Leaf & Co. Cafe, Pasar Seni Kuala Lumpur

Alang-alang dah pergi ke area Pasar Seni, why not singgah dinner sekali dekat sana kan sebab banyak cafe cantik macam Leaf & Co. cafe ni. Lepas borong bunga dekat Lee Wah Florist, jalan selang dua blok, dah jumpa cafe yang bergabung dengan hostel untuk backpackers. 

Dekat depan cafe pun dah ramai yang beratur tunggu meja kosong. Masa tu in split jugak lah nak pergi Mingle Cafe ke Leaf & Co. sebab terletak bersebelahan. Rating dan review untuk kedua-dua cafe pun lebih kurang je. sudahnya pilih Leaf & Co. bila tengok Mingle Cafe penuh. Sebelum masuk pun dah boleh nampak menu apa yang Leaf & Co. cafe offer kepada customer. Ada menu Western, Nusantara dan Korea. 


Uniknya interior Leaf & Co. cafe ni bila dia guna konsep vintage dan raw. Dinding terkopek cat pun boleh nampak cantik kalau dapat dekat tangan orang yang berseni. Nak makan dekat sini kena pilih elok-elok dining table sebab tak semua table sama. Ada yang kayu, ada yang besi, ada yang tinggi ataupun rendah. Tapi kalau dah peak hour, redho je lah dapat dekat mana pun. 


Dekat tingkat atas sepatutnya ada hostel tapi dah kena tutup sebab PKP lah kot. Masa datang sini agak creepy lah untuk tengok atas sebab macam bangunan terbiar. Ada nampak uncang kecil dekat border tingkap tingkat atas tu tapi husnuzon je lah tu uncang goodies penuh dengan candy tsskkkk... memang tak lah aku nak ambik gambar kang ada benda lain kang haaaa


Tempat yang kitorang dapat ni agak ke belakang lepastu gelap pulak tu. Terpaksa lah cari filter dekat IG yang cerah supaya nampak muka bila bergambar. Kalau dapat meja dekat belakang I tu mesti syok sebab lighting cantik, deco pun Instagrammable. But that's okay lah sebab masa tu bateri smartphone dah hujung nyawa dah, lucky for us meja tu ada port untuk charge. 


Walaupun sebelum masuk tu dah tengok rating cafe ni berapa tapi I tak sempat tengok menu yang mana laku keras ataupun yang perlu avoid. Gamble je lah pilih Meatball Cheese dengan fries, Nutella Cheesecake, Hazelnut Latte dengan Rose Latte. 


Ambil masa yang lama jugak untuk order I sampai sebab barista dia bancuh air terlampau tenang lagaknya. Kalaupun nak bancuh air lama cenggitu, bukan ke cafe patut bagi sky juice supaya tekak customer tak kering? Barista Starbucks pun tak bancuh lama macam ni. 


Makanan lambat sampai I boleh faham sebab chef ada sorang je nak masak semua order tapi kalau air pun kena tunggu setengah jam, memang rasa nak marah. Tak special pun rasa dia, heck I feel latte dekat Family Mart lagi sedap dan lebih murah. Nasib baik Nutella Cheesecake dia sedap, kurang sikit rasa marah tu. 


Masa main dish sampai macam ehhhhh jap sebab gravy dia banyak sampai boleh bau tomato tu. Kembang tekak nak makan sebab I tak lah minat sangat dengan bolognese. Cair pulak tu. Nasib baik meatball dengan cheese dia sedap dan dia tak kedekut letak cheese banyak. Bila nak makan meatball pun boleh main tarik tinggi. 

I don't think I akan datang balik untuk makan dekat sini sebab service dia teruk. Kalau nampak ada orang beratur dekat luar tu bukan sebab penuh sangat dekat dalam tapi sebab kena tunggu lama untuk dapat makanan atau minuman. Kinda overrated price for something yang you boleh enjoy makan dekat tempat lain. 

6 comments

  1. menarik prop keda dia ye, sesuai kalau nak bergambar

    ReplyDelete
  2. wahh...hipster sey... banyak cafe cafe menarik kat selangor dan KL.

    ReplyDelete
  3. Walaupun servis teruk tp sedapnya meatball tu farhana hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  4. frust je bila tunggu lama, sampai2 foods & drinks mengecewakan...takpe, next time try cafe lain plak. he he..

    ReplyDelete
  5. Kat Ipoh ni pun banyak kedai makan yang buat style macam ni. Tapi macam malas nak pergi sebab kadang2 ramai orang & parking susah nak dapat.Hu3.

    ReplyDelete
  6. Aduh.. servis lambat ini memang boleh buat marah.. Tambah kalau tengah lapar teruk or dahaga.. memang tak lah untuk dikunjungi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.