Movie Review | Sinkhole (2021)

Sunday 10 October 2021

 

Director : Kim Ji-hoon

Writer : Jeon Cheol-hong, Kim Jeong-han

Cast : Cha Seung-won, Kim Sung-kyun, Lee Kwang-soo, Kim Hye-jun

Production Company : The Tower Pictures

Distributor : Showbox

Genre : Disaster / Comedy

Running Time : 117 minutes

Release Date : 6 August 2021 (LFF), 11 August 11, 2021 (South Korea)

Trailer :


Lepas tengok video Tik Tok pasal mayat terbenam 13 meter dalam tanah lepas ditimpa serpihan besi bangunan tu, ada orang recommend movie Sinkhole. Bila tengok trailer terus impressed nak tengok full movie sebab belum pernah lagi ada natural disaster macam ni. Kira jalan cerita dia unik dan fresh. Genre movie ni pun komedi dengan kehadiran Lee Kwang-soo sebagai pelakon utama. 

Park Dong-Won (Kim Sung-Kyun) baru berpindah ke Chungwoon Villa yang dijual dengan harga murah kerana terletak di kawasan pinggiran Seoul. Bila anak dia main guli dalam rumah, dia sedar yang bangunan tu senget dan terdapat beberapa rekahan ketara di dinding bangunan dan di kawasan laman. Dong-woon buat aduan kepada Jung Man-Soo (Cha Seung-Won), pemilik bangunan tersebut kemudiannya adakan mesyuarat dengan semua penghuni lain. Tapi masing-masing tak alami sebarang kerosakan ataupun perkara pelik. 

Dong-woon tak senang duduk sebab lepas 11 tahun bekerja keras baru dia dapat beli rumah yang selesa untuk keluarga dia tapi dapat tahu ada defect pulak. Nak pindah rumah lain pun dekat mana dia nak korek duit untuk menyewa pulak? Nak jual balik rumah tu pun bukannya mudah untuk cari pembeli sebab lokasi tu pun macam kontroversi. 

One thing you can learn from this situation, always do tons of background research before buying a house. Family dia boleh selamat kalau dia kaji dulu tempat tu sebelum beli. Rumah ni nak guna lama dan kalau rumah tu murah, mesti ada something yang tak kena unless dekat rural areas lah. Bukan setakat tengok defects je, tengok sekali dari sudut alam angker hshshs. No shit, this is serious. 

Ada rumah dijual murah sebab ada kes bunuh diri ataupun kes pembunuhan. Tak boleh tidur malam kalau rumah ada hantu ni, bangun pagi ada bekas cakar lah lebam lah. Tidur malam dengar bunyi bising barang jatuh lah suara orang menangis lah. 

Okay, back to the review. Pace movie ni agak perlahan pada first half sebab meleret dan try hard juga bila elemen komedi dimasukkan antara Dong-woon dengan Man-soo. Momentum cerita mula naik bila  Kim Seung-Hyun (Lee Kwang-Soo) muncul sebagai pekerja di syarikat Man-soo dan datang bersama rakan sekerja lain untuk housewarming. Lemau jugak lah nak tunggu episod sinkhole tu terjadi. Dah mula risau dah kalau pengarah letak dekat second half movie. 

Bila masuk part sinkhole tu rasa cuak sebab apartment tu jatuh sampai 500 meter ke dalam tanah. 6 meter pun dah terasa dalam, inikan pulak 500 meter. Sinematografi dari Shin Tae-ho dipaparkan dengan baik menggunakan green screen untuk menghidupkan suasana di bawah tanah. Tapi ada masanya vfx yang digunakan kelihatan seperti babak tersebut dilakonkan di dalam studio. 

Disappointed dengan movie ni bila tak ada pun watak sampingan dari unit keselamatan yang jelaskan kenapa rumah tu boleh jatuh dalam tanah. Ada la pengarah letak dalam babak dekat pejabat tu tapi tak ada penjelasan rasmi. Merepek jugak bila tengok penduduk apartment sebelah tak nak bekerjasama sedangkan apartment diorang pun dah senget sebelah, takkan nak duduk situ lagi? Apa bantuan dari pihak kerajaan bila wujudnya kes sinkhole ni selain dari search and rescue? 

Penceritaan movie ni terlampau ringkas tak seperti movie Exit (2019) yang lebih kemas garapannya baik dari segi entertainment ataupun social awareness. Not bad lah untuk tontonan santai. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

6 comments

  1. dah letak dalam list mvie sinkhole ni.. itupun sbb bnyk tgk lee kwangsoo pi promote dekat show lain

    ReplyDelete
  2. tgk kt neflix. ok gak. ada lawak2, ada bab menyentuh perasaan jgk wpun xlama.

    ReplyDelete
  3. belum tengok lagi..nanti kena tengok ni

    ReplyDelete
  4. berbelah bagi pulak nak tengok lepas baca review ni haha! sebab jenis tak suka juga kalau klimaks lewat ni

    ReplyDelete
  5. thanks rekemen. kalau filem Korea genre disaster selalunya best

    ReplyDelete
  6. Ala.. kurang menarik ke Farhana.. nantilah kita tengok.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.