Movie Review | Dil Se..

Sunday 25 July 2021

 

Director : Mani Ratnam

Writer : Mani Ratnam, Tigmanshu Dhulia

Cast : Shah Rukh Khan, Manisha Koirala, Preity Zinta

Production Company : Madras Talkies, Varma Corporation

Distributor : Eros International, Netflix

Genre : Crime / Drama / Romance

Running Time : 158 minutes

Release Date : 21 August 1998

Trailer :


Movie yang ditayangkan secara perdana di Era New Horizons Film Festival dan Helsinki International Film Festival mengisahkan tentang Amarkant Varma (Shah Rukh Khan) yang bekerja di All India Radio. Sebagai program executive, dia perlu pergi ke Assam, India. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan Meghna (Manisha Koirala) kemudiannya jatuh cinta dengan kecantikan wanita tersebut. 

Selepas beberapa kali pertemuan, Amar mula berani confess cinta dia tapi ditolak sebab Meghna dah pun berkahwin. Belum hilang rasa kecewa, Amar dibelasah oleh abang dan sepupu Meghna kemudian dibiarkan di dalam hutan. Lepas kejadian tersebut, Amar balik ke Delhi dan setuju untuk berkahwin dengan  Preeti Nair (Preity Zinta). 

Pada hari pertunangan Amar dan Preeti, secara tiba-tiba Meghna muncul dan minta bantuan Amar untuk dapatkan kerja juga tempat tinggal. Sikit pun Amar tak syak yang Meghna adalah ahli kumpulan pengganas yang akan letupkan Delhi pada Hari Kebangsaan nanti. Lepas CBI datang siasat baru dia faham apa tujuan Meghna datang balik. 

Walaupun rasa dipergunakan, dia tetap pujuk Meghna untuk batalkan rancangan dan lari hidup di tempat baru dengan dia. 

Movie arahan Mani Ratnam yang mengetengahkan unsur terrorism dan berlatarkan kehidupan di Assam dan beberapa kawasan yang dipenuhi kem militan ni dah pun mencecah 23 tahun. Walaupun movie ni lakonan Shah Rukh Khan tapi kurang mendapat sambutan kecuali lagu Chaiyya Chaiyya dengan cameo Malaika Arora Khan. SRK shoot lagu tu tanpa body double ataupun safety harness supaya nampak real. Koreografi hasil karya Farah Khan mengambil masa selama 4 hari untuk disiapkan. Sampai sekarang lagu ni antara lagu ikonik di Bollywood.


Penceritaan Dil Se.. juga agak draggy terutamanya pada second half bila watak Amar ketepikan pendirian dia untuk bantu Meghna. Kiranya dia rasa cinta sejati dia boleh mengubah dan padam trauma Meghna padahal perempuan tu dah hidup dalam ketakutan sejak kecil, dah beberapa kali berdepan dengan penipuan dan kematian. Pace yang perlahan juga melemahkan momentum movie Dil Se.. tambah pula tak dikembangkan dengan baik bila Amar sedar yang dia hidup selesa tanpa kenal sisi buruk Kerajaan India. Mungkin persepsi I pada movie ni macam tu sebab tengok pada zaman sekarang, zaman di mana sakit mental tak mampu dirawat dengan cinta dalam sekelip mata. 

Scene Meghna dengan Amar dekat padang pasir tinggalkan kesan yang mendalam dan Manisha did justice to that. Bila Amar tanya kenapa dia tak boleh bercakap sebab pengalaman ngeri tu sendiri tak mampu diungkapkan dengan kata-kata pun. Untuk lelaki yang hidup selesa seperti Amar, dia takkan faham pun penderitaan Meghna. 

Percintaan Amar dan Meghna dikatakan melalui 7 peringkat cinta – attraction, infactuation, love, reverence, worship, obsession and death. 7 peringkat ni diceritakan di dalam puisi purba Arab. Chemistry SRK dengan Manisha nampak canggung berbanding SRK dengan Preity Zinta. Sepatutnya Kajol yang berlakon watak Meghna tapi jadual shooting Dil Se.. clash dengan movie dia yang lain. 

Kekuatan Dil Se.. bukan pada penceritaan ataupun screenplay sebaliknya pada sinematografi yang memaparkan keindahan di beberapa lokasi. Music album dari music maestro A.R Rahman menambahkan lagi elemen drama dan romantik. Semua wardrobe dalam Dil Se.. adalah hasil karya Manish Malhotra di mana setiap watak diberikan sentuhan fesyen yang menjelaskan lagi karakter masing-masing. 

Dil Se.. adalah final installment dalam trologi yang bertemakan pengganas arahan Mani Ratnam selepas movie Roja dan Bombay. Cuma Dil Se.. sahaja yang menerima nasib buruk di box office, mungkin sebab popularity SRK dan plot twist. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.7/10

4 comments

  1. Movie lama... Tak sure la pernah tgk ke tidak

    ReplyDelete
  2. Banyak kali juga tengok movie ni... Last two weeks pun ada lagi tayang kat Awesome Tv...

    ReplyDelete
  3. akak cukup suka lagi chaiya chaiya tu, dik.
    dari dulu kala. fast and nice.
    tarian nyer mantop.
    citer shah rukh ni meskipun da lama, but still nice to watch kan.
    evergreen.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.