Twitter Space : Sembang Sastera Media Selangor 2020

Thursday 15 July 2021

Semalam berkesempatan untuk join Twitter Space anjuran Media Selangor mengenai Sembang Sastera 2020. Masa tu tak tahu pun Space tentang topik apa sebab ternampak Kak Neddo tengah live. Tengah bosan tak buat apa I pun join lah tanpa segan silu haha

Rupanya Media Selangor tengah berbicara tentang penulisan artikel, cerpen ataupun puisi. Topik ni dibuka untuk bagi tips kepada penulis-penulis mencari idea, tips untuk hantar karya kepada Media Selangor dan banyak lagi lah dibincangkan dalam masa satu jam setengah. Kak Neddo dijemput sebagai Speaker bersama penulis Hafiz Latiff, Mulyono, Wani Ardi dan Fazallah Pit. Jujur cakap I kenal Kak Neddo Khan je sebab dia penulis favorite dan yang lain tu tak kenal pun siapa atau biodata sebab I terlambat masuk. 


Dah la I terlambat masuk lepastu terpaling awal keluar sebab tertidur setengah jam sebelum habis tu. Penat punya pasal kan, tak perasan memasing dah bye bye dah. Walaupun I sempat join sejam je tapi perkongsian yang menarik lah dari beberapa orang penulis dan editor tentang nak tulis apa?

Memandangkan I ada jot down beberapa point dari beberapa orang speaker, I will share here for future reference. 

1. 'Nak cari idea sangat mudah sebab idea ada di sekeliling kita tapi nak mendisiplinkan diri untuk menulis itu susah' - Kak Neddo

2. Berbeza medium, berbeza cara penulisannya. Dalam konteks ni, Kak Neddo cerita pengalaman dia menulis skrip lakon layar dengan penulisan di dalam novel. 

3. Niche karya penulisan Kak Neddo adalah perhubungan sebab ianya sesuatu yang universal; semua orang boleh relate. Kebanyakan karya dia bersifat character-driven di mana dia ambil dari dunia sebenar. Tak kisah lah apa genre sekalipun tapi nilai kemanusiaan tu kuat dalam karya dia. 


4. Menulis adalah kerja satu minit, satu jam tapi nak membesarkan atau jaga karya tu memerlukan masa yang banyak. - Mulyano

5. Untuk buat orang suka dengan penulisan kita, kena ambil tahu apa yang pembaca suka. - Mulyano

6. Tulis je apa yang kita nak tulis, suka ataupun tidak tu terpulang kepada pilihan pembaca. - Wani Ardi

7. Penulis zaman generasi dulu lebih pentingkan mesej, berbeza dengan penulis zaman sekarang yang mempunyai kreativiti tinggi. Mesej tak penting tapi estetika karya tu sendiri. Kalau terlampau pentingkan mesej, hilang seni untuk berkarya sebab terikat. - Mulyano

8. Penulis kena berani menulis apa sahaja. Dekat Malaysia ni kekurangan karya dengan genre humor atau jenaka. - Mulyano

9. Lain orang lain cara dia untuk menulis. Kalau dalam movie penulis novel digambarkan sebagai seorang yang suka berkurung dalam bilik tapi Kak Neddo suka menulis dalam suasana yang bising atau riuh. Masa dia membesar, rumah dia sentiasa dipenuhi dengan orang yang datang berkunjung so dia dah terbiasa dengan suasana macam tu. Kadang-kadang dia suka menulis dekat kedai mamak untuk tengok sendiri gelagat orang lain. Bila terkurung masa lockdown ni, otak dia pun jadi lemau.


10. Politik negara memberi kesan kepada semua benda. Setiap kali negara bergolak kerana politik maka situasi tu akan melahirkan lebih banyak karya yang progresif, daring dan sebagainya. Penulis akan meluahkan atau lepaskan geram dalam karya dia. Zaman kita tak ada peperangan jadi covid-19 adalah perang kita. 

11. Use your emotion sama ada sedih, marah atau gembira dalam karya jadi pembaca boleh connect dengan watak-watak dalam karya tu. - Kak Neddo

Ni je lah yang I dapat share dekat dalam entry ni, semoga dapat membantu you guys yang berhasrat untuk hantar karya cerpen atau puisi pada pihak editor. Speaker Mulyano kata kalau hantar karya tu jangan hantar sampai 40 karya dalam satu email. Memadai cuma satu karya ataupun paling banyak 3 karya sahaja. Bagi ruang dan peluang untuk editor baca karya yang dihantar. 

I terkilan dengan speaker sebab diorang kata blog dah tak relevan dan dah tak wujud sekarang sedangkan komuniti blogger masih ramai di area KL dan Selangor. Apatah lagi I join Space ni untuk tambah pengetahuan untuk improve penulisan blog. Since Space ni I masuk sebagai listener, maka pendam rasa je lah bila berulang kali mention benda sama haha. 


Kalau you guys ada kenal speaker dalam senarai tu please sampaikan dekat diorang yang blogger masih wujud dan aktif. Mungkin blogger tak raih pendapatan secara fizikal tapi pendapatan digital pun tak kurang hebatnya. Kalau tak silap dalam kajian statistik, ranking blogger di tempat ketiga selepas akhbar dan majalah. So nak kata tak relevan untuk platform jana duit tu agak tsskkkk...

6 comments

  1. Maybe ada yang rasa blogger dah x relevan pasal dorang tak berblog.
    cer bg dorang berblog dan berjaya membina pendapatan dgn blog, insya allah mesti dorang akan ckp blog tu relevan kan.

    Samalah juga kalau kita ckp novel bercetak dah x relevan pasal sekarang semua online, so why not buat web novel saja, mesti kita kena sekeh ... hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, ramai yang menyatakan dah tak releven dah untuk berblog. tapi kalau mereka tahu apa yang kita dapat daripada hasil blog mesti mereka akan katakan masih releven untuk berblog.

      Delete
  2. Suka point no 6 tuuu, tapi blog tak relevan? Silap tuuu, mungkin dia rasa macam tu sebab dia tak ada blog. Ramai je yang berjaya dengan blog kannnnn?

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing. Sangat memberi inspirasi...

    ReplyDelete
  4. politic malaysiaaa.... me bagi reaction sama mcm kareena tu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.