Movie Review | Damsel (2024)

Sunday 24 March 2024


Director: Juan Carlos Fresnadillo 
Writer: Dan Mazeau
Cast: Millie Bobby Brown, Ray Winstone, Nick Robinson, Shohreh Aghdashloo, Angela Bassett, Robin Wright
Production Company: Roth/Kirschenbaum Films
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy / Action / Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 08 March 2024
Trailer :


Projek terbaru Millie Bobby Brown berjudul Damsel arahan Juan Carlos Fresnadillo berlatarkan zaman purba di mana Puteri Elodie (Millie Bobby Brown) dijodohkan dengan Putera Henry (Nick Robinson) dari Kerajaan Aurea. 

Elodie tidak mempunyai angan-angan untuk fairytale wedding dan perkahwinan tersebut bersifat kepentingan kerajaannya semata apabila mereka memerlukan duit untuk memastikan kelansungan hidup rakyatnya. Dalam perjalanan ke Aurea, mereka disambut dengan arca naga yang terletak di pesisir laut. 

Tak ambil masa yang lama juga untuk Elodie jatuh suka dengan peribadi Henry yang kacak dan baik hati. Semakin mereka berbual, semakin Elodie yakin dia buat keputusan yang tepat untuk berkahwin walaupun majlis perkahwinan mereka serba sederhana. Ibu tirinya, Lady Bayford (Angela Bassett) cuba untuk nasihat Elodie supaya fikir masak-masak kerana dia tak dilayan dengan baik oleh Permaisuri Isabelle (Robin Wright). Tapi dengan cepat Lord Bayford (Ray Winstone) menegah kerana mereka sangat memerlukan duit hantaran dari Aurea. 

Majlis perkahwinan Elodie dan Henry berjalan seperti yang dirancang kemudiannya Elodie dibawa naik ke atas gunung batu untuk ritual Aurea. Di sana darah Elodie diiktiraf sebagai darah diraja kemudiannya Elodie dicampak masuk ke dalam gaung untuk dijadikan korban kepada naga (Shohreh Aghdashloo). 

‘There are many stories about chivalry where the heroic knight saves the damsel in distress. This is not one of them.’ - Elodie

Naskhah Damsel mempunyai kekuatan tersendiri melalui sinematografi yang dipaparkan menerusi lensa Larry Fong. Kebanyakan babak menggunakan panorama alam semulajadi seperti laut, gunung-ganang, kawasan hutan dan banyak lagi. Walaupun tak banyak kawasan istana yang dipaparkan dalam Damsel tapi cukup untuk menjadi salah satu latar tempat yang menarik buat momen romantik antara Puteri Elodie dan Putera Henry. 

Separuh masa kedua agak terbatas sebab watak Elodie bertarung dengan naga di dalam gua yang sempit dan gelap. Boleh kata keadaan di bawah tu bergantung dengan penggunaan CGI. Baik naga, ulat ajaib ataupun laluan kristal tampak meyakinkan untuk penceritaan Damsel yang bersifat fantasi. 

Alur cerita Damsel tampak menarik dan mendebarkan setiap kali naga cuba menyerang Elodie dalam gua untuk dijadikan korban. Idea untuk filem ni segar dan unik tapi ada kekurangannya bila plot tak dikembangkan dengan baik. Watak yang dimasukkan tak lah banyak tapi hampir kebanyakan watak tak cukup kuat untuk kita kenal dan ambil peduli. 

Macam watak Lord Bayford yang sanggup kahwinkan anak perempuan dia semata untuk selamatkan rakyat. Dari perspektif cerita ni mungkin keputusan dia nampak mulia tapi hakikatnya, dia yang nak kekal berkuasa. Jadi apa kurangnya dia dengan Permaisuri Isabelle yang korbankan ramai puteri supaya hutang keluarga dia langsai? 

Watak Putery Henry pula terbatas dan mengelirukan sebab dia sanggup berkahwin dengan seberapa ramai puteri yang terima lamaran Kerajaan Aurea. Dekat awal nampak dia macam terpaksa ikut arahan Permaisuri Isabelle tapi dekat hujung dia tak berganjak bila Elodie bagi amaran. Lakonan Nick tak membantu jelaskan screenplay untuk perasaan dia masa tu. Rasa bersalah? Takut? Redha? Entah, tak jelas. 

Editing filem Damsel memburukkan lagi keadaan sebab back story dah dijelaskan pada awal cerita jadi kita dah hilang elemen saspen. Plot utama pun dah diceritakan dalam trailer, ending pun dah boleh dijangka dari poster. Jadi apa yang tinggal dalam filem Damsel? Lakonan Millie Bobby Brown sebagai puteri yang tahan lasak dan berjiwa kental. 

Pertaruhan yang berani dari Netflix bila Millie adalah heroin untuk franchise series Stranger Things (2016) juga franchise Enola Holmes (2020) tapi penonton perlukan lebih dari itu untuk sesebuah cerita bergerak dengan cemerlang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.