Sensor Kereta Saga Rosak

Ni kali kedua kereta Saga I buat hal atas jalan. Dah la paling menggelupur, panik, menggelabah, cuak kalau kereta buat hal. Paling ngeri lah kalau terkandas dekat jalan macam ni. 


Sikit je lagi nak sampai ke rumah tapi kereta dah tak nak bergerak bila press minyak. Dah la dekat area bukit, lagi la seram wei. Dah nak nangis dah masa ni tak tau nak call siapa. Sudahnya call insurans untuk towing service tapi kena tunggu sampai 45 minit. Dah la hujan masa tu. Nasib baik enjin hidup so boleh la bukak aircond. So ni bukan masalah bateri. 

45 minit tu lama lah jugak dengan banyak ereta pulak masa tu sebab orang baru balik kerja. Takde pun yang berhenti tolong ke apa. Ada yang berhenti lepastu main phone kat belakang. Pelik jugak kenapa dia tak jalan padahal dah 3 kali hijau rupanya main handphone. Bila turun bagitau kereta rosak baru dia perasan dia dah buang masa kat situ. Apa benda entah. 


Tunggu punya tunggu towing tak datang pun. Baikkkk punya kena game dengan insurans. Masa tu fikir nak tolak je lah kereta tapi ada pakcik tut datang tanya kenapa. Bila dia off enjin lepastu start balik, kereta dah boleh gerak dah. Terasa bodoh benar masa tu sebab kawan pernah cakap kalau Saga ni kena tunggu dalam 5 atau 10 minit macam tu try off pastu start balik. 

Tapi pakcik tu dah pesan first thing in the morning pergi hantar kereta dekat bengkel dulu sebab takut ada leaking. Bila dah hantar bengkel, mekanik kata sensor rosak sebab tu dia tak detect masa tekan minyak. Nak tukar baru dalam 200 lebih so proceed tukar je lah. Kalau dah rosak nak sembang apa lagi. Bendanya kecik je pun tapi bila rosak hmmmm nangis. 

13 comments

  1. Nasib baik pakcik tu datang, kalau tak kesudah tak gerak kerata tu. huhu. Saya takut bab bab driving ni kalau jadi mcm ni, confirm menangisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya. Selalu nampak orang tersadai dekat tepi jalan, kali ni merasa pulak. pengalaman betul

      Delete
  2. bab kereta mati tengah jalan..nak2 dah waktu senja ni memang mengundang bila kita pulak sorang..mujur ada ada yang bantu..takut jugak bila yang bantu tu lain niatnya...moga kita dipelihara dan dijauhkan dari orang-orang yang mengambil kesempatan hendaknya

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... pakcik pakcik memang selalu hulur pertolongan. mesti dia terbayang anak perempuan dia sendiri

    ReplyDelete
  4. Hal-hal kereta bermasalah memang fobia bagi orang perempuan.
    Takpelah pengalaman mahal tu

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, nasib baik okey ye. Bab kereta saya pun pernah juga dulu terkandas masa nak balik rumah tak boleh start depan ofis. Lepas tu semua dah balik pulak tu..igt balik sedih je

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. Betul-betul dugaan tu.. Mujurlah tak ada apa..

    ReplyDelete
  7. Akak pun mungkin akan mengalami panik, sama macam awak jugak jika ini terjadi.. Nasib baik tak banyak yang rosak, kalau tak, termenung jugak kan nak baiki... Alhamdulillah, nasib baik ada pakcik yang baik hati untuk tolong awak...

    ReplyDelete
  8. Memang risau lah kalau kereta rosak tengah jalan ni. Nasib baik pak cik tu tolong.

    ReplyDelete
  9. bab kereta rosak ni memang scary.
    alhamdulillah ada yg sudi tolong tengokkan kereta FJ.

    ReplyDelete
  10. Kalau saya pun rasa takut kalau kereta rosak dan kita sorang sorang, nasib baikk lah ada jugak pakcik yang baik hati tolong ana, kalau tak, tak tahu lah berapa jam nak kena tunggu huhuhu

    ReplyDelete
  11. Nasib baik ada pakcik tu tlg kan... Allahu... Kalau tak lagi lama duk sorg2 kt situ.. Akak ada pengalaman jugak kereta rosak dkt jalan.. Nasib masa rasa tak ok tu akak dah ke tepi jalan.. Dengan anak kecik time tu..mmg rasa nak nangis...

    ReplyDelete
  12. Nasib baik ada pakcik ni tlg kan.. kalau tak.. sure mati akal kan..hmmm i sendiri pun tkot kalau jadi mcm ni..huhuhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.