
Fenomena Polong nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan apabila tinjauan di beberapa pawagam hari ini mendapati banyak sesi tayangan terus mencatat jualan tiket yang memberangsangkan dengan sebahagian tempat duduk hampir dipenuhi penonton.
Berdasarkan semakan di beberapa lokasi, kebanyakan sesi tayangan Polong terutama pada waktu puncak petang dan malam menunjukkan kadar pengisian yang tinggi, sekali gus membuktikan filem seram tempatan ini terus menjadi pilihan penonton sejak mula ditayangkan.
Sambutan berterusan ini hadir selepas Polong mencatat kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan, selain berjaya menarik lebih 25,000 penonton menerusi tayangan awal sebelum ini.
Reaksi positif penonton di media sosial juga terus membantu meningkatkan momentum filem tersebut, dengan ramai berkongsi pengalaman mereka berdepan adegan-adegan mendebarkan serta kejutan yang membuatkan dewan panggung tidak pernah sunyi daