Kereta Meragam Bila Wayar Enjin Digigit Tikus

Friday 23 July 2021

Tahun ni bab kereta memang menguji kesabaran dan menipiskan poket betul sampaikan menangis call my mom lepas kena game dengan Proton. Cerita dia macam ni, I perasan kereta macam tak boleh nak gerak laju bila tekan minyak. Habis laju pun 60km/h je tapi kereta masih lagi boleh bergerak macam biasa. 

Masa tu dah mula cuak sebab tak nak tersadai tepi jalan. Pergi office tu okay tapi bila balik rumah makin lama makin teruk sampaikan 20km/h je lepastu bergegar teruk. Doa dalam hati je boleh sampai balik rumah. Esok pagi terus hantar pergi Proton Service Centre. I tak sempat nak pergi bengkel masa office hour sebab kerja banyakkkkkkk :(

So pagi tu redah je walk-in padahal Sabtu kena buat appointment dulu pastu kena perli dengan staff sebab tak buat 100,000 maintenance service. Fine lah I terima lah benda tu sebab memang dah lama skip service dekat Proton. Masa bukak hood kereta tu nampak la ada sisa makanan so pomen tu kata ni kena gigit dengan tikus ni. 



P : Park kereta dekat mana ni sampai kena gigit dengan tikus?
M : Parkir tu selalng satu je dari tong sampah besar
P : Aduhhhhh patutlah teruk kena gigit. Memang jahanam la kereta. Mintak la tukar tempat lain, yang pergi park dekat situ dah kenapa

Dah kalau masa pindah masuk memang ada situ je JMB dah tetapkan, nak mintak tukar macam mana? Ada la tempat kosong tapi jauh ke padang sana lepastu banyak burung bertenggek dekat pokok. Park dekat situ je confirm dapat lauk kenduri. 

Dia suruh tinggalkan kereta dekat situ sebab nak check yang lain kot ada yang rosak sebab tikus durjana. Petang tu dia call cakap beli kereta baru lah sebab tak boleh nak diselamatkan dah. Memang rosak teruk dah kereta ni. Menangis lah call my mom sebab nak korek duit celah mana pulak beli kereta baru? 

Lepastu dapat whatsapp dari ayah cakap jangan percaya sangat dengan Proton tu sebab diorang nak komisyen jual kereta. Since it's weekend and my dad ada kursus so terpaksa la tunggu sehari dua sementara bantuan sampai. Pepagi lagi my dad dah sampai rumah lepastu bawa ke bengkel and since I have urgent matter dekat office, I drove his car dengan penuh berhati-hati. 

Tak lama pun repair around sejam lebih je sebab pomen tu kata wayar yang rosak tu boleh tukar dengan wayar baru je. Lepastu tukar spark plug sebab semua dah haus so tikus tu bukan masalah besar tapi spark plug hshshs

Lepas jadi macam ni makin menyampah lah dengan Proton Service Centre sebab setiap kali ada masalah diorang tak mampu nak settlekan. The reason I stop pergi Proton sebab diorang rosakkan pintu belakang lepastu cakap diorang service je tapi tak boleh repair. Pastu jadi macam ni pulak hmmm I malas but still lepas PKP nanti nak kena pergi check yang 100,000 punya just in case ada benda nak kena tukar. Tapi tukar kereta is a no no...

5 comments

  1. Sesedap dia aje suruh tukar kereta baru. Dengn situation skrg ni boleh kot guna otak lebih sikit ayoo

    ReplyDelete
  2. kak pip pun x kuasa dgn proton ni.
    dulu husband pakai proton, servis out.
    hantar bengkel lain lagi bagus, caj servis pun murah.
    dan kak pip suka ambil tahu bila nak servis kereta, dan apa kena buat time servis tu, so bila hantar mana2 bengkel buat muka konfiden bgtau nak servis sekian sekian, hehe. Kalau tak kesian kita yg perempuan ni kena tipu macam macam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya. Nasib baik dah jumpa bengkel yang betul2 buat kerja. Kalau ada problem terus je pergi dengan dia. Ada masalah dia bagitahu lepastu dia tolong check mana-mana part yang perlu.

      Delete
  3. Kereta baru X70 saya pun kena. Baru sebulan sampai. Saya tengah drive, sekali tu saya stop tepi jalan sekejap dan enjin terhenti. Proton kata wayar kena gigit tikus. Tak past warranty cover ke tidak. Masalahnya, kereta lain tak kena. Kenapa kereta proton aje? Sebab kereta baru ke?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.