Tampalan Sementara Di Omni Dental, Kota Damansara

Thursday 22 July 2021

 

Sebelum ni dah pernah buat rawatan akar dekat Klinik Bangsar tapi lepas setahun lebih tunggu panggilan dan gigi yang bertampal tu mula berlubang, terpaksa lah pergi klinik swasta sebab klinik kerajaan tak buat rawatan akar. 

Tahu pasal Omni Dental ni pun sebab Ms Fisah pernah buat surgery buang gigi geraham dia tahun lepas. Dia kata service bagus lepastu murah daripada klinik sekitar Ara Damansara, Subang Bestari, Subang Perdana dan Kota Damansara. At first macam nak tunggu jugak Klinik Bangsar sebab dah dekat sana dah ada rekod x-ray semua tapi tak tahan lah nak menanggung sakit gigi tu. Badan dan start dedor, kepala dah sakit, gusi pun dah bengkak. 

At first nak buat terus rawatan akar tapi dia kata harga around RM1200 untuk gigi geraham. Ingatkan kena bayar terus sedebuk masa set appointment rupanya boleh bayar per session. Menyesal pulak minta buat x-ray dengan tampalan sementara. Tu lah padahnya kalau tak tanya sampai habis haha

Untuk first time visit ni I buat tampalan sementara dulu untuk hilangkan bengkak dan tutup balik lubang gara-gara tampalan terhakis. The reason I nak buat x-ray bila sebelum ni I pergi scalling dekat dental depan rumah, I minta untuk buat tampalan sekali tapi dia kata kena x-ray dulu. I tak buat x-ray dekat dia sebab dia tak ada equipment untuk x-ray so kena pergi Sungai Buloh. Tak boleh lah nak pergi pun sebab PKPD dah esok tu. 


Masa consultation session tu doktor check gigi yang berlubang tu lepastu bagitahu yang I tak perlu buat x-ray pun. Gigi tu memang patut buat rawatan akar cepat sebab takut makin teruk tambah pulak PKP ni macam semakin berlanjutan so dia tak rasa Klinik Bangsar tu akan buka. I bagitau apa yang dentist dekat sana pernah buat sepanjang dua session rawatan akar. 

D : Doktor tu ada letak rubber sheet tak dekat gigi? 
M : Takde pun. Dia just letak ubat untuk matikan kuman lepastu tampal. Dua session buat rawatan yang sama
D : Dia ada cucuk jarum tak?
M : Seingat saya, takde langsung

Tak tahu lah doktor dekat Klinik Bangsar tu buat apa tapi letak rubber sheet memang tak ada since I'm the one yang kena alert dan sedut sendiri saliva dekat dalam mulut. Sesuatu yang sukar sebab bukannya nampak pun air liur bertakung dekat mana. Main gerak ikut instinct je. Nasib baik tak tersedak. Best buat dekat klinik swasta ni bila nurse yang buatkan. 


Betul lah cakap Ms Fisah tu, service dekat sini memang bagus sebab doktor tu buat lembut je even kena inject dengan syringe besar gila pun tak sakit langsung. Masa dia cucuk dengan jarum pun tak sakit, dia tampal pun tak sakit. Tak payah nak beria bukak mulut macam badak. Doktor suruh gigit gummy supaya tak lenguh buka mulut. Masa buat rawatan dekat Klinik Bangsar tu rahang dah nak tercabut rasanya sebab doktor tu ganas sangat. Lepas buat treatment mesti rahang berbunyi ataupun sakit. Seksa bila makan, bercakap ataupun menguap. Takut betul kalau gelak lepastu tak boleh tutup mulut. 

Kalau buat dental treatment memang tak selesa bila mata silau dengan lampu yang doktor guna untuk bantu dia check gigi. Tapi dekat Omni Dental ni dia bagi pakai visor warna merah supaya tak silau. Selesa lah yang penting. Berbaloi lah kalau mahal pun sebab service dia tip top. 

Lepas dah siap tampalan tu mulut rasa kebas gila sampai rasa macam kena strok sebelah muka. Susah nak jawab soalan doktor bila dia tanya tampalan tu tinggi ataupun tak sebab tak boleh nak rasa. Lagipun gusi tengah bengkak so kemungkinan rasa tinggi sebab yang tu. So doktor tu suruh I kunyah nak tengok selesa ke tak dengan tampalan tu. Happy betul dapat buat treatment dengan Dr. Elisya. 



Since I happy dengan service Omni Dental ni, lepas habis PKP nanti memang buat rawatan akar dekat sini je lah. A bit pricey tapi berbaloi. Nak datang dekat sini pun mudah je sebab jalan menghala balik ke rumah kalau gerak dari office. Lepas buat tampalan sementara tu gusi masih bengkak lagi even tekak kering sebab ubat yang doktor guna untuk keringkan air liur sebelum buat tampalan. Lepas 2 minggu makan makanan lembut dan kurangkan gigit guna gigi yang bertampal, Alhamdulillah dah okay dan selesa dah. 

7 comments

  1. Bab gigi berlubang ni. kalau tak ditampal merana sakitnya. Bagus ada klinik dental yang servicenya bagus. bab silau tu memang takleh tahan. Lagilah kalau lama prosesnya. Alhamdulillah okay dah ye dari bengkak dan sakit tu.

    ReplyDelete
  2. Walaupun nampak seperti mahal, tapi berbaloi jika perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik...

    ReplyDelete
  3. biasa klo g klinik kerajaan je kne pgg sendri yg sedut air tu..bila g swasta terus jatuh hati sebab doc tu lembut je keje die then ada nurse tolong pgg heheh
    sakit gg boleh buat gado woo..moga cepat sembuh yea

    ReplyDelete
  4. sy pula rs seronok bla ckp psl layanan kat sini😊

    ReplyDelete
  5. Gigi sakit memang tak boleh bawak bincang. Mahal pun pejam mata lah kalau servis tiptop. Kalau nak senang memang gi swasta aje tapi mahal la sikit, kerajaan murah tapi nak tunggu turn tu ya allah berjanggut rasanya hahahaha.

    ReplyDelete
  6. The dentists in Pasadena want you to know there is no reason to be afraid of dentist. It seems that many people possess a fear of dentists. The problem is when this fear becomes overpowering and it prevents people from visiting a dentist and maintaining the health of their teeth. The key to having healthy teeth and keep your teeth white is to prevent problems before they begin. People with dental anxiety will not go to the dentist and this results in problems. Tannimplantat

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.