Telemovie Review | 7 Netizen (2019)

Saturday 31 July 2021

Pengarah : Jamal Khan 

Penulis Skrip :  Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon : Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam

Syarikat Produksi :  Cinema Stage Production Sdn Bhd.

Pengedar : Astro Citra (saluran 131), Astro Citra HD (saluran 126)

Genre :  Thriller / Misteri

Durasi Tayangan :  minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2019

Trailer :


Kisah bermula dengan kematian seorang selebriti terkenal, Khai Adli bila ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik tidurnya. Adiknya, Alif (Nafiz Muaz) yang baru sahaja pulang dari oversea terkesan dengan pemergian abangnya dan berikan sepenuh kerjasama pada pihak polis. Alif minta ASP Hafiz (Yusuf Bahrin) siasat group 7 Netizen sebab mereka adalah suspek pembunuh dengan kata-kata fitnah, kutukan dan cacian di semua post Khai. 

Tak pasti kenapa pihak polis agak lambat siasat siapa pemilik akaun yang menghukum dan memfitnah Khai sebagai pedofilia sedangkan unit siber boleh trace IP Address dengan mudah. Ingat kes Misha Omar kena tuduh queer oleh pemilik account Twitter tahun 2019? Hari ni kena report, esok dah kena panggil dekat balai sedangkan Twitterjaya tak kenal langsung siapa pemilik account tu. 

Menjadi persoalan utama jugak lah kenapa watak ASP Hafiz lambat bergerak dari awal sampai lah ke hujung cerita. Sengaja dilemahkan supaya elemen thriller tu nampak gah? Dari pembunuhan pertama pun dah tahu siapa yang bunuh Nabil (Aepul Roza) sebab motif tu kuat sangat. Dah dapat lead pun pihak polis terkial nak buat kerja lagi. Kecewanya kalau ada pada situasi Nadia (Mimi Lana). No wonder lah dia tak minta perlindungan dari abang dia walaupun duduk serumah. 

First time tengok lakonan Aepul Roza dan tak sangka dia mampu deliver watak dia dengan bagus. Tak nampak canggung langsung sama ada dalam solo screen ataupun bersama dengan pelakon lain. Mungkin 7 Netizen ni sesuai dijadikan drama supaya penceritaan tu dikembangkan dengan lebih mendalam lagi. Ataupun buang sub-plot tak penting macam percintaan Nadia dengan Alif. Dialog Alif agak cringe sebab baru beberapa kali jumpa dah sanggup gadaikan nyawa demi cinta. 

Kalau tengok pada level menyampah group 7 Netizen dengan Khai Adli dalam cerita ni macam susah nak percaya bila mereka semua tak kenal Alif. Latar masa dalam telemovie 7 Netizen agak mengelirukan sebab Alif pergi oversea untuk sambung degree. Fizikal dia sebelum pergi dengan 3 tahun kemudiannya tak jauh beza pun sampaikan Emy (Nelissa Nizam) tak cam langsung siapa dia. Masa Alif bagitahu Nadia  Jalan TAR dah banyak berubah tu agak merepek lah sebab dari dulu sampai sekarang area tu lah yang maintain dekat Kuala Lumpur. Kalau Pasar Seni mungkin ye sebab April 2019, DBKL dah touch up untuk tarik anak muda, tourist dan warga kota sendiri ke kawasan tu. 

Screenplay dalam telemovie 7 Netizen ni agak lemah baik dari genre drama atau thriller. Mungkin lebih intense kalau ada scene Khai Adli kena buang dari projek filem atau drama yang dia tengah berlakon, produk dia diboikot ataupun dia dipandang serong oleh jiran sebab fitnah pedofilia. Tak perlu banyak, cukup satu atau dua scene supaya nampak impak group 7 Netizen ni macam mana. 

Walaupun banyak kelemahan pada jalan cerita tapi menarik lah bila team production paparkan naskhah yang berkisarkan netizen dan alam maya. Jadi platform untuk sebarkan mesej sosial tentang bahayanya komen yang berunsur fitnah ataupun cyber bully. Tak semestinya buat akaun palsu akan terselamat dari bahaya di dunia nyata. 

Bagi pengajaran juga kepada selebriti dan founder ni supaya tak perlu nak menunjuk kekayaan yang bersifat sementara. Orang lain pun berusaha tapi rezeki tu diaturkan oleh Allah dengan cara lain, datang dalam sifat yang bukan berupa wang tunai dan kekayaan. Khai Adli tu terkenal tapi hidup dalam kemurungan dan perlu bergantung dengan ubat doktor. Hilang nikmat sihat. Pehhh tazkirah pulak dekat sini. Geram dengan founder yang ‘bagi motivasi’ dekat gelandangan tu tak habis lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.