Showing posts with label #TheSaga. Show all posts
Showing posts with label #TheSaga. Show all posts

Temperature Naik Mendadak

Thursday, 14 October 2021

Sepanjang ada kereta ni tak pernah lagi ada pengalaman temperature naik mendadak. Pernah la tersadai tepi jalan masa nak balik kampung masa kecik dulu sebab kereta berasap. arwah ayah dua tiga kali jugak lah berhenti tepi jalan, tunggu temperature turun lepastu drive balik. 

Nasib baik I tak sampai tahap tu lah sebab I dah perasan temperature kereta akan naik everytime I berhenti dekat traffic light. I dah pernah raise benda ni dekat pomen bengkel bila temperature naik 3 bar. I tahu temperature kereta Saga FLX normal bila naik 3 bar tapi something is wrong sebab dia naik mendadak. Dia naik bila berhenti dekat traffic light dan akan turun satu bar bila kereta berjalan balik. 


Selama I drive kereta ni tak pernah lagi cecah 3 bar even I drive dari Segamat ke Sabak sampai 7 hingga 8 jam pun tak pernah reach sampai 3 bar sebab tu I cakap benda ni tak normal pada I. Bila I search 'Normal tak temperature bar di tahap 3?' then keluar banyak la jawapan menganjing such as 

'Tak normal, kereta dah nak terbang dah tu'

'So? nak kereta dekat temperature berapa?'

'Tolak je masuk gaung'

'Normal je dekat 3. Kalau dekat 6 baru menggelabah'


I taknak lah menggelabah dekat 6, masa tu mesti dah overheat teruk. Silap haribulan tersadai tepi jalan lagi. I try Google kenapa temperature naik, jawapan yang selalu keluar disebabkan kipas rosak. I dah 2 kali suruh check kipas, pomen tempat I pergi tu kata okay. So I crossed out lah teori tu and I assumed mungkin hos bocor ataupun masalah dekat coolant pump. 

I hantar pergi bengkel dia kata okay, tak ada masalah sebab temperature 3 bar tu normal then I okay je lah. I malas nak argue lama sebab I rasa I yang paranoid lebih masa tu. Tak lama lepastu I perasan makin cepat pulak temperature bar ni mencecah 3. Hmmm clueless betul masa tu nak hantar ke tak. I stay dekat belah kiri je sebab kalau temperature ni naik 4 bar, I boleh balik rumah je. 

Betul lah, 5 minit kemudian dia naik 4 bar lepastu 5 bar. Kepala hotak dia lah kan jump terus sampai 2 bar dalam masa yang singkat. Memang terus hantar bengkel lah cerita dia. Masa tu rasa nak tonyoh je muka pomen sebab kata normal. I suruh dia check kipas, thermostat, coolant pump, relay, hos semua lah yang berkaitan. 


Bila dia check memang kipas yang problem. Lagi la rasa nak tonyoh tau sebab haritu dia yang beria kata kipas tu okay. Yihhhh!

Lepas dia tukar yang baru dia kata temperature bar memang akan stay dekat 3 since kipas ni dia guna yang ori punya. Nasib 200 hengget je kena sebab dah tak mampu nak lebur duit lagi dah. Haritu baru je lebur 600 lebih untuk mounting gear. No wonder lah jangka hayat kereta ni 5 tahun je sebab lebih daritu dia mula lah meragam sana-sini. Sabar 2 tahun je lagi lepastu nak tukar kereta. Gearbox pun dah problem haihhh rabakkkkkkk

Tukar Mounting Gear Saga FLX

Thursday, 30 September 2021

Rabak poket bila kereta asyik meragam ni. Baru bulan lepas masuk bengkel sebab sensor dengan spark plug, kali ni masuk bengkel lagi sebab masalah mounting gear. Sebelum ni dah pernah hantar Proton tapi dia kata boleh lagi guna ni. Dua tiga bulan lepas tu dia meragam, pomen tu kata okay lagi ni sebab tak teruk lagi. 



Tapi bulan lepas dah tak tahan dah sebab dia bergegar teruk sangat. Dia punya teruk tu sampai level rasa nak muntah lepas keluar dari kereta sebab pening. Selalunya mounting gear ni bertahan 5 tahun, kira ngam la tu timing nak tukar pun sebab kereta ni dah 7 tahun. Dah lama dah pun cecah 100,000 kilometer. 

Nak tahu mounting gear kena tukar ni bila enjin bergegar teruk. I perasan bila press sampai 120km/h dia bergegar serupa hilang pedoman. Lepas tu 100km/h then drop sampai 80km/h. Memandangkan dah berapa kali bawa ke bengkel diorang insist boleh guna lagi, so I pun drive dengan berhemah je lah, 80km/h je. Paling syahdu bila 60 je. 

