023)

Sunday 10 March 2024


Pengarah: Ginanti Rona
Penulis Skrip: Husein M. Atmodjo
Pelakon:  Hana Malasan, Ersya Aurelia, Jourdy Pranata
Syarikat Produksi:  Visinema Pictures, Legacy Pictures, Visionari Capital, Goodwork
Pengedar:  Netflix
Genre: Seram / Drama 
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2023 (Indonesia)
Trailer:


Laras (Hana Malasan) ingin keluar dari dunia gelap yang menjadi sumber rezeki untuk membesarkan adiknya, Ayu (Ersya Aurelia). Namun tindakan mendadaknya mengundang bahaya kepada dirinya sendiri setelah Desmond (Mike Lucock) menolak Laras dari balkoni rumah. 

Laras dibawa ke hospital kemudian disahkan koma oleh doktor. Laporan X-ray menunjukkan bilangan susuk yang dipakai oleh Laras selama ini. Doktor meminta Ayu supaya membawa Laras pulang ke rumah kerana penyakit Laras di luar kemampuan doktor untuk merawat. Lalu Ayu mengambil keputusan untuk membawa Laras pulang ke kampung dibantu oleh Arman (Jourdy Pranata) yang selama ini menyimpan perasaan kepada Laras. 


Semakin hari badan Laras mula membusuk namun tiada tanda kakaknya meninggal dunia. Setiap hari juga Ayu akan diganggu oleh entiti lain sehingga lah dia meminta bantuan dengan Ustad Rahmat (M.N. Qomaruddin), imam di kampung tersebut. Kata Ustad Rahmat Laras menggunakan susuk yang kuat dan dia sendiri sukar untuk membuang menggunakan kaedah ruqyah. 

Sakit hati dengan keengganan Ustad Rahmat, Ayu berjumpa pula dengan Prasetyo (Muhammad Khan), dukun yang pakar dengan susuk. Memasukkan susuk atau membuangnya, Prasetyo boleh melakukan sejak bertahun lamanya. Namun ternyata susuk yang digunakan Laras bukan susuk biasa dan sekiranya dibuang, Laras boleh meninggal dunia. 


Naskhah seram drama hasil sutradara Ginanti Rona mengangkat susuk yang seringkali digunakan sejak turun-temurun. Bukan sesuatu yang janggal untuk Malaysia atau Indonesia. Dah banyak juga naskhah yang dibikin untuk menceritakan keburukan susuk untuk si pemakai ketika sakit atau meninggal dunia. Dah ramai juga doktor yang terjumpa susuk yang dicucuk di bahagian muka, payudara, perut dan kaki. Dalam filem ni tak pasti kenapa Laras pakai dekat otak. Nak kata untuk bagi pandai, macam tak cerdik pun. 

Di Malaysia, filem Susuk (2008) menggunakan susuk ekstrem untuk kekal popular dan jelita dalam dunia hiburan. Sama juga dengan Susuk : Kutukan Kecantikan dalam filem ini di mana Laras menggunakan susuk saka yang pertaruhkan nyawa si pemakai. Tak dijelaskan dengan lebih lanjut kenapa Laras terpaksa pakai susuk paling kuat atau bagaimana dipakai. Kalau dalam filem Susuk (2008), penceritaannya jelas, ritualnya jelas serta akibatnya juga jelas menjadikan naskhah tersebut meninggalkan impak lebih mendalam walaupun sudah berbelas tahun diterbitkan. 


Babak seram dalam filem Susuk: Kutukan Kecantikan agak tipikal di mana Ayu diganggu ketika di hospital, di sebalik cadar yang disidai di jemuran, di tingkap dan di dalam almari. Tak pasti kenapa gangguan tersebut cuma dialami oleh Ayu dan bukan Arman. Mungkin sebab saka dan Laras ingin Ayu mengambil saka tersebut. Mungkin lah sebab tak diceritakan oleh penulis. 

Penggunaan cahaya dalam filem Susuk: Kutukan Kecantikan tersangatlah minimal sehinggakan tertanya-tanya di manakah bulan ketika waktu malam. Lampu yang digunakan juga malap. Mungkin untuk menghidupkan mood seram tapi kalau gelap sangat, tak boleh beza pun hantu ataupun pokok. Sudahnya tak rasa seram tapi geram. 


Sayang juga lah sebab keadaan Laras boleh dikatakan ngeri dan memilukan. Kalau elemen drama yang dimasukkan lebih kuat melalui flashbacks untuk ceritakan penderitaan hidup kedua-dua beradik ni, mungkin kita pun faham kenapa Ayu dan Arman sayang sangat dengan Laras. Tak semua orang sanggup jaga mayat busuk pakej diganggu saka setiap masa. Latar masyarakat yang dimasukkan macam tak kena sebab tiba-tiba sangat jadi ganas. Kalau untuk Seno (Elang El Gibran) tu faham lah tapi orang lain entah kenapa. 

Bab lakonan for me, personally, tak lah kuat sangat tapi okay lah untuk filem yang tak menggunakan bakat lakonan yang kuat sangat. Dialog pun tak banyak sebab pace yang tersangatlah perlahan supaya kita rasa saspen bila muncul babak seram. A bit typical actually. All in all, mehhh. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10

1 comment

  1. Saya malah baru tahu ada film ini 😅. Dan honestly tak kenal juga dengan pelakonnya. Artis baru rasanya..

    Tapi bicara susuk memang seram lah. Saat meninggal takutnya, dan blm dilepas. Itulah kenapa utk susuk kontrasepsi bagi wanita, saya juga tak nak. Lebih memilih IUD.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.