Movie Review | Perfect Strangers (2016)

Saturday 9 October 2021

Director : Paolo Genovese

Writer : Paolo Genovese, Filippo Bologna, Paolo Costella, Paola Mammini, Rolando Ravello

Cast : Giuseppe Battiston, Anna Foglietta, Marco Giallini, Edoardo Leo, Valerio Mastandrea, Alba Rohrwacher, Kasia Smutniak

Production Company : Lotus Production

Distributor : Medusa Film

Genre : Drama

Running Time : 97 minutes

Release Date : 11 February 2016

Trailer :


‘So you’re saying none of us has a secret?’ - Eva

Movie Perfect strangers yang memenangi anugerah David di Donatello untuk kategori Best Film di Filem Festival Itali megisahkan tentang 7 sekawan berkumpul untuk makan malam sambal menikmati keindahan gerhana bulan. Bila berborak tentang kehidupan mula timbul idea untuk main game di mana sesiapa sahaja yang terima panggilan, mesej, Whatsapp atau sebarang notifikasi perlu dikongsi dengan semua yang ada di meja makan. 


Idea tu menarik untuk Eva (Kasia Smutniak) yang mencadangkan tapi buruk untuk Cosimo (Edoardo Leo) yang mempunyai banyak rahsia. Menurut Lele (Valerio Mastandrea) dari sudut psikologi boleh jadi orang yang mencadangkan game ni ada rahsia yang disorok macam psycho killers guna segala macam strategi untuk orang tahu jenayah dia. 


Sebelum kesemua 7 watak berkumpul dekat meja makan tu pengarah dah tunjuk kehidupan masing-masing jadi boleh nampak lah rahsia yang akan dibongkarkan tu macam mana. Menariknya bila nak tahu macam mana reaksi watak-watak lain bila dapat tahu hal sebenar. Bila berjumpa depan-depan semua baik je sebab masing-masing boleh berpura atau berlakon baik supaya tak nak keadaan jadi keruh. 

Macam watak Cosimo yang mengamuk bila dapat tahu rahsia Lele padahal tak ada kaitan pun dengan dia. Rahsia tu tak mengganggu personal life dia pun tapi kemain marah sampai nak putus kawan walhal rahsia dia lagi teruk dan jijik. Kalau dia nak distract rahsia Lele daripada rahsia dia boleh faham lah jugak tapi rahsia yang dibongkar ni ada gilirannya untuk dibongkarkan atau dibincangkan. 


Dekat situ boleh nampak kelemahan kecil dalam movie arahan Paolo Genovese sebab elemen saspen yang kurang menyengat ditambah pula music score yang agak cheesy. Mungkin juga metafora kepada semua pasangan yang ada untuk gambarkan kebahagiaan perkahwinan baik yang baru ataupun yang sudah lama. 

‘I didn't even want to get married. I never believed in marriage. Marriage makes me sad and anxious. I didn't want a child, either. What do I know about bringing kids up? I just wanted to be free. Then that asshole came along and turned my life upside-down. He made me believe we could be happy and I trusted him, but...’ – Bianca (Alba Rohrwacher)


Pace movie ni agak perlahan dengan dialog yang tak lah menghiburkan sedangkan genre utama adalah komedi drama. Ada lah dalam dua atau tiga babak bila kesemua watak menyembang tentang experience masing-masing. But still olahan pengarah tu menarik bila flow cerita masih lagi engaging dengan screenplay yang bagus dari semua pelakon. 


Setiap watak diberikan ruang untuk berkembang dalam durasi selama 97 minit. Personal pick, watak Rocco dan Peppe yang banyak express melalui riak wajah tapi tak boleh dijangka pun rahsia diorang. Konsep movie ni pun seakan-akan teater dengan props dan set yang dihias cantik mengikut lifestyle middle class seperti yang dipaparkan.

‘We’re breakable…. All of us. Some more than others.’ – Rocco (Marco Giallini)


Movie Perfect Strangers dah dibikin official remake dari 16 buah negara termasuklah Korea Selatan so I nak try tengok yang Asia punya pulak sebab mungkin conversation lebih menarik bila olahan tu berunsurkan budaya dan lifestyle kita kan? Mungkin elemen komedi dan dramanya lebih menarik. For those yang belum tengok lagi boleh try layan movie ni sebab idea dia simple je tapi impak dia besar dan akan kekal relevan untuk dijadikan pengajaran kepada hubungan dan persahabatan. 

p/s : Thanks Izani for recommending this movie. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10

3 comments

  1. Mungkin dialog tu tak nampak kelakar sebab kita tak faham bahasa dan budaya Itali. Bila translate, lawak tu tak sampai

    ReplyDelete
  2. macam menarik juga cerita tu..kot kalau rajin nanti boleh la nak tengok..kot la

    ReplyDelete
  3. Ha.. patutlah bila baca jalan cerita yang Farhana terang ini macam pernah jumpa.. dah diadaptasi ye..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.