Second, bila alignment lari walaupun dah bawa betulkan tetap lah juga rasa dia lari. Symptom yang paling ketara sekali bila kereta ada bunyi scary. Bila bawa ke bengkel, harga nak tukar mounting ni pun boleh tahan koyak rabak jugak lah poket. Nasib baik memang dah allocate duit siap-siap sebab dah tahu mounting gear ni akan buat perangai. Seharian jugak lah tinggal kereta ni dekat bengkel, pergi kerja naik Grab je masa tu. 

Harga nak tukar mounting gear ni rasanya berbeza ikut jenis kereta sebab I tukar untuk Saga FLX ni dalam RM600 lebih tapi adik I tukar untuk kereta Kancil dia around RM100 lebih je. Lepas dah tukar mounting gear baru rasa syok bila drive sebab dah tak ada bunyi scary tu. Kereta pun smooth je tak gegar dah. Tapi jadi tak biasa pulak kereta senyap sunyi bila berhenti dekat traffic light sebab dah serupa enjin mati gayanya. Settle satu masalah, lepas ni kena tukar bateri kereta pulak hihu adult life is hard......

Kereta Meragam Bila Wayar Enjin Digigit Tikus

Friday, 23 July 2021

Tahun ni bab kereta memang menguji kesabaran dan menipiskan poket betul sampaikan menangis call my mom lepas kena game dengan Proton. Cerita dia macam ni, I perasan kereta macam tak boleh nak gerak laju bila tekan minyak. Habis laju pun 60km/h je tapi kereta masih lagi boleh bergerak macam biasa. 

Masa tu dah mula cuak sebab tak nak tersadai tepi jalan. Pergi office tu okay tapi bila balik rumah makin lama makin teruk sampaikan 20km/h je lepastu bergegar teruk. Doa dalam hati je boleh sampai balik rumah. Esok pagi terus hantar pergi Proton Service Centre. I tak sempat nak pergi bengkel masa office hour sebab kerja banyakkkkkkk :(

So pagi tu redah je walk-in padahal Sabtu kena buat appointment dulu pastu kena perli dengan staff sebab tak buat 100,000 maintenance service. Fine lah I terima lah benda tu sebab memang dah lama skip service dekat Proton. Masa bukak hood kereta tu nampak la ada sisa makanan so pomen tu kata ni kena gigit dengan tikus ni. 



P : Park kereta dekat mana ni sampai kena gigit dengan tikus?
M : Parkir tu selalng satu je dari tong sampah besar
P : Aduhhhhh patutlah teruk kena gigit. Memang jahanam la kereta. Mintak la tukar tempat lain, yang pergi park dekat situ dah kenapa

Dah kalau masa pindah masuk memang ada situ je JMB dah tetapkan, nak mintak tukar macam mana? Ada la tempat kosong tapi jauh ke padang sana lepastu banyak burung bertenggek dekat pokok. Park dekat situ je confirm dapat lauk kenduri. 

Dia suruh tinggalkan kereta dekat situ sebab nak check yang lain kot ada yang rosak sebab tikus durjana. Petang tu dia call cakap beli kereta baru lah sebab tak boleh nak diselamatkan dah. Memang rosak teruk dah kereta ni. Menangis lah call my mom sebab nak korek duit celah mana pulak beli kereta baru? 

Lepastu dapat whatsapp dari ayah cakap jangan percaya sangat dengan Proton tu sebab diorang nak komisyen jual kereta. Since it's weekend and my dad ada kursus so terpaksa la tunggu sehari dua sementara bantuan sampai. Pepagi lagi my dad dah sampai rumah lepastu bawa ke bengkel and since I have urgent matter dekat office, I drove his car dengan penuh berhati-hati. 

Tak lama pun repair around sejam lebih je sebab pomen tu kata wayar yang rosak tu boleh tukar dengan wayar baru je. Lepastu tukar spark plug sebab semua dah haus so tikus tu bukan masalah besar tapi spark plug hshshs

Lepas jadi macam ni makin menyampah lah dengan Proton Service Centre sebab setiap kali ada masalah diorang tak mampu nak settlekan. The reason I stop pergi Proton sebab diorang rosakkan pintu belakang lepastu cakap diorang service je tapi tak boleh repair. Pastu jadi macam ni pulak hmmm I malas but still lepas PKP nanti nak kena pergi check yang 100,000 punya just in case ada benda nak kena tukar. Tapi tukar kereta is a no no...

Sensor Kereta Saga Rosak

Thursday, 15 July 2021

Ni kali kedua kereta Saga I buat hal atas jalan. Dah la paling menggelupur, panik, menggelabah, cuak kalau kereta buat hal. Paling ngeri lah kalau terkandas dekat jalan macam ni. 


Sikit je lagi nak sampai ke rumah tapi kereta dah tak nak bergerak bila press minyak. Dah la dekat area bukit, lagi la seram wei. Dah nak nangis dah masa ni tak tau nak call siapa. Sudahnya call insurans untuk towing service tapi kena tunggu sampai 45 minit. Dah la hujan masa tu. Nasib baik enjin hidup so boleh la bukak aircond. So ni bukan masalah bateri. 

45 minit tu lama lah jugak dengan banyak ereta pulak masa tu sebab orang baru balik kerja. Takde pun yang berhenti tolong ke apa. Ada yang berhenti lepastu main phone kat belakang. Pelik jugak kenapa dia tak jalan padahal dah 3 kali hijau rupanya main handphone. Bila turun bagitau kereta rosak baru dia perasan dia dah buang masa kat situ. Apa benda entah. 


Tunggu punya tunggu towing tak datang pun. Baikkkk punya kena game dengan insurans. Masa tu fikir nak tolak je lah kereta tapi ada pakcik tut datang tanya kenapa. Bila dia off enjin lepastu start balik, kereta dah boleh gerak dah. Terasa bodoh benar masa tu sebab kawan pernah cakap kalau Saga ni kena tunggu dalam 5 atau 10 minit macam tu try off pastu start balik. 

Tapi pakcik tu dah pesan first thing in the morning pergi hantar kereta dekat bengkel dulu sebab takut ada leaking. Bila dah hantar bengkel, mekanik kata sensor rosak sebab tu dia tak detect masa tekan minyak. Nak tukar baru dalam 200 lebih so proceed tukar je lah. Kalau dah rosak nak sembang apa lagi. Bendanya kecik je pun tapi bila rosak hmmmm nangis. 

Relay Rosak

Friday, 6 October 2017

Dua hari lepas murung sekejap bila tengok kereta ada problem. Bila dah matikan enjin kipas dia still lagi berpusing. Nasib ada kawan office ada kawan mekanik so boleh lah tahu apa problem dia. Katanya ada dua sebab sama ada air kurang ataupun relay rosak.

Bila check air memang ada la sebab I always check. Taknak jadi macam dulu kereta mati sebab air habis terus. Huhu

So it means relay lah problem. Since pagi lagi bengkel pun tak buka lagi. Park dulu dekat office and cabut suis relay dalam fuse box sementara tunggu lunch hour. Takut nanti habis pulak bateri kereta. Lagi garu kepala.

Fuse box

Suis relay dalam fuse box the one I cabut before pergi bengkel

Sebelum pergi ke bengkel tu google la kejap apa benda relay ni sebab selalu nampak dekat socmed, bebudak post relay tu relationship huhu. First time tau dengar ada relay dalam kereta. Kabo ke pakwe pun dia blur jugak. I guess kereta sistem baru je yang ada problem ni. Ataupun kereta auto, sorry I'm not so sure since he use the old Saga and mine Saga FLX.

Based on what I know from that forum, kalau kipas still jalan sebab
1. Temperature too high
2. Kurang air
3. Radiator
4. Relay

And thank god I ada problem relay je sebab relay murah je nak tukar. But I think mine bapak segala relay sebab it cost me RM30. Yang dalam forum tu semua kena RM18 je paling mahal. Relay diorang dalam fuse box but mine under the fuse box.

So if you guys ada problem macamni better bawak pergi ke bengkel je terus but make sure tahu dulu punca kalau tak confirm kena kencing. Sebab I pun kena macamtu jugak nasib I refused to let them taking further inspection. Kalau diorang kata wiring problem tu dah merapu tau and it will cost you guys more than RM500 tau.


Bengkel yang I pergi tu pun dia tak tahu jugak apa problem so dia ingat radiator bocor padahal I dah bagitahu relay problem. Biasalah kalau perempuan yang kabo orang pandang sebelah mata je huhu. Lepas dah tukar relay tu kereta dah okay dah. Nothing to worry about tapi nanti lepas 3 tahun dia akan jadi balik lah. Nasib murah tapi kopak jugak lah wei. Tanya abang tu kenapa boleh rosak, dia cakap memang dah jangka hayat dia cenggitu. Fuhhhh lega bukan salah sendiri haha kalau tak kena bebel nanti. Taknakkkkk.