Movie Review | Man of Men (2019)

Director : Yong-Soo

Writer : Yong-Soo

Cast : Sol Kyung-Gu, Cho Jin-Woong, Jin Sun-Kyu, Heo Jun-Ho, Kim Sa-Rang, Ji Seung-Hyun

Production Company : N/A

Distributor : Showbox

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 2 October 2019

Trailer :


Masa tengok 10 minit awal movie Man of Men ni dah mula menyampah dengan watak Young-Ki (Cho Jin-Woong) sebab karakter dia yang menjengkelkan. Tambah pula bila dia songlap duit majikan (Heo Jun-Ho) sebanyak 700 ribu won dan laburkan pada syarikat Big Cell Bio. Kesian kawan baik dia, Dae-guk (Jin Sun-Kyu) terpaksa cari alasan dan sebolehnya mengelak dari majikan mereka. 

Bukan setakat kena pulangkan duit 700 ribu won dan bunga sekali bila syarikat tu larikan duit pelabur, terpaksa pula jaga Jang-Soo (Sol Kyung-Gu), peguam yang lumpuh selepas kemalangan jalan raya. Jang-Soo juga adalah CEO firma guaman dan mempunyai aset yang banyak tapi semua tu tak bermakna apa pun pada dia sebab dia akan meninggal dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Hidup dia kosong lepas isteri dan anak perempuan dia pergi tinggalkan dia. 

Sepanjang hari dia habiskan waktu di rumah jagaan dan dipantau oleh pembantu dia, Eun-Ha (Kim Sa-Rang). Mengetahui masalah Young-Ki, Jang-Soo buat tawaran supaya kematian dia nampak seperti kemalangan dan bukan natural death sebab duit insurans akan jadi lebih tinggi. Penerima duit insurans juga diubah kepada nama Young-Ki. 

Bukan hal yang besar pun untuk seorang gangster membunuh si lumpuh tapi bila mereka luangkan masa bersama banyak kenangan tercipta sampaikan Young-Ki tak sanggup jadi tamak. Dia jadi gangster pun bukan sebab dia suka keganasan tapi sebab dia perlukan duit untuk besarkan adik dia. Backstory dan lengkungan perubahan pada watak Young-Ki ni banyak membantu mengubah perspektif terhadap watak dia. Boleh faham kenapa Dae-guk dan adik lelaki dia setia di sisi walaupun perangai Young-Ki ni mengundang. Dekat situ kelemahan dia because nobody is perfect kan?

Movie penulisan dan arahan Yong-Soo ni adalah remake kepada movie Perancis bertajuk The Intouchables (2011) and from what I read watak dalam kedua-dua movie ni agak berbeza bila watak utama adalah pendatang asing ke Perancis. Perbezaan bangsa dan budaya buatkan movie tu lebih menarik manakala dalam Man of Men cuma berbeza pada kumpulan pendapatan. Perjalanan cerita pun dari awal sama seperti kebanyakan movie yang menggunakan tema dan konsep yang sama. 

Nasib baik kekuatan naskhah ini terletak pada lakonan dua peneraju utama dan keserasian mereka dalam kebanyakan babak bersama. Komedi yang bertenaga dari watak Young-Ki juga menceriakan suasana sampaikan Jang-Soo terhibur. 

Movie Man of Men berlatarkan kehidupan masyarakat Busan, Korea Selatan dan menilai dari budaya di situ, kebanyakannya mulut cakap lepas dengan pakaian yang striking. Sama sepertimana yang dipaparkan oleh watak Young-Ki dengan jaket bunga-bunga ataupun sarat dengan corak dan warna. Penggunaan tona warna hangat sesuai untuk menggambarkan persahabatan antara Young-Ki dan Jang-Soo. Visual pun memainkan peranan utama dalam screenplay movie ni bila dari warna kelam berubah kepada warna yang lebih cerah. 

Sub-plot yang ditambah untuk menghadirkan elemen drama dan konflik pun diolah dengan baik dan tak berlebihan. Bukan setakat persepsi Young-Ki berubah terhadap kawan baru dia, kita yang tengok pun terkejut sebab tak expect plot twist tu. Pengakhiran kisah hidup Jang-Soo sama seperti apa yang doktor dah bagitahu di awal cerita tapi jatuh dalam kategori happy ending jugak lah sebab impian dia sebelum pergi dah tercapai dengan bantuan Young-Ki. Bukan masalah pada pengakhiran tapi pada memori dan kenangan atau dampak kewujudan yang diselitkan sementara nafas masih ada. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

4 comments

  1. *slow-slow tambah dalam list untuk tengok huhu

    ReplyDelete
  2. asalnya nak kena bunuh orang last2 boleh jadi kawan baik. menarik juga jalan cerita dia :)

    ReplyDelete
  3. Best movie ni. Ada komedi dia. Paling tak boleh blah dia menyelinap keluar dan buat macam macam tu.

    ReplyDelete
  4. Filem ini dalam list.. tak sempat je nak tengok.. hehehe
    Suka baca review Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.