Movie Review | Irish Wish (2024)

Sunday 24 March 2024


Director: Janeen Damian
Writer: Kirsten Hansen
Cast: Lindsay Lohan, Ed Speleers, Alexander Vlahos, Ayesha Curry, Elizabeth Tan, Jane Seymour
Production Companies: Motion Picture Corporation of America, Riviera Films, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Fantasy
Running Time: 94 minutes
Release Date: 15  March 2024
Trailer :


Maddie Kelly (Lindsya Lohan), seorang editor buku simpan perasaan terhadap Paul Kennedy (Alexander Vlahos), penulis yang kacak dan popular. Tak ramai editor mampu bertahan bekerja dengan Paul Kennedy kecuali Maddie dan kerana itu juga Maddie rasa hubungan mereka adalah Istimewa walaupun ibunya, Rosemary Kelly (Jane Seymour) nasihatkan supaya luahkan perasaan dia terhadap Paul. 

Maddie sangka perbuatan dan perlakuan dia sudah cukup menjadi hint kepada Paul, malangnya Paul jatuh cinta pandang pertama dengan rakan baik Maddie iaitu Emma Taylor (Elizabeth Tan). Sejak berjumpa di parti pelancaran buku sehingga lah setahun kemudiannya, mereka putuskan untuk berkahwin di rumah agam milik keluarga Paul di Ireland. Maddie dan Heather (Ayesha Curry) dijemput menjadi pengapit kepada Emma untuk majlis tersebut. 


Bukan saja mempunyai persamaan dan minat yang kuat dengan Paul, Emma malah mudah mesra dan rapat dengan Olivia Kennedy (Jacinta Mulcahy) dan Kory Kennedy (Matty McCabe), kedua orang tua Paul. Patah hati dan menyesal, Maddie buat hajat untuk berkahwin dengan Paul Kennedy di kerusi ajaib kepunyaan Saint Brigid (Dawn Bradfield). Hajatnya ditunaikan namun bahagiakah dia dengan hajat tersebut? 

Penulis skrip filem Irish Wish asalnya ingin menggunakan negara Eropah sebagai latar tempat untuk naskhah romantik komedi tapi semuanya dirombak selepas Lindsya Lohan setuju untuk berlakon sebagai watak utama. Kenapa Ireland? sebab Lindsay berasal dari Ireland dan bagi idea untuk beberapa tempat menarik di negara tersebut. Bukan saja tukar lokasi penggambaran malah judul filem juga ditukar. 



Tak hairan lah kalau penulis setuju untuk tukar dari Eropah ke Ireland sebab panorama beberapa tempat terlihat indah terutamanya Killruddery House, Cliffs of Moher dan Lough Tay menerusi lensa Graham Robbins. Macam mana James Thomas (Ed Speeleers) study subjek dia sebelum ambil gambar, macam tu la juga Graham yang tahu kekuatan dan kekurangan pelakon dan latar tempat supaya penceritaan mempunyai momen dan atmosfera romantik tersendiri. 

Kalau ikutkan filem Irish Wish ni mempunyai jalan cerita yang mudah dijangka dan cliché dengan dialog yang agak terhad. Barisan pelakon juga tak ada banyak ruang untuk berekspresi lebih dalam ruang yang diberikan sepanjang 94 minit tayangan. Sayang lah sebab tak ada dialog yang guna kekuatan magis luck clover dalam filem ni. Tak ada pun unsur-unsur atau budaya Ireland dimasukkan dalam perbualan beberapa watak walhal dah guna latar tempat yang kuat. 


Tapi menariknya filem romantik komedi tayangan rasmi Netflix ni mendapat olahan yang dan sentuhan yang bagus dari Janeen Damian. Dari awal cerita lagi dah nampak pengarah drop hints kenapa Maddie bukan pasangan yang sesuai untuk Paul Kennedy. Walaupun kedua-duanya selesa bekerja bersama tapi sebenarnya Maddie yang banyak mengalah dan berkompromi supaya hasil jadi bagus. 

Bila munculnya watak James, secara perlahan Maddie dapat hidup tenang, yakin dan jumpa semangat juga motivasi untuk hidup berdikari tanpa perlu bergantung pada nama penulis terkenal. Masa tengok Irish Wish ni rasa rimas bila Maddie dengan Paul dalam satu babak yang sama. Relationship tu tak seimbang walaupun hajat Maddie tercapai tapi bila Maddie dengan James, semuanya nampak manis, tenang dan selesa. I mean, that’s what you need in a relationship kan? Ketenangan. 


Watak Paul dengan Emma memang secocok sebagai life partner sebab sama-sama toksik dan opportunist, ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bukan setakat Paul tapi Emma dengan Heather pun bukan kawan yang baik untuk Maddie. Tak pasti macam mana diorang start berkawan sebab tak ada back story tentang trio ni. 

Tak faham juga kenapa Maddie boleh rasa insecure dan terjebak dengan circle macam tu sedangkan Rosemary adalah watak ibu yang bagus. Wanita berkarisma dan berjaya dalam karier. Nak kata sibuk sangat pun tak sebab dia selalu on call dengan Maddie even Maddie lega bila tahu Rosemary nak datang ke Ireland untuk majlis kahwin dia. 


But anyway, Irish wish is a light romantic comedy movie. Good to watch though got nothing much to offer. Glad Linsay is back to Hollywood with this type of genre since Hollywood currently on equal par with Bollywood, which has slowly ignored rom-com when both of the industries was once at peak with this genre. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

1 comment

  1. dah banyak hint yang Paul tu bukan lelaki terbaik untuk Maddie tapi dia masih juga nak mencuba nasib mengharapkan Paul jadi suami dia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.