Movie Review | Fly by Night

Friday 30 July 2021

Director : Zahir Omar

Writer : Dain Said, Ivan Yeo, Zahir Omar, Frederick Bailey

Cast : Sunny Pang, Eric Chen, Fabian Loo, Jack Tan, Frederick Lee, Bront Palarae, Joyce Harn, Iedil Putra, Shaun Chen, Ruby Yap

Production Company : Planet Films

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 100 minutes

Release Date : 7 October 2018 (Busan International Film Festival), 11 April 2019 (Malaysia)

Trailer :


Filem debut pengarah Zahir Omar yang mendapat tayangan perdana di Busan IFF, Jogja, Macau dan beberapa lagi negara lain pada tahun 2018 ni mengangkat kisah rompakan oleh geng teksi yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Fun fact, Zahir Omar adalah pembantu kepada pengarah Yasmin Ahmad jadi tak hairan lah kalau filem yang dihasilkan ada seni karya tersendiri dan juga berkualiti. 

Kisah bermula dengan rompakan yang dilakukan ke atas Datuk Khairi (Iedil Putra) yang baru sahaja mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah dan menuju ke rumahnya di Bukit Jelutong dengan menaiki teksi yang dimiliki oleh Sai Lo (Fabian Loo). Modus operandi mereka adalah cari mangsa kaya dengan rumah landed kemudiannya peras ugut sehingga mangsa setuju untuk bagi sekian jumlah wang.

Datuk Khairi buat laporan polis dan Inspektor Kamal (Bront Palarae) ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Team dia dapat kenal pasti wajah Sai Lo dari rakaman CCTV tapi dia belum dapat bukti kukuh. Dalam masa yang sama Sai Lo dengan kawan dia, Gwai Lo (Jack Tan) buat plan nak peras ugut perempuan kaya, Reanne (Joyce Harn) yang tinggal di apartment. Gwai Lo takut nak gerak tanpa pengetahuan ketua mereka, Chinaman (Sunny Pang) dan juga pembantunya Ah Soon (Eric Chen) sebab buat secara rahsia satu hal, latar mangsa berubah satu hal juga. 

Yakin akan dapat habuan jumlah besar sebanyak RM300,000, mereka berdua pergi berjudi di tempat Jared (Frederick Lee) tapi bertukar malang bila Gwai Lo tak dapat kawal baran dia. Akibatnya Chinaman terpaksa berhutang dengan mafia sebanyak RM500,000. 

Dari awal pun dah dapat agak yang geng teksi ni akan tumpas di tangan Inspektor Kamal tapi macam mana caranya tu yang curious nak tahu. Perubahan alur cerita bila watak Jared berjumpa dengan Sai Lo di pusat judi haram dia menaikkan lagi momentum neo-noir yang terinspirasi oleh movie Tarantino. Keadaan jadi semakin sulit dek kerana perangai Sai Lo yang tak berfikir panjang dan baran. Kesian dengan Ah Soon dan Gwai Lo lah sebab kena belasah, lari dari polis, kena tembak dan banyak lagi tapi dia senang-senang hancurkan plan. 

Berlatarkan kehidupan masyarakat yang hidup dalam kemiskinan dan memilih jalan salah untuk hidup dipaparkan secara realistik dan berani. Bila mana e-hailing semakin menjadi pilihan awam, pemandu teksi terdesak untuk sara hidup. Keong Low bermain dengan tona warna yang garang untuk menghidupkan mood dalam beberapa babak. Memandangkan pembikinan movie ni menggunakan bajet yang rendah so boleh faham lah kenapa visual ala kadar saja. 

Selain geng teksi dan mafia yang kejam, tak pasti kalau Zahid Omar paparkan kebobrokan dalam badan berkuasa yang menggunakan kabel untuk dapat kerja bila ada watak polis muda yang pakai spek mata sedangkan kelayakan polis ialah mata yang sihat. 

Pace movie ni agak slow dan penceritaan yang agak singkat. Better kalau dikembangkan lagi watak Inspektor Kamal dengan cara dia buat kerja sebab kebanyakan tugas yang diberi semuanya dapat diselesaikan. Sekaligus menaikkan emosi pada babak di hujung cerita. Walaupun sarat dengan hubungan kekeluargaan tapi barisan penulis tak menggunakan elemen tu dalam cerita supaya menaikkan emosi ataupun buat audience rasa connected dengan beberapa watak. 

Mungkin naskhah Fly By Night belum cukup kuat untuk mendapat tempat di Oscar tapi puas hati lah dengan pencapaian movie ni. Thanks to Netflix sebab jadi platform untuk tayang movie berkualiti dari industri tempatan.  

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

1 comment

  1. tengok pster ada Bront! hehe Sebenarnya banyak sangat cerita melayu yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Mungkin sebab di Malaysia tayangan kurang mendapat sambutan dia siaran2 TV malaysia

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.