iKON | Kony 1-Day Camping 2020

Tuesday 29 June 2021

Lepas menyepi tahun 2019 gara-gara skandal B.I dan pengunduran dia dari iKON, lama jugak baru iKON muncul balik dengan album i-Decide. Masa camping day ni iKON pakai hoodie yang dikeluarkan khas untuk promote album terbaru diorang. 

Last time diorang actively promote merchandise masa Kony Summertime Saipan (2016) lepastu dah tak banyak merchandise diorang pakai atau guna. Masa dekat Hawaii langsung tak ada merchandise, mungkin sebab ditaja oleh olleh TV mobile apps ataupun merchandise diorang dah sold out. 

Hoodie i-Decide yang iKON promote masa camping tu tak lah cantik sangat sebab terlampau simple padahal merchandise iKON sebelum ni dari jauh dah nampak logo diorang. Hoodie tu mahal jugak lah sampai RM200 sehelai. Tak tahu kenapa YG Entertainment buat 3 warna pastel – soft pink, baby blue dengan krim sedangkan warna rasmi iKON ialah merah putih. 

Berbalik kepada camping day diorang, disebabkan covid so tak banyak lah game atau mission diorang boleh buat. Diorang main teka lagu so team yang kalah kena setup khemah dekat laman. Ada team yang masak dan ada team yang pergi beli bahan masakan. Kelakar tengok Bobby, Jay, Yunhyeong dengan Chanwoo setup khemah. Muka terkejut diorang bila khemah nak terbang dek angin tu priceless. 

Sementara tunggu DK dengan JuNe pergi beli groceries dekat supermarket, diorang berempat main bola sampai jatuh ke sungai. Dah jumpa sungai pergi main dengan katak pulakkk. Tapi sungai dia macam lata je lah, takat air dekat buku lali so berani la JuNe turun main air jugak dekat situ. 

Dari dulu sampai ke sekarang kalau nak masak pun nak kena main game dulu tentukan siapa yang akan masak, siapa yang basuh pinggan padahal muka yang sama je pergi ke dapur pun haha. Beria lah diorang main hacky-sack game untuk masak ramen dengan bakar daging je pun. Masak lagi senang daripada basuh pinggan bekas 6 orang makan. 

Perangai nakal Chanwoo masa camping ni menyerlah betul nak pulak bila dia geram JuNe tak tolong dia masak. Dia memang membara kalau JuNe bermalas-malasan tapi dia kena buat kerja. Dah la selalu kena marah padahal dia dengan JuNe sama-sama buat silap. Sebab tu dia suka menempek dengan Jay lepastu mengadu. Berdekah tengok scene dia bergaduh dengan Yunhyeong. Kalau si kembar tak bergaduh sehari tak sah. 

Dah habis makan diorang main Jenga tapi dekat setiap blok kayu tu ada mission untuk iKON. Kalau diorang tak mampu nak hadap mission tu, kena gagah la hadap denda. Mission paling susah rasanya kena cakap Bahasa Korea selama 30 minit. Nama Bobby pun English, memang senang sangat la diorang kena jentik dekat dahi. 

 ‘When you’re really happy, you can feel that tingling between your ribs. I can feel that feelings today.’ – Yunhyeong

Masa tengok diorang menyembang dekat campfire tu teringat season’s greetings sebelum ni bila diorang akan share experience diorang buat macam-macam aktiviti lepastu confess dekat campfire. Walaupun ada part yang menangis beria tapi masing-masing happy sangat dapat share tapi camping day ni nampak lah muka masing-masing tak beria sangat. Happy tapi ada yang hilang sebab leader dah tak ada. 

Esok paginya diorang dah bising nak buat breakfast Western style ataupun masak ramen. Jay siap drip coffee lepastu bentang alas untuk picnic ala western style. Bobby, DK Dengan JuNe hadap ramen sampai 6 bungkus. Tapi kalau dah namanya Korea tetap lah jugak nak makan ramen. Sudahnya diorang kongsi makan western dengan ramen haha gedik je awal-awal tu. 

Since camping day ni released under Youtube official account iKON, so quality video memang cantik lah. View dekat guesthouse tu pun memang cantik dengan bukit menghijau dekat belakang. Langit biru dia pun cantik. Ada scene diorang guna tone dan filter cantik ala vintage. Even shot dengan transition pun cantik sebab cameraman YG Entertainment sharp gila buat kerja. Editing pun kelakar dengan meme comel dari iKON. Cuma geram lah kenapa diorang tak release official poster camping day. Release dekat Youtube pun, nampak proper kan kalau ada poster?

Dialog untuk camping day ni nampak macam scripted sebab diorang banyak kali ulang ayat yang sama especially dialog untuk penutup camping day. 

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.