Here We Go, The First Dose of Pfizer Story....

Finally lepas 5 bulan melangut, sampai jugak vaksin yang ditunggu. Malam Jumaat minggu lepas saja update MySejahtera walaupun entah dah berapa banyak kali update. Setiap kali update lah setiap kali tu membebel. Jangan tanya lah berapa kali bebai bila orang tanya tak update MySejahtera ke sebab ramai yang dah dapat vaksin. 


Malam Sabtu lepas dapat mesej untuk check appointment dekat MySejahtera. Masa tu macam tak percaya langsung dengan mesej tu. Mungkin halusinasi je. Bila bukak MySejahtera memang berubah lah status tu. Macam mimpi je dapat appointment dekat Sunway Pyramid Convention Centre pada 12 Julai 2021 jam 3 petang. 

Benda pertama lepas nampak tu terus screenshot masuk dalam group supaya boss and colleagues tahu lah seketul Pana akan ke mana Isnin nanti. Dari malam Sabtu membawak ke pagi Isnin tak tahu nak pakai baju apa. Habis satu almari digeledah sebab nak cari inner dengan cardigan. Nak pakai shirt dengan handsock macam tak proper sebab nak masuk office half day. 

Kalau ikutkan taknak masuk pun tapi ada kerja penting kena submit on that day. Since dapat vaksin dekat Sunway so I dah plan naik Grab je sebab taknak fikir bab parking semua walaupun jarak cuma 17km dari office. Sebelum pukul 3 tu ramai la tanya bila nak pergi padahal baru pukul 11 lebih. Jangan la buat cuakkkk. I jadi risau sebab takut terlepas my appointment walhal dah set nak pergi sana around 2.30. Kira cun lah setengah jam awal kan? 

Tapi sebab diorang asyik tanya I jadi cuak and cannot functioning well that day lol. Entah berapa kali bukak tutup MySejahtera untuk pastikan I tak salah baca waktu appointment tu. Punya lah takut sampai I book Grab pukul 2. Masa tu I assumed pergi sana dengan tenang dan santai lah rupanya tak sebab pakcik driver kemain eh pancung sana cilok sini. Nasib baik takde selekoh tajam untuk dia drift. Siapa yang cuak ni? 

Pakcik Grab tu bagitau dia pun dapat vaksin Pfizer dekat Sunway Pyramid Convention Centre jugak awal bulan Julai so dia dah tahu lah dekat mana nak drop off apa semua. Dia bagitahu lepas vaksin tu tangan dia lenguh sampai 2,3 hari tapi dia tetap kena buat Grab jugak. Dia bagitahu wife dia tak nak ambik vaksin. Tak tahu lah kenapa, dia pun dah malas nak paksa. Nasib baik anak-anak dia dah ambil vaksin. I just ohhh je sebab tak tahu nak cakap apa. Mak I yang hidu wap bunga cengkih tu pun ambik vaksin sudahnya. Mungkin satu hari nanti wife pakcik Grab ni pun akan buat perkara yang sama. 


But Alhamdulillah I sampai dengan jayanya. Sampai je dekat sana, ramai askar bantu yang datang ke situ. Diorang minta update MySejahtera lepastu masuk ikut lane yang sesuai. Dekat Sunway Pyramid Convention Centre ni dari pintu masuk sampai ke bahagian dalam dewan penuh dengan signboard supaya tak ambil gambar atau record video. 

Kalau boleh ambik gambar pun tak sempat pun nak ambik gambar sebab bergerak laju dari sebuah kaunter ke sebuah kaunter yang lainnya. I yang sepatutnya pukul 3 pun dah boleh balik pada pukul 3 sebab I masuk dalam hall jam 2.20 petang. Nope, I tak potong queue sesiapa sebab memang kena suruh masuk dan jalan ke kaunter pertama. 

Dekat kaunter pertama kena isi borang persetujuan untuk cucuk vaksin. Isi nama, NRIC, then tick dekat mana yang berkenaan lepastu sign dan letak tarikh. For this, you need to bring your own pen. Ada je pen disediakan tapi I tak suka pakai pen dekat any public places. Lagipun tengah covid kan, bawak je lah pen sebatang tu. 


