Family Mart | Double Cheese Corn Sausage

Tuesday 6 July 2021


Minggu lepas menjejak ke Family Mart nak beli breakfast lepastu ternampak ada corn dog. Bila tengok poster ni ada dua option available sama ada corn dog double cheese ataupun triple cheese. Disebabkan takut muak teruk sangat bila makan triple cheese so I ambik double cheese hehe


Saiz corn dog Family Mart ni besar tau even sausage dekat dalam tu besar, saiz Family Mart, berbaloi lah dengan harga dia RM7.90. Dekat topping ada limpahan cheese dengan sos cili samyang. Kalau tak tahan pedas samyang tu better suruh dia behave bila tuang sos. Pijaq mulut bila makan corn dog ni. 


Imagine makan Double Cheese Corn Sausage Family Mart ni panas-panas dengan sos samyang tu. Fuhhhh! Rasa macam dekat Korea tengah bertenggek depan bangunan YG Entertainment tunggu iKON nak masuk dalam van hitam diorang. 


Selain Double Cheese Corn Sausage ni ada Royal Mik Tea Sofuto, Fried Pan Pizza dengan squid onigiri bersempena kempen Around The World sampai 27 Julai 2021 nanti. Benda sedap selalu ada time limit, tak boleh ke kalau biar je Double Cheese Corn Sausage ni jadi menu tetap Family Mart? Dah la susah nak cari. Kalau ada pun tepung je banyak itupun soggy. Haihhhh :(

6 comments

  1. Ya hampunnn, nampak lazat behtul!!!! Nak kena try nih! Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Cheese dan sos pun banyak.

    ReplyDelete
  3. sedapnya. family mart belum ada lagi kat kedah :(

    ReplyDelete
  4. Teringin jugak. Sejak viral corndog ni tak pernah lagi makan. huhu

    ReplyDelete
  5. Nak cuba juga sebab nampak mengancam sungguh corndog nya.. hehehe

    ReplyDelete
  6. skrg tgh murah...second buy dapat harga 50%

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.