Release Stress Dengan Set Memanah Recurve

Wednesday 14 July 2021

Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa nak beli set memanah ni dekat Shopee. Tiba-tiba je rasa nak beli, cari punya cari jumpa yang murah terus add to cart. Padahal tak fikir pun nak main dekat mana ataupun nak letak mana. 


Set memanah ni RM70 dengan score board, busur dari material plastik, 12 anak panah besi dengan cover untuk ibu jari dan tangan. Kebanyakan set memanah yang dijual around RM150 and above. Kalau busur besi boleh cecah sampai 600 hengget. 


Masa nak pasang busur ni agak susah jugak lah sebab tak ada manual so kitorang main agak je dari gambar dalam iklan dekat Shopee tu. Walaupun ada 3 part je tapi takut jugak kalau salah pasang nanti anak panah tu berpatah ke arah tuan, tak ke naya. Nak pasang string dia pun ya ampunnnn. Nak tarik sampai tegang tu yang paling lama. Entah buat macam mana entah boleh masuk dengan jayanya. Kalau nak suruh buat lagi memang tak mampu lah cerita dia. 


Penat jugak nak cabut yang melekat dekat almari tu T.T

At first kitorang gantung macam ni dekat almari tapi lepas habis rosak dinding dengan pintu, terus kitorang lapik dengan toto. Habis berlubang almari, pintu dengan dinding. Tajam jugak lah anak panah dia. Lagi satu kelemahan bila main dalam rumah ni, bila anak panah jatuh sebab tak kena sasaran ataupun tak cukup kuat untuk cucuk score board, dia akan jatuh ke lantai. 

Bila jatuh ke lantai, bahagian hujung anak panah tu akan patah. Kalau belakang tu patah memang totally rosak lah sebab tak melekat dekat string busur masa nak memanah nanti. So far, I dah rosakkan 3 anak panah dan yang paling sedihnya tak boleh nak cantumkan guna gam sebab ada serpihan yang dah hilang melayang entah ke mana. So fragment dia yang pecah tu tak sama dengan yang dekat anak panah. 


Set memanah ni kalau rumah bujang boleh la nak main dalam rumah sebab tak ada budak kecik lepastu rumah pun ada ruang yang asal boleh lah nak lepas gian ataupun lepas geram. Tapi masa awal-awal main pun bertambah geram jugak sebab tak kena target langsung. Nak hit Bull's Eye apatah lagi. Tangan lebam ungu kena string pun satu hal jugak. 

Tapi bila dah banyak kali try, dapat la 3, 4 kali tembak mengena. Main lama-lama pun tak boleh jugak sebab jari lenguh nak tarik string tu. Nasib baik busur dia plastik. Kalau busur besi yang berat tu mau lenguh satu tangan. Daripada nak lepaskan stress jadi bertambah-tambah stress sebab dapat sakit haha 

p/s : Jangan tanya kenapa semua tak hit Bull's Eye, ingat Pana wakil Olimpik ke?

6 comments

  1. Sekarang ni kita main game indoor je untuk isi masa lapang dan release stress kan. Nasib baik banyak benda boleh beli online.

    ReplyDelete
  2. Tengok anak panah dia pun dah seram.

    ReplyDelete
  3. Best jugakkk kalau beli set memanah ni, boring boring duduk rumah hahaha, boleh la memanahhhh.

    ReplyDelete
  4. alaa xreti la plak..nk memanah ^_^

    ReplyDelete
  5. Best gak tu ada kit set memanah. Ada jugak aktiviti kat rumah. Tapi sayangnya tak tahan lasak pulak ye.

    ReplyDelete
  6. Bila selalu main mesti hits bull's eye.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.