Telemovie Review | Chomel

 

Pengarah :  Jason Chong

Penulis Skrip : Natasha Azlan, Nadim Hisham, Zulaikha Zakaria, Amira Nasiruddin

Pelakon : Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Aniq Suhair, Yuyun Hikmah, Azizah Mahzan, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Gavin Yap, Nadia Aqilah

Syarikat Produksi :  Double Vision, Astro Shaw

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2021

Trailer :


Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga kecil yang berubah setelah berjumpa dengan kucing yang dibuang di tong sampah. Selepas kematian ibunya, Mimi (Airiezara Jasmin) merasa kehilangan dan sunyi tambahan pula bila ayah dia, Imran (Zahiril Adzim) sibuk bekerja dan mencari pembeli baru untuk karya batik cerap. Kakak dia, Nora (Yuyun Hikmah) dah jarang luangkan masa bersama. 

Mencari kawan bukanlah suatu perkara yang mudah bila syarat utama untuk join kumpulan Diva Girlz kena ada haiwan peliharaan seperti kucing. Mimi cuma ada ikan laga berwarna biru yang diberi nama Pinky. Mustahil untuk Mimi bela kucing sebagai haiwan peliharaan sebab Imran ada alahan dengan bulu kucing. 

Tapi takdir pertemukan Mimi dengan Chomel kemudian dibawa pulang secara curi-curi dan sembunyikan di dalam bilik tidur. Malangnya rahsia dia terbongkar bila Chomel masuk ke bengkel batik Imran dan rosakkan design penting untuk presentation kepada Mr. Chen (Gavin Yap). Nak tak nak, Imran terpaksa juga bawa design tersebut sebab dah tak ada masa lagi untuk hasilkan yang baru. 

Dalam masa yang sama Wan (Azizah Mahzan) failkan hak penjagaan cucu-cucu dia sebab dia menyampah dengan Imran yang dianggap tak mampu laksanakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik. Dalam masa sebulan, dah berapa kali dapur rumah hampir terbakar. Bumbung rumah rosak, bil elektrik lupa nak bayar dan banyak lagi lah.  

Not bad lah penceritaan yang bertemakan haiwan peliharaan ni sebab Chomel pun pandai berlakon walaupun alur cerita tak bersandarkan pada kucing tersebut tapi lebih kepada konflik keluarga. Tak tahu lah macam mana team production ajar Chomel untuk buat ekspresi muka ataupun wink sebab semuanya nampak natural dan bukannya VFX. 

Lakonan Airiezara Jasmin, Aniq Suhair dengan Yuyun Hikmah pun bagus dalam semua scene cuma sayanglah watak Zain (Aniq Suhair) tak dikembangkan lagi sebab ada potential untuk jadi lebih dari si kacak persis Song Joong-ki. Entah lah celah mana tapi dia handsome lah. Mungkin sebab telemovie ni target audience dia golongan kanak-kanak dan remaja jadi naskhah dia lebih santai dan ringan. 

Selain dari mesej kekeluargaan yang mendalam, mesej tersirat dari telemovie Chomel ni adalah bela kucing jalanan bukan beli sebab mesej ni yang diketengahkan PETA sejak berdekad lamanya. Memandangkan makin ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan atau ahli keluarga, mesej ni sangat penting kepada golongan bawah umur. 

Sayangnya mesej ni tak ditekankan sangat walhal boleh je masukkan dialog bermesej dekat scene Zain ternampak Nora usap Chomel depan rumah. Well I guess industri seni tempatan masih jauh lagi untuk menjadi medium edukasi dan social awareness berbanding Korea Selatan dan India. But you can always prove me wrong in comment box. 

Another missed point dari telemovie ni bila Imran dan Liz (Nadia Aqilah) adalah pereka batik cerap dan mempromosikan batik tempatan. Recently ada perdebatan kenapa batik tempatan tak dipandang tinggi seperti batik Indonesia dan rata-rata jawapannya sebab batik tempatan outdated. Bila nampak Imran pakai kemeja batik untuk berjumpa dengan Mr. Chen tu agak mehhhh jugak lah sebab betul apa yang dikatakan tu. Padahal scene John (Douglas Lim) pakai scarf batik dekat leher tu quite trendy and I was expecting more lah dari Imran.

Nevertheless telemovie Chomel berjaya sampaikan mesej kekeluargaan dengan baik. Btw, happy bila nampak bilik Nora penuh dengan poster Stray Kidz instead of BTS hahaha

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10

3 comments

  1. budak ni memang pandai berlakon sebab tu boleh layan movie ni :)

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Sayangnya bila mesej tak berjaya disampaikan.. Nak cuba tengok jugalah.. sebab santai je kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.