Pengarah: Tang Hsiang-Chu
Penulis Skrip: Tang Hsiang-Chu
Pelakon: Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Sasha Tang, Amir Ahnaf, Jo Kukathas, Khir Rahman, Farah Ahmad, Lee Lee-Zen, Ong Ai Leng, Vemanna Appannah, Mia Tan Shu Man, Tan Li Yang
Syarikat Produksi: More Entertainment Sdn Bhd, IS Entertainment Co., Ltd
Pengedar: Astro Shaw
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 5 November 2026
Trailer:
Mengisahkan Nancy (Jo Kukathas) yang menghidap kanser pulang ke kampung halamannya di Pantai Timur bersama anak tunggalnya, Ajay (Nandagopall Mohan). Di sana dia membuka kelas bahasa isyarat kerana Ajay cacat pendengaran jadi berbekalkan ilmu dan pengalaman dia membesarkan Ajay, Nancy membantu orang kampung yang mempunyai masalah yang sama.
Di Kampung Mangkuk juga, Mina (Mhia Firdaus) yang pekak amat meminati sukan Muay Thai tapi tidak mendapat peluang seperti abangnya, Aman (Amir Ahnaf) kerana ayahnya, Hassan (Khir Rahman) percaya Mina lebih bagus berada di rumah seperti perempuan yang lain. Mina berkawan rapat dengan San San (Shasha Tang) yang juga mempunyai kekurangan yang sama. San San banyak meluangkan masa di sekolah Nancy sebagai pengajar kemudiannya belajar tradisi kaum Cina.
Uniknya di kampung tersebut, terdapat lagenda yang menceritakan ikan paus menyelamatkan moyang mereka yang kemalangan di laut lalu bawa mereka ke darat. Sebagai membalas budi, mereka sentiasa menjaga keharmonian antara manusia dan hidupan laut. Malangnya, ada yang mula mengganggu untuk raih keuntungan individu. Kerana insiden tersebut, ramai yang mula terkesan.
Filem Sayang Sayang arahan dan penulisan Tang Hsiang-Chu mendapat inspirasi dari keharmonian penduduk di Malaysia ketika datang bercuti 26 tahun lalu. Kerana semangat perpaduan dan keharmonian yang diamalkan, dia mengambil keputusan untuk merakam semangat ini dalam sebuah naskhah berdurasi 99 minit.
Sebelum ditayangkan di Malaysia secara rasminya pun, filem kolaborasi Malaysia–Taiwan, Sayang Sayang telah tercalon dalam 5 kategori di Anugerah Golden Horse ke-63 iaitu Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik, dan Kesan Visual Terbaik.
I berpeluang tengok filem Sayang Sayang sehari selepas filem BAGA: Esok Untuk Siapa (2026) dan kedua-duanya menggunakan Terengganu sebagai latar tempat dan latar masyarakat utama. Filem BAGA menerusi lensa Tan Tack Zee sementara Sayang Sayang pula melalui lensa Kartik Vijay, ISC mengangkat keindahan alam semulajadi di Terengganu, Kelantan dan Pulau Tenggol. Tahun ni memang I ada luck dengan Terengganu sampai rasa jatuh cinta dengan negeri ni.
Bila dah pernah pergi Terengganu, apa yang digambarkan dalam Sayang Sayang terasa dekat sangat di hati. Keharmonian dan ketenangan yang digambarkan dalam Sayang Sayang terpahat kuat sepanjang menonton. Seronok tengok Mina dan San San luangkan masa sama-sama. Walaupun dua-dua ada kekurangan tapi tak menghalang untuk mereka berdua membesar dengan sihat dan mendalami ilmu kehidupan di pesisir pantai.
Dalam kebahagiaan tu pun, sama seperti BAGA: Esok Untuk Siapa (2026), kehidupan Mina tak lari jauh dari kehidupan Melur yang sentiasa dipandang rendah oleh si ayah. Mungkin Hassan nak menjaga Mina dari ancaman luar tapi terlebih sampai nampak mengongkong. Bagusnya Mina, dia tahu apa dia nak dalam hidup dan dia pertahankan impian dia. Sama seperti San San yang berjaya yakinkan keluarga yang dia mampu warisi tradisi keturunan walaupun ada kekurangan.
I happy dapat tengok lakonan Amir Ahnaf back-to-back dalam BAGA: Esok Untuk Siapa (2026) dan Sayang Sayang. Letak lah dia sebagai apa pun, watak dia mesti mendukung cerita dengan baik. Dinamik Amir dan Mhia menghidupkan bonding adik-beradik dan dia juga yang jadi penguat semangat untuk Mina capai impian. Comel tengok Mina dengan Aman berlari nak pergi berlatih dikir barat.
Tak sangka tahun ni I dapat tengok filem tempatan yang sarat dengan budaya masyarakatnya, sarat dengan keseniannya, dengan karakter dan personalitinya. Mungkin filem Sayang Sayang menggunakan pace yang perlahan dan kurang dialognya sehinggakan terasa mendatar tapi pengalaman sinematik yang dibawa sangat meninggalkan kesan. Gemersik suara Dato’ Sheila Majid untuk lagu Sayang menguatkan lagi emosi yang dipaparkan dalam Sayang Sayang.
Kelemahan Sayang Sayang terletak pada kebergantungan naskhah pada visual sampaikan ada beberapa konflik yang tak dijelaskan dengan baik. Macam babak Hassan pergi ke rumah Tauke (Lee Lee-zen) untuk tegur perangai San San yang rapat dengan Mina tapi kenapa nak halang? Apa tanggapan dia pada keakraban tu? Sebab San San suka ajak Mina lepak dekat laut ke atau sebab tak nak Mina dipandang lemah oleh orang kampung?
Tak faham kenapa Hassan rasa dia patut bawa Mina ke sekolah bahasa isyarat Nancy sedangkan Hassan sekeluarga yang patut pergi belajar di situ bila mereka sendiri tak mampu nak berkomunikasi dalam bahasa isyarat.
Babak tradisi yang dibawa dari keluarga San San patut diperjelaskan lagi menerusi perbualan kenapa pentingnya mereka sekeluarga menjadi penjaga keharmonian daripada biarkan visual bercerita. Babak Ajay menari dalam imaginasi dia patut dipendekkan sebab draggy. Lakonan Nandagopall Mohan cemerlang sebagai Ajay cuma watak dia tak dikembangkan dengan baik lantas emosi di babak menari kurang menyentuh.
Tapi itu lah, filem macam ni memang suka biar penonton berfikir sendiri daripada ceritakan semua. Sayang lah naskhah yang bagus tapi tak mampu tarik minat penonton tempatan disebabkan beberapa kekurangan.
Apapun, I rasa bangga dan bersyukur filem tempatan dah mula berkembang dan mempunyai cerita tersendiri untuk diceritakan di layar besar. All the best untuk team Sayang Sayang!
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
.jpeg)










Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.