Drama Review | Projek: Anchor SPM

Sunday 25 July 2021

 

Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf

Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Ahmad Al Iqbal, Khor Tai Yieng, Danial Hakim, Amira Nasiruddin, Nadim Hisham

Pelakon : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot, Susan Lankester

Syarikat Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

Penyiaran : HBO, Astro Citra

Genre : Drama / Young Adult

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Trailer :


Drama yang dikatakan meniru idea filem popular Thailand, Bad Genius (2017) ni diinspirasikan dari kisah benar yang mengisahkan tentang satu batch tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands yang ingin mendapat markah tinggi dalam SPM. 

Bermula dengan idea Jaja (Shasha Abedul) supaya Aaidaa (Daiyan Trisha) guna bahasa isyarat OKU untuk bagi jawapan masa dalam peperiksaan percubaan SPM. Mengambil peluang yang ada, Aizat (Aedy Ashraf) juga meniru jawapan yang diberi oleh Aaidaa sebab dia pelajar nombor 1 di sekolah berasrama penuh tersebut. 

Jaja dengan Aaidaa setuju untuk meniru dalam peperiksaan akibat perangai ayah mereka berdua yang perfectionist dan tegas. Dato’ Zubir (Tony Eusoff) juga alumni dan penyumbang utama PIBG di STIA jadi imej amat penting. Bagi dia, tak ada makna kalau Aaidaa jadi top student tapi Jaja jauh tertinggal di belakang. Rakan sebilik Aizat, Hilmi (Nadhir Nasar) dan Botol (Chubb-E) terkejut dengan perubahan drastik Aizat sedangkan dia tak pulun belajar pun. 

Kegembiraan Aizat dengan Jaja tak lama pun bila kedudukan peperiksaan sebenar diubah dan Aizat dengan Jaja berada jauh di belakang. Aizat buat plan supaya lebih ramai yang join untuk jadi mirror tapi dari 10 orang, bilangan tersebut bertambah sehinggakan satu batch tahu plan mereka untuk SPM nanti. Menggunakan formasi game ragbi, Aizat namakan projek ni sebagai Projek Anchor SPM. 

Betul apa yang pengarah Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf bagitahu pada media yang Projek Anchor SPM tak sama pun dengan Bad Genius cuma scene dalam dewan peperiksaan tu je sama. Drama ni tetap berpijak pada dunia nyata dan akibat yang perlu ditanggung oleh semua pelajar bila melakukan perbuatan terkutuk. Mesej persahabatan pun kuat dalam drama ni. Betul lah kata Botol tu, SPM je bukannya kiamat pun sampai nak bergaduh, bertegang urat gara-gara peperiksaan ni. 

Selain dari pelakon utama, pelakon sampingan pun bagus lakonannya tambah pula bila watak dewasa dilakonkan oleh barisan pelakon yang bagus. Scene Tuan Awang (Adlin Aman Ramlie) yang menyampah dengan perangai Timbalan Menteri (Hasnul Rahmat) bila suka merendahkan dan pertikaikan kredibiliti dia sebagai pengetua STIA antara highlight scene dalam drama ni. Dua watak ni bermain push and pull sebab ada sejarah masa zaman sekolah dulu.  

Visual yang berlatarkan tahun 2003 diolah dengan tona warna yang menarik dan sesuai dengan cuaca di Cameron Highland. Make-up, wardrobe dan props menghidupkan suasana pada zaman tersebut kecuali scene dalam dewan peperiksaan bila camera fokus dekat meja Aaidaa. Boleh nampak IC dia dalam template baru sebab ada dua imej. 

Kelemahan dalam drama Projek Anchor SPM ni bila ada drama atau konflik yang dibuat-buat macam scene Puan Rokiah (Susan Lankester) pelik bila nampak ada jawapan dekat kertas soalan. Tak pasti lah kertas soalan masa zaman tu kena kumpul lepas habis exam ataupun tak sebab pengawas peperiksaan tak ambil balik Kertas 1. Sebab tu bad mood kalau balik hostel gara-gara check jawapan lepas habis exam. 

Lagipun takkan lah pengawas tak syak bila Aaidaa asyik jatuhkan pembaris besi dia lepas sejam jawab exam untuk semua kertas. Ada 10 subjek dalam SPM lepastu 10 kali jugak lah dewan tu bising. Questionable jugak lah dengan batch ni sebab kalau diorang boleh jawab Kertas 2, maknanya Kertas 1 pun boleh lah sebab memasing dah study.  Kenapa Aaidaa menggelupur sangat tak study untuk SPM walhal gap tak jauh pun dengan percubaan sampai dia sanggup nak ceroboh masuk bilik kebal. 

Scene Aaidaa stress dalam makmal sebab padang bising tu pun mehhh jugak lah sebab dia pun sedia maklum ada pertandingan. Kalau dia belajar dekat dorm atau library lain cerita lah. Masa dia pergi padang ragbi tu pun kelakar lah. Nak cari seat tapi pergi arah depan sedangkan laluan masuk ke tempat duduk ikut belakang. Scene Hilmi meroyan sebab Aaidaa reject dia pun agak draggy sebab dekat episod sebelumnya pun dah nampak relationship Aaidaa dengan Aizat macam mana. 

Nevertheless drama Projek: Anchor SPM yang dikarang dan dikembangkan oleh 7 penulis ni berbaloi ditonton sebab genre ni masih belum banyak lagi dalam industri. Drama yang keluar dari kebiasaan dan tak klise, sesuai dengan selera penonton remaja. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

3 comments

  1. Masa mula mula keluar, ramai betul yg puji drama ni dekat Twitter.. teringin jugk nk tngok

    ReplyDelete
  2. Dah tengok drama ni. Memang tak sama macam bad genius kecuali babak dalam dewan peperiksaan.

    ReplyDelete
  3. bad genius jauh lebih stress kita tgk nya.
    lebih real usaha diorang utk meniru.
    anchor spm ni, kurang compare dgn bad genius.
    biasa-biasa. but jalan ceritanya nice. like it.
    akak tgk sama2 dgn anak-anak.
    cuma tu la. endingnya akak tak suka. gagal tapi semua suka.
    that kind of ending mcm tak brape onz la.
    but yg lain, ok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.