Docu-Series Review | House of Secrets : The Burari Deaths

Director : Leena Yadav

Writer : Leena Yadav, Anubhav Chopra

Production Company : Saison Des Femmes Entertainment, Yamini Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Crime

Running Episodes : 3 episodes (40 minutes per episode)

Release Date : 8 October 2021

Trailer : 


Bunuh diri atau dibunuh? Kalau dibunuh, kenapa tiada kesan pecah masuk atau sebarang harta yang diambil? Jikalau bunuh diri, kenapa tangan diikat dengan wayar dan mulut disumbat kain basah? Kematian sebuah keluarga seramai 11 orang dalam posisi yang sama dan metod yang sama – kesemuanya digantung dengan kain, tangan diikat dan mulut disumbat kain basah ataupun ditutup dengan pita pelekat. 

Seawal jam 7.30 pagi jiran berhadapan dengan rumah kedai tersebut pelik bila keluarga ni diam. Selepas lama menunggu, dia ambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah bila pintu tak dikunci. Terkejut bila dia nampak 9 mayat tergantung pada iron grill di ruang tengah, seorang lagi di dalam bilik tidur dan yang paling tua tertiarap di lantai dengan kesan jerut yang dalam. Kejadian ni berlaku pada tahun 2018 dan mengejutkan seluruh rakyat negara India. 

Dokumentari House of Secrets : The Burari Deaths terbitan Netflix ni menarik dengan voice-over yang menggunakan tona suara dalam sekaligus menimbulkan rasa seram dan juga misteri sepanjang 3 episod. Flow dokumentari ni juga tersusun elok bila pada episode 1 menceritakan bagaimana jiran terjumpa mayat kesemua ahli keluarga kemudian pihak polis Delhi menceritakan pengalaman mereka dari pagi sehingga tengahari. 

Boleh nampak macam mana huru-haranya suasana di kawasan tu ditambah dengan kuasa media social yang pantas dalam menyebarkan berita. Bukan sahaja pihak polis kena kuatkan diri untuk kendalikan kes keluarga Bhatia ni malah terpaksa kawal keadaan di luar supaya tak ada kekecohan yang berlaku. 

‘Finding 11 bodies together in a city like Delhi was a big deal. Why has this happened? How? Who did it? And why?’

Persoalan demi persoalan muncul terutamanya bila kes ni diserahkan kepada pihak Crime Branch Investigation (CBI) yang mahir dan cekap dengan kes-kes jenayah. Dari terkejut secara fizikal dan emosi berubah kepada spekulasi-spekulasi liar dari jiran atau pihak media yang pulun untuk naikkan TRP channel masing-masing. Keadaan mayat yang dijumpai pula dalam kedudukan bulatan. Dari jauh persis seperti bayan tree dengan barang pemujaan yang terletak tak jauh dari ruang tersebut. 

Masuk episod yang terakhir bila ahli keluarga dan doktor pakar psikiatri cuba untuk jelaskan dari perspektif dan ilmu psikologi. Boleh nampak dengan jelas kenapa dan bagaimana 11 orang meninggal pada masa yang sama. Explanation dari pihak pakar memang straightforward dan guna Bahasa yang mudah difahami. Sambil dengar sambal Kalau dig deeper kes ni, ada je beberapa fakta yang tak dimasukkan dalam dokumentari. Mungkin sebab tak nak alur cerita terjejas tapi bila tengok dokumentari ni boleh nampak Leena Yadav buat kajian dan penyelidikan yang mendalam. 

Visual dalam dokumentari ni menggunakan real footage yang team production dapat dari pihak-pihak yang terlibat saama ada media ataupun polis. Tapi untuk terangkan keadaan mayat pada hari kejadian, pengarah cuma tunjuk bahagian bawah badan dan juga kain yang menggantung mereka semua. Yang tak syoknya bila footage pada episode 2 dan 3 kebanyakannya berulang sampai naik bosan. Bila pengarah paparkan kepadatan penduduk di bandar Delhi, boleh nampak pertalian dengan kes ni. Siapa yang peduli dengan apa yang terjadi dalam sesebuah rumah sebab kawasan tu padat sangat. Masing-masing ada cara hidup masing-masing. 

Lepas tengok docu-series ni rasa terkesan sangat sebab satu keluarga yang tinggal di bandar Delhi dan kebanyakannya berpelajaran tinggi tapi boleh terpedaya. Impak dia bukan setakat pada emosi tapi pada spritual juga. Ada juga timbul beberapa soalan yang tak boleh nak dijawab macam apa yang polis tu cakap lah, segala persoalan dan kebenaran dah terkubur selamanya bersama 11 orang yang meninggal tu. Bukan setakat ahli keluarga yang hidup tapi dengan kawan-kawan dan jiran juga terkesan sebab satu keluarga pergi macam tu je. Kita tengok luaran bahagia tapi hakikatnya penuh rahsia. 

Disclaimer : Jangan tengok docu-series ni sorang-sorang waktu malam kalau lemah semangat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

4 Comments

  1. dalam wathclist saya juga ni, tunggu masa je nak play

    ReplyDelete
  2. Ammi baru tengok 2 episod..ada lagi satu. Lalit of Lalit

    ReplyDelete
  3. Baru cadang nak tengok tapi bila baca disclaimer yang Farhana letak tu terus cancel.. hahaha.. tiba-tiba je seram..

    ReplyDelete
  4. Mesti dorang terpedaya sebab Lalit boleh bersuara tiba2 tu..padahal dia psiko.. dah layan sekali harung docu ni...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.