Movie Review | J Revolusi (2017)

 

Pengarah :  Zulkarnain Azhar

Penulis Skrip : Alfie Palermo

Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Hans Isaac, Fatimah Abu Bakar, Azri Iskandar, Juzzthin

Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Infinitus Productions

Pengedar :  Primeworks Distribution (Malaysia), DLUX Entertainment (Singapore), Youku, iQiyi, China Film Studio Ltd (China), Netflix

Genre : Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 2 March 2017 (Malaysia), 10 March 2017 (Singapore)

Trailer :


Masuk ni dah kali keempat dah kot tengok movie ni tapi asyik lupa nak buat review so memandangkan sekuel dia dah keluar, kita layan balik lepastu buat review. Franchise yang diinspirasikan dari trilogi "James Bond Malaya" - Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya lakonan Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin mengisahkan tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), ketua Unit Tindakhas (Special Forces Unit).

Dalam operasi untuk menghalang penjualan Ultra Virus oleh Andra (Farid Kamil), ramai ahli pasukan yang terkorban. Jay pula dituduh sebagai pembelot oleh Jiman (Iedil Putra) bila dia cuba untuk selamatkan kakak dia, Dian (Fazura) selepas diculik oleh Andra. Teguh dengan pendirian dan setia pada persahabatan,  Skodeng (Azad Jasmin) dan juga Eddie (Izara Aishah) cuba bantu Jay. 

Sementara Jiman bersungguh dengan teori dia, Komander (Omar Abdullah) cuma jadi pemerhati sebab nyawa anak-anak dia yang jadi taruhan dalam operasi ni. Jalan cerita J Revolusi simple je sebab nak perkenalkan beberapa watak utama dalam franchise dengan installment pertama – J. Revolusi yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar. 

Keluar dari kebiasaan bila penceritaan J. Revolusi berlatarkan Unit Tindakhas (Special Forces Unit) bila tak ramai yang cakna dengan unit khas yang mendapat arahan yang sama iaitu Bukit Aman. Macam mana cara mereka bekerja, hirearki dan kostum dipaparkan dengan baik selama 100 minit. Walaupun ada beberapa dialog yang kaku tapi boleh abaikan sebab tak mengganggu perasaan masa menonton sangat pun. Jarang nak jumpa movie genre aksi dengan elemen drama dan komedi yang diadun dengan seimbang. 

Cuma sayang lah watak Dian tak dikembangkan dengan lebih mendalam sebab karakter dia banyak bermain dengan emosi sampaikan ketegangan pada plot twist terasa lemah. Sama juga dengan watak Jiman yang tak suka dengan cara Jay lead ahli pasukan dia. Berani pulak tu bagitahu Komander walaupun serkap jarang dia cuma menggunakan teori yang lemah dan berlandaskan emosi semata. Tak ada ruang untuk dua watak ni berkembang dengan baik walaupun lakonan kedua pelakon bagus. 

Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Farid Kamil sebab dia agak kayu. Nasib baik dalam J. Revolusi ni dialog ataupun solo screen dia tak banyak sebab pengarah tahu kekuatan dia pada stunt action. Malah tak tenggelam pun bila berkongsi skrin dengan Zul Ariffin sebab sama-sama deliver watak dengan cemerlang. 

Penulis pun tak cuba olah watak Jay sebagai hero yang terlebih kuah. Realistik seprtimana penceritaannya juga. Pengarah pun pandai menggunakan kekuatan Zul Ariffin dengan beberapa babak dengan Eddie dan Dian supaya dia pamerkan killer smile atau smirk mahal. Baik Fazura mahupun Izara, kedua-duanya ada chemistry yang bagus dengan Zul. 

Sinematografi dan suntingan visual mendapat sentuhan yang sama dengan franchise terkenal Polis Evo (2015) iaitu Haris Hue Abdullah yang pernah menang kategori Sinematografi Terbaik di FFM. CGI tampak realistic, syot yang menarik dan membantu stunt action nampak menarik dan bertenaga. Bukan sahaja watak lelaki dapat beraksi dengan stunt choreography yang sharp dan kemas malah watak perempuan  juga menyerlah. Suka dengan scene Eddie berlawan dengan Jay di rumah Siew. Lagu tema Rempuh dari Tomok & Black kurang menyengat dan tak member impak pada mood penceritaan pun. 

Jarang lah nak layan cerita tempatan tambah pula genre aksi banyak kali tanpa rasa jemu. Mungkin salah satunya sebab Zul Ariffin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

4 comments

  1. farid kamil kalau main watak baik atau jiwang automatik jadi kayu..haha

    ReplyDelete
  2. Semua pelakon hebat² dalam citer ini 🥰

    ReplyDelete
  3. cerita yg tengok separuh jalan (tak berapa separuh la sebab selalu tengok kat tv mesti setengah jam awal pastu 10 minit akhir)

    ReplyDelete
  4. ni macam dah tengokk tapi lupa lak

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.