Movie Review | Shiddat : Journey Beyond Love

Saturday 9 October 2021

Director : Kunal Deshmukh

Writer : Dheeraj Rattan, Pooja Surti, Shridhar Raghavan

Cast : Sunny Kaushal, Radhika Madan, Mohit Raina, Diana Penty, Vidhatri Bandi, Chirag Malhotra, Atul Kumar, Nazneen Madan

Production Company : T-Series, Maddock Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Romance / Drama

Running Time : 146 minutes

Release Date : 1 October 2021

Trailer :


'Ira, if we hadn't met in London, we would've met in Paris. If not Paris, then Amsterdam. Ira, I'd have found you in any corner of the world, be it in any village, town or city... kyun ki tum kismat ho mera.' – Gautam

Joginder Dhillon a.k.a Jaggi (Sunny Kaushal) jatuh cinta dengan Kartika (Radhika Madan) di sports camp sejak pertama kali berjumpa di kolam renang. Sepanjang perkenalan mereka berdua, Jaggi banyak membantu Kartika untuk improve swimming skills dia sampai lah Jaggi dapat tahu yang Kartika akan berkahwin dengan calon pilihan keluarga tak lama lagi di London. 

Puas Jaggi pujuk Kartika supaya batalkan perkahwinan tersebut tapi masih lagi dia bertegas dengan prinsip tentang hidup yang praktikal. Tak mungkin lah dia nak batalkan perkahwinan tersebut dan kecewakan hati kedua orang tua dia. Lagipun dia tak percaya dengan cinta Jaggi. Entah ya entah tidak Jaggi akan setia dengan dia sampai bila-bila. 

Tapi Jaggi tetap dengan janji dia untuk berkahwin dengan Kartika. Dari India dia kumpul duit untuk ke London namun malangnya duit dia dicuri oleh travel agent. Terpaksa lah dia pergi ke London dengan cara haram, seludup masuk menggunakan lori tapi kantoi disebabkan Bilal (Chirag Malhotra) tak mampu tahan nafas selama 2 minit ketika pemeriksaan oleh pihak berkuasa. 

Di sana Jaggi bertemu kembali Gautam (Mohit Raina) yang pernah ketuk pintu hati dia dengan ayat cinta kepada Ira (Diana Penty) dalam majlis perkahwinan mereka. Tapi ayat tu cuma ayat sebab mereka berdua bakal bercerai. Realiti hidup tak sama dengan apa yang dibayangkan pun. Bagi Gautam, Jaggi hanya buang masa dengan cinta. Jaggi pula rasa Gautam tak berusaha langsung untuk baiki hubungan cinta dia. 

Masa tengok trailer movie Shiddat arahan Kunal Deshmukh ni ingatkan jalan cerita dia macam filem cinta drama yang lain. Tak sangka pulak watak Jaggi ni sanggup buat apa saja demi buktikan cinta dia pada Kartika. Movie Shiddat ni adalah movie kedua realisasikan ayat ‘lautan luas sanggup ku renang’ lepas watak Kabir Mehra buat keja gila dalam movie Dil Dhadakne Do (2015)

Mungkin kisah cinta Gautam dan Ira buat hati Jaggi tersentuh tapi kekuatan cinta Jaggi pada Kartika yang buka perspektif yang baru kepada Gautam. Penulis beri ruang kepada dua kisah cinta yang berbeza pendirian ni berkembang dengan bagus. One is realist meanwhile another one is madness. Pengajaran yang I dapat dari Shiddat ialah bersederhana. 

Sinematografi hasil karya Amalendu Chaudhary antara kekuatan filem Shiddat bila visual yang dipaparkan tampak cantik dan menghidupkan suasana romantik juga drama sesuai dengan genre yang diketengahkan. Kudos to art and wardrobe team for their work. Diana Penty nampak menawan dalam babak hari perkahwinan dia bersama Gautam. 

Music album Shiddat hasil duo komposer Sachin-Jigar dengan lirik yang dikarang oleh Kausar Munir, Priya Saraiya, Kunwar Juneja dan Manan Bhardwaj. Semua lagu mempunyai elemen romantik especially title song – Shiddat yang menegaskan tentang passion. Tapi lirik Shiddat ni mengundang sebab dia sanjung kekasih dia sampai nak jadikan Tuhan so I mungkin enjoy lagu-lagu lain je. 

Antara sebab lain I suka movie Shiddat ni bila lead and second lead pairing adalah fresh pairing and both pairing have great chemistry. Bab lakonan dan kisah cinta yang logik, of course I’ll go for Gautam and Ira. I do admire Jaggi’s determination, passion and madness but not to that extend. One need to learn their limit. Anyway I feel grateful sebab team production hasilkan genre romantic drama setelah sekian lama Bollywood ketepikan genre ni dan beralih ke biopic. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

2 comments

  1. ada ke cinta betul2 macam tu sekali... kalau dah kahwin lainlah. Nama pun cerita... lagi nak tanya..hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau love story or rom com, for me, chemistry watak utama is everything. Kalau chemistry takde terus citer jadi tak best

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.