Movie Review | Memoir of A Murderer (2017)

 

Director : Won Shin-yun

Writer : Hwang Jo-yun, Won Shin-yun

Cast : Sol Kyung-gu, Kim Nam-gil, Kim Seol-hyun, Oh Dal-su, Hwang Seok-jeong, Gil Hae-yeon

Production Company : Green Fish Companies

Distributor : Showbox/Mediaplex, Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 118 minutes, 128 minutes (director's cut)

Release Date : 6 September 2017

Trailer :


‘My head is losing the memories. But my hand remembers the habit of killing.’ – Byeong-soo  

Diadaptasikan dari novel fiksyen, A Murderer's Guide to Memorization yang ditulis oleh Kim Young-ha. Mengisahkan tentang pembunuh bersiri, Kim Byeong-soo  (Sol Kyung-gu) mula hilang ingatan disebabkan Alzheimer's selepas kemalangan kereta 17 tahun lepas. Kemalangan yang sama menjadi punca dia berhenti membunuh orang-orang yang dianggap berdosa. Bagi dia itu semua bukan pembunuhan tapi pembersihan. 

Bermula dari pembunuhan ayah dia yang panas baran dan abusive kemudiannya gian membuatkan dia bunuh suami penjual makanan laut yang juga suka mendera isteri, ah long yang memeras ugut dan ramai lagi. Semua mangsa pembunuhan dia ditanam di kawasan hutan buluh. 

Walaupun dia pembunuh tapi pada waktu siang, dia bekerja sebagai veterinar, menyelamatkan haiwan yang sakit. Tapi bila keadaan dia merosot sehinggakan Michelle, kucing parsi yang menghidap kanser mati gara-gara terlupa suntik ubat, dia sedar yang dia patut berhenti bekerja. 

Dalam perjalanan pulang, Byeong-soo  terlanggar kereta Min Tae-joo (Kim Nam-gil) sehinggakan boot dia terbuka. Ada mayat dalam kereta dia tapi disebabkan kabus tebal, Byeong-soo tak pasti sama ada binatang ataupun manusia. Dia ambil sapu tangan untuk lap darah tersebut. Tae-joo minta dia lupakan saja tentang kerosakan kereta tersebut. 

Byeong-soo nampak pandangan mata seorang pembunuh pada Tae-joo. Tambah pula bila darah tersebut jenis O. Tak ada haiwan berdarah O. Tapi bila Byeong-soo buat aduan pada pihak polis, mereka anggap mudah sebab Byeong-soo sakit. Anak perempuan dia, Eun-hee (Kim Seol-hyun) cuba sebolehnya halang Byeong-soo sebab besar kemungkinan pembunuhan tersebut berlaku disebabkan ayah dia. 

Pengarah Won Shin-yun paparkan Memoir of a Murderer dengan kreatif di mana dia bermain dengan susur masa dan keadaan kesihatan watak Byeong-soo sehinggakan kita terkeliru sama ada realiti ataupun delusi. Tanpa perlu baca novel pun, movie yang diterbitkan oleh Green Fish Companies ni dah persembahkan yang terbaik menggunakan medium dan spektrum yang ada.  

Walaupun perjalanan movie ni predictable bila watak Byeong-soo ada dementia tapi kita tak boleh nak agak langsung langkah yang diambil oleh Tae-joo ataupun Eun-hee. Bila Byeong-soo tekad untuk bunuh Tae-joo, mencanak rasa saspen tu sebab tak tahu bila dementia dia akan datang dan mengganggu rancangan dia. Bayangkan musuh terbesar sebenarnya adalah diri sendiri. Kalau sebelum ni dia adalah pembunuh bersiri yang digeruni, kali ni dia cuma lelaki tua yang curi popcorn orang sebelah sebab lupa kenapa dia pergi ke cinema. 

Memandangkan movie Memoir of a Murderer ni dibikin pada tahun 2017, boleh kata lah loosely based on Momento (2000) ataupun movie Ghajini (2008) bila watak utama hilang ingatan dan perlu bergantung pada sesebuah alat untuk tahu rencana asal. Dalam movie ni watak Byeong-soo bergantung pada perakam suara yang dihadiahkan oleh Eun-hee. 

Gory scenes pula tak lah keterlaluan sangat sebab pengarah tak fokus pada pembunuhan tapi lebih kepada strategi Byeong-soo. Camera shot dan lighting terletak cantik pada setiap babak dalam membantu suasana dan screenplay. Lakonan Sol Kyung-gu tak berlebihan dan penggunaan nada suara rendah menghadirkan rasa seram dan ketegangan dalam beberapa babak. Berbeza dengan Kim Nam-gil yang try hard untuk menonojolkan sisi psiko dan berlagak naïf di mata awam. 

Nevertheless, this movie is recommended to watch if you love thriller genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

4 comments

  1. dah lama nak tengok movie ni, pastu terlupa tajuk hehe. baca review farhana baru teringat

    ReplyDelete
  2. pergh kim nan gil jadi pembunuh macam psiko watak dia. saspen juga jalan cerita bila byeon soo ada masalah ingatan dalam masa yg sama plan nak bunuh orang..

    ReplyDelete
  3. part paling tak senang duduk bila penjahat tu datang naka bunuh ayah perempuan tu. Kesian ayah dia ingat ingat lupa. Polis pun tak percaya cerita dia. Mujur dia ada rakaman tu

    ReplyDelete
  4. menarik untuk dimasukkan dalam list..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.