5 minit lepas tu kena bawa masuk ke dalam dewan dan tunggu giliran. Masa dekat sini I sempat reply Whatsapp sebab kena tunggu sekejap. Walaupun sekejap tapi takut betul dengar bunyi ting ting ting ting sebab kaunter cepat sangat berubah nombor giliran. Masa ni kena get ready keluarkan kad pengenalan sebab akan digunakan di Kaunter 2 untuk submit consent form tadi. 

Lepas borang dah kena cop 'RECEIVED' dekat situ, bergerak ke Kaunter 3 untuk sesi kaunseling bersama doktor. Tak lama pun dekat situ sebab doktor tanya ada alahan tak, pernah ada kontak rapat tak ataupun pernah kena covid-19. Semua tak so I dapat sticker hijau which means lepas suntik vaksin kena tunggu selama 15 minit untuk self-monitor session in case ada side effect teruk. 

Dah habis sesi kaunseling, dapat tempat duduk di Kaunter 4 tapi tak sampai 2 minit pun dah dapat jumpa doktor untuk suntik vaksin. Masa tu volunteer girl minta pinjam phone untuk ambil gambar borang. Borang tu nanti kena submit dekat Kaunter 5. Dalam masa yang sama doktor tunjuk dos 0.3oz untuk vaksin Pfizer. Dia suruh relakskan tangan lepastu tarik nafas then lepas. Terkejut jugak lah masa dia inject tu sebab sakit padahal jarum dia halus. 

And for the record I tak takut jarum tapi terkejut sebab sakit macam kena gigit semut api. Dah habis injection, doktor tunjuk syringe kosong maknanya vaksin dah masuk dalam badan lah. Punya lah blur masa tu sampai ambil syringe tu lepastu tak tahu nak buat apa

'Dah ramai dah yang ambik syringe tu dari tangan saya. Tak tahu lah diorang nak buat apa dengan syringe tu.' 



Dekat Kaunter 5, I tunjuk gambar dalam phone tu dengan IC. Lepastu dia isi semua details dekat kad vaksin. Dia kata jangan hilangkan kad ni masa datang second dose appointment nanti. Nak tanya jugak kalau hilang macam mana? 

Tapi disebabkan sebelum tanya tu terdengar conversation dia dengan kawan dia terus macam okay je

1: Wei, syif kau habis kan kejap lagi?
2: Actually aku syif petang tapi kena cover yang pagi punya so satu hari ni aku dekat sini
1 : Seriouslah? Kau nak stay sampai malam ke? 
2 : Tu lah kalau kena stay sampai malam terpaksa lah
1: Kau nak rehat kejap ke? Nanti aku cari siapa yang boleh ganti
2 : Okay, thanks wei. Memang memerlukan sangat rehat tu. Kejap pun jadi lah.

Kalau dah dengar macam ni, rasanya perlu ke I tanya soalan mengada tadi tu? Lewlz angguk dan senyum je la. Lepastu pergi ke Kaunter 6 untuk self-monitoring session selama 15 minit. Masa menunggu ni ada sukarelawan yang datang tanya dah dapat voucher parking percuma ke belum. Disebabkan naik Grab jadi tak dapat lah merasa parking percuma tu. Dah habis 15 minit, semuanya okay so boleh lah keluar dari hall lepastu beratur untuk bergambar. 

Ikutkan hati malas sebenarnya nak ambil gambar sebab tangan dah start lenguh. Mungkin sebab terkejut kena inject. Tapi Ain kata kenangan hari bersejarah so beratur je lah. Ingatkan pendek je barisannya rupanya ada selekoh wei. Panjang pulak tu. Lepastu I terdengar brader yang jaga booth tu cakap 

'Wei, tak payah lah beria sangat ambik gambar tu. Kita ambik yang second dose je nak? Dah la bosan hari ni tiba-tiba pulak tak ada lagu diorang pasang'

'Tak nak! Aku akan pastikan semua orang yang datang dekat sini dapat gambar!' 

Pffttt kenapa ye hari ni penuh dengan drama kehidupan? Nak cucuk vaksin je pun. Brader tu pun ambik la 3 keping gambar secara menegak dan melintang tapi sebab gambar tak cantik dan I memang takde mood nak bergambar so gambar kat atas tu je lah kita letak. Masa nak keluar dari dewan tu ada photobooth yang sepi so I pergi lah bergambar sebab yang ambik gambarnya perempuan. Dia ambik gambar tu memang lah cantik tapi haihhh tu photobooth untuk para ibu. Dah kenapa Pana ambik gambar dekat situ alaaaaa balik je lah rumah terus! 

