Blog Performance June 2021

Thursday 1 July 2021


First July pun dah dapat bad news bila angka kes positif mencecah 6988. Medical team yang berstatus kontrak pun buat mogok hari ni. Sedih bila tengok negara dipimpin oleh orang tak beramanah sampaikan rakyat terpaksa jaga diri sendiri. 

But let's just put that aside sebab nanti muncul pula komen jangan sembang hal politik bla bla padahal kita sembang keadaan negara. Punya lah sempit minda tak boleh beza isu politik dengan isu semasa. 

Performance untuk bulan Jun 2021 tersangatlah bagus sampai pecah rekod. 

1. PV


Dalam entri bulan Mei yang lepas, dah cakap nak aim dapat PV 1.35 juta pulak sebab bulan Jun tak ramai yang boleh bekerja so tak ada la sesi blogwalking secara kerap. Surprisingly, pada minggu pertama trafik naik kencang sampai mencecah 6k. First time dapat daily PV sampai 6k sebab before this paling tinggi pun 5k gara-gara Movie Review : Hantu Kak Limah dengan Movie Review : Tombiruo since dua movie ni I tengok dekat cinema. 

Disebabkan cecah 6k tu of course lah effect PV monthly sekali sampai mencecah 126,859! First time monthly boleh cecah sebanyak ni. Selalunya dalam 30k sampai 60k je. Mudah je lah nak cecah 1.4 juta haha

2. Posts

Antara post yang menaikkan trafik bulan ni, Tutorial AR Post dengan Registered Post sebab calon SPM 2021 nak hantar sampul berisi keputusan kepada KPM. So ramai la yang ambil rujukan dari blog ni. Sooooo glad I can help them. Telemovie Bini Aku Dari ..... pun antara punca jugak sebab nampak banyak video dari telemovie ni dekat TikTok. Sama jugak dengan Gantung. 

3. Keywords

Memandangkan ramai yang stay dekat rumah so banyak jugak movie review lama naik even movie Hindi pun bersepah jugak. Haritu nampak komen 'please stop PKP sebab dah menyampah wife dia asyik layan movie Tamil' so boleh faham lah kenapa view movie Ratsasan naik haha

4. Audience

Lega bila tengok 59k audience dari Malaysia je sebab takut jugak kalau bot negara luar. Indonesia pun agak tinggi lately. Singapore dengan Brunei pun ada. Lega lah sebab 3 negara ni faham Bahasa Melayu walaupun kena kritik haritu banyak sangat penggunaan bahasa Inggeris haha 

5. Bilangan Entri

Bulan ni cemerlang ye sebab berjaya buat 72 entri tanpa gagal. Ni semua gara-gara Kingdom : Legendary War dengan survival show WIN. Ikutkan nak buat per episode jugak survival show Mix & Match tapi nanti lah alter balik semua contest entry tu. 

Hopefully bulan Julai ni boleh cecah 2000 entri walaupun trafik tak sekencang bulan Jun. Untuk bulan Julai nak target PV mencecah 1.5 juta sebab tak rasa boleh cecah 100k dah bulan ni. Kalau cecah jugak, alhamdulillah tapi kalau tak cecah pun okay je. 

Take care everyone, stay safe. Naikkan bendera putih kalau perlukan bantuan. #RakyatJagaRakyat

12 comments

  1. Alhamdulillah. naik turun graf menjadi satu motivasi kan dalam berblog. Terus semangat dan terus menghasilkan konten yang bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah ana! Semoga terus bersemangat untuk blogging!
    Banyak tuu 2000 entri! :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tahniah sis :)

    agaknya berapa kali wife dia repeat tengok cite tamil sampai naik menyampah..haha

    ReplyDelete
  4. tahniah kak
    teruskan menulis blog tauu

    ReplyDelete
  5. kita yang tengok kes setiap hari pun naik stress ni kan pulak frontliners yang dah penat tuh... kesian mereka

    ReplyDelete
  6. Wah, tahniah untuk pencapaian bulan lepas. Semoga pencapaian bulan Julai ni lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  7. terbaik, in shaa Allah boleh dapat lebih hebat lagi :)

    ReplyDelete
  8. Waaa terbaik... boleh jadi inspirasi ni.

    ReplyDelete
  9. Yeah!! Tahniah Farhana.. Memang ohsemlah bulan June..
    TQ Tau share pasal iKon.. Walaupun baru je minat dengan diorang nie, entry Farhana buat Kak Sha lagi extra minat.. Hahaha..

    ReplyDelete
  10. Fuhh hebatnya!!! Saya masih diangka 2k

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.