Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan

 

Pengarah :  Kuntz Agus

Penulis Skrip :  Asma Nadia

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Zaskia Adya Mecca. 

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 15 Julai 2015

Trailer :


Antara franchise terkenal di bawah terbitan MD Pictures yang menerima banyak pencalonan untuk Best Film pada tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan membawa konsep poligami ke layar perak. Bermula dengan kisah percintaan halal antara arkitek muda, Andhika Prasetya (Fedi Nuril) dan penulis novel, Citra Arini (Laudya Cynthia Bella). 

‘Manusia mempunyai kehendak tapi tidak ada kehendak manusia yang mampu mengalahkan kehendak Allah.’ – Arini

7 tahun selepas perkahwinan mereka berdua, Meirose (Raline Shah) datang dalam kehidupan Prasetya dalam keadaan yang membutuhkan pertolongan. Semasa dalam perjalanan ke tapak projek, Prasetya bantu Meirose dalam kemalangan jalan raya kemudiannya ingin membunuh diri gara-gara ditinggalkan oleh teman lelaki pada hari perkahwinan. 

Disebabkan kasihan pada anak Meirose yang diberikan nama Akbar Muhammad, Prasetya ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan asing tersebut. Dia berjanji untuk menjaga, melindungi dan bertanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tak ada siapa pun yang mampu terima berita poligami ni termasuklah Arini sendiri. Sedangkan berita poligami arwah ayah dia sendiri sukar untuk dia ikhlaskan hati, apatah lagi suami sendiri. 

Selain dari Arini dan Meirose yang memerlukan Prasetya, begitulah juga Nadia (Sandrinna Michelle) dan Akbar yang perlukan perhatian seorang ayah. Prasetya mula bingung dengan masalah keluarga sehinggakan hal kerja di pejabat mula terjejas. Nasib baik ada Amran (Kemal Pahlevi) dan Hartono (Tanta Ginting) yang sering membantu walaupun mereka berdua pun ada konflik peribadi. 

‘Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan.’ - Arini

Diadaptasikan dari novel laris Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, perkahwinan dan poligami digambarkan dari sudut pandang seseorang yang memerlukan bantuan. Mungkin sebab tu ramai yang boleh terima alur cerita movie ni tanpa rasa sakit hati yang melampau. Dekat situ agaknya kekuatan penulis novel terkenal di Indonesia ni. Sentuhan dia lembut. 

Tapi tak semestinya movie ni terlepas dari sebarang kelompongan bilamana penceritaannya lebih banyak berpaksikan kepada konflik yang menjengah secara tiba-tiba dan babak yang bersandarkan pada kebetulan. Macam babak Prasetya terpaksa memilih antara persembahan pentas Nadia ataupun Akbar yang sedang sakit. Boleh je kan kalau Meirose pergi ke rumah sakit tanpa Prasetya dengan teksi ataupun beca macam mana dia pergi ke rumah Arini. 

Babak Prasetya jerit minta tolong dalam hutan tu agak merepek lah sebab dia pun tahu tak ada orang dekat situ. Hilang saspen masa tu. Kalau pengarah buat konflik pada masa tu mungkin lebih menarik sebab trauma Prasetya lebih kuat dan keterdesakan Meirose lebih realistik. Ada kekuatan pulak tu nak terjun bangunan padahal baru lepas accident. Beza betul keadaan Prasetya di hospital dengan keadaan Meirose dengan subang di telinga dan makeup terletak elok di muka. 

Walaupun Fedi Nuril adalah pelakon utama tapi lakonan dia tenggelam oleh Bella dan Raline yang lebih menyerlah dan mewujudkan ketegangan dalam beberapa babak. Dua watak yang lebih cemerlang dalam menghidupkan screenplay dengan bahasa tubuh. Sementara Fedi lebih kepada termangu dan nampak canggung terutamanya dalam solo screen. 

Sinematografi dari Rahmat Syaiful memaparkan keindahan suasana kota Jogjakarta, Indonesia sama ada di kawasan bandar ataupun kawasan peranginan. Music album dari komposer Krisna Purna menghimpunkan beberapa lagu balada yang menceritakan kisah perkahwinan Prasetya, Arini dan Meirose. Tapi tak ada lagu yang famous rasanya dari movie ni. 

Kalau tak silap, gara-gara penangan movie Surga Yang Tak Dirindukan ni nama Bella jadi famous dekat Malaysia. Bukan sebab kerana kecantikan dan kekuatan lakonan dia tapi juga disebabkan imej pelakon berhijab yang dia bawa. Masa tu tak ramai lagi pelakon wanita bertudung dekat industri. Quotes tentang perkahwinan pun banyak dari watak Arini. 

'Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.' - Meirose

Overall, Surga Yang Tak Dirindukan sebagai naskhah yang bawa konsep berat dalam kehidupan dengan alur cerita yang ringan dan elemen drama yang kuat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

2 comments

  1. Antara filem Indonesia paling best bagi saya. Takde cintan cintun tapi lebih kepada perkembangan mesej yang nak disampaikan.

    ReplyDelete
  2. Filemnya tak tengok.. baca novel dia je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.