Dah settle book Grab untuk balik, ingatkan semuanya akan aman rupanya tak. Tunggu punya tunggu boleh pulak terlepas Grab sebab dekat situ sesak so tak boleh nak tunggu walaupun sekejap. Masa tu pulak tak pakai spek, memang tak nampak la number plat kereta Grab. Uncle tu pun tak call hmmm hampeh la kena tunggu 10 minit dekat situ sebab dia kena pusing jauh. 

Masa dalam perjalanan balik tu dapat Whatsapp dari Ain yang Maria nak berhenti chambering. Haihhh sedih bila dapat tahu sebab baru je ada kawan yang best tiba-tiba dah nak berhenti pulak. Walaupun tangan dah mula lenguh masa tu, gagahkan diri jugak ah pergi jumpa dia kejap lepastu belanja dia drinks dekat Family Mart then sembang-sembang kejap before balik. 


Side effect untuk vaksin tak teruk pun. Tak demam tapi tempat inject tu memang sakit sangat sampai I ambik cuti keesokannya. Nak angkat tangan pun tak boleh masa tu. Nak ikat rambut tu memang hazabbbb. Tapi sehari je lah sakit tu. Lusa dah pulih seperti biasa lepas letak minyak angin pastu urut-urut sikit. Oh ya, lepas dapat vaksin ni I cepat penat lepastu cepat semput so most of the time akan tarik nafas yang panjang dan dalam. Dah lah kerja banyak lepastu period pulak, setiap masa rasa nak marah je. Dekat office pun tak banyak cakap and berdoa supaya siang cepat habis untuk I rest dekat rumah dengan tenang. 

So that's all for my vaccine story haha panjang dah macam cerpen dah. I tak update dekat medsos sebab kesian dengan yang tak dapat lagi. Even I pun murung sampai dah redho kalau orang bergurau label I sebagai antivaxx. Bisa sungguh kata-kata tu padahal tangan ni dah lenguh tekan tab lokasi. I update dekat blog sebab bukan orang baca sangat pun hahaha simpan untuk baca balik beberapa tahun kemudiannya nanti je. Haha k lah bye. 

13 comments

  1. Saya dah hari ketiga masih lenguh tangan, sangat sakit. tak tahu bila boleh sembuh ni :(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah setel dah satu dos. Saya masih menunggu, puas refresh dah mysejahtera tuuuu, tapi masih sama. Harap dapat vaksin secepat mungkin tapi itulahhhh, kita tak boleh nak buat apa hahaha. Apa apa pun, semoga ana sihat sihat aje!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Mudah je ambil grab senang. Betul lah, tak sempat nak ambil gambar pun semua proses cepat. Agak hazab jugak tu menahan sakit yang sehari tu. Alhamdulillah syukur makin beransur pulih sakitnya. Saya ni dah kurang sikit rasa sengal. harap esok lusa tak ada apa lah.

    ReplyDelete
  4. Eh, I baca okay. Alhamdulillah dah settle satu dose. Next!


    pssstt: kita pun suka tudung Fareha warne tu. Haha

    ReplyDelete
  5. yeay dah vaksin, alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dah settle first dose :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..akak ni tak taulah bila dapat vaksin...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..sebelah kaki dah berjaya kan...tunggu dose kedua pulak...semoga kita semua terus dilindungi....

    ReplyDelete
  9. " Dah ramai dah yang ambik syringe tu dari tangan saya. Tak tahu lah diorang nak buat apa dengan syringe tu " ahahahah doc r u okay? Alhamdulillah. Tahniahhhh. Ain masih menunggu :')

    ReplyDelete
  10. Yay, dah vaksinnnn... takpela amek gmbo memana pun.. kenangan gitu

    ReplyDelete
  11. Tahniah Farhana..kak shida masih menunggu giliran vaksin..daftar lama dah ni..perak lambat skit kot..

    ReplyDelete
  12. bestnyaa dpt pfizer!!! i am still waiting for my turn to be vaccinated

    ReplyDelete
  13. same here. saya pun dapat vaksin dekat sunway piramid :) first dose mmg sakittgn and rasa penat gila. but second dose okay sikit.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.