Temperature Naik Mendadak

Thursday 14 October 2021

Sepanjang ada kereta ni tak pernah lagi ada pengalaman temperature naik mendadak. Pernah la tersadai tepi jalan masa nak balik kampung masa kecik dulu sebab kereta berasap. arwah ayah dua tiga kali jugak lah berhenti tepi jalan, tunggu temperature turun lepastu drive balik. 

Nasib baik I tak sampai tahap tu lah sebab I dah perasan temperature kereta akan naik everytime I berhenti dekat traffic light. I dah pernah raise benda ni dekat pomen bengkel bila temperature naik 3 bar. I tahu temperature kereta Saga FLX normal bila naik 3 bar tapi something is wrong sebab dia naik mendadak. Dia naik bila berhenti dekat traffic light dan akan turun satu bar bila kereta berjalan balik. 


Selama I drive kereta ni tak pernah lagi cecah 3 bar even I drive dari Segamat ke Sabak sampai 7 hingga 8 jam pun tak pernah reach sampai 3 bar sebab tu I cakap benda ni tak normal pada I. Bila I search 'Normal tak temperature bar di tahap 3?' then keluar banyak la jawapan menganjing such as 

'Tak normal, kereta dah nak terbang dah tu'

'So? nak kereta dekat temperature berapa?'

'Tolak je masuk gaung'

'Normal je dekat 3. Kalau dekat 6 baru menggelabah'


I taknak lah menggelabah dekat 6, masa tu mesti dah overheat teruk. Silap haribulan tersadai tepi jalan lagi. I try Google kenapa temperature naik, jawapan yang selalu keluar disebabkan kipas rosak. I dah 2 kali suruh check kipas, pomen tempat I pergi tu kata okay. So I crossed out lah teori tu and I assumed mungkin hos bocor ataupun masalah dekat coolant pump. 

I hantar pergi bengkel dia kata okay, tak ada masalah sebab temperature 3 bar tu normal then I okay je lah. I malas nak argue lama sebab I rasa I yang paranoid lebih masa tu. Tak lama lepastu I perasan makin cepat pulak temperature bar ni mencecah 3. Hmmm clueless betul masa tu nak hantar ke tak. I stay dekat belah kiri je sebab kalau temperature ni naik 4 bar, I boleh balik rumah je. 

Betul lah, 5 minit kemudian dia naik 4 bar lepastu 5 bar. Kepala hotak dia lah kan jump terus sampai 2 bar dalam masa yang singkat. Memang terus hantar bengkel lah cerita dia. Masa tu rasa nak tonyoh je muka pomen sebab kata normal. I suruh dia check kipas, thermostat, coolant pump, relay, hos semua lah yang berkaitan. 


Bila dia check memang kipas yang problem. Lagi la rasa nak tonyoh tau sebab haritu dia yang beria kata kipas tu okay. Yihhhh!

Lepas dia tukar yang baru dia kata temperature bar memang akan stay dekat 3 since kipas ni dia guna yang ori punya. Nasib 200 hengget je kena sebab dah tak mampu nak lebur duit lagi dah. Haritu baru je lebur 600 lebih untuk mounting gear. No wonder lah jangka hayat kereta ni 5 tahun je sebab lebih daritu dia mula lah meragam sana-sini. Sabar 2 tahun je lagi lepastu nak tukar kereta. Gearbox pun dah problem haihhh rabakkkkkkk

8 comments

  1. yea wak, kite aritu anta kete soh buat alligment, sekarang still problem sama..hampeh toi la pomen..mentang2 kita perempuan. menyampah tau

    ReplyDelete
  2. adess.. semoga dipermudahkan urusan farhana

    ReplyDelete
  3. adei, memang x paham bab2 enjin kereta ni. tau isi minyak, drive. cukup masa gi service. tu je.
    moga dipemrudahkan yer.

    ReplyDelete
  4. Ada pomen yg gini. Kereta ammi ada sekali tu mcm terhenjut2...tak tentu pasal. Bawak gi pomen dia kata ok.

    Tak puas hati bawak gi pomen lain. Dia check pakai komputer ada problem. Ngek betul... Check jelah be betul. Macamlaj nak suruh dia repair free.

    ReplyDelete
  5. Kalau temperature naik kat traffic light, biasanya kipas problemlah
    Kalau masa berjalan okay sebab angin luar masuk

    ReplyDelete
  6. Wah.. Awak kira terer la. Saya bab kereta ni tak berapa arif. Mesti pomen tu ingat perempuan tak tau sangat pasal kereta. Huhu

    ReplyDelete
  7. Geram bila pomen tak nak dengar cakap kita.. Yang mengangjing tu pun menyakitkan hati.. Bukan nak tolong bagi solusi.. haiah..

    ReplyDelete
  8. kipas ni ada carbon, ianya akan haus bila sampai masa kena tukar. tips kalau jadi mcmni next seblom sempat nak ke bangkel ketok2kan sikit motor kipas tu dia akan bergerak semula. sempatlah pakai sebelum terus ke bengkel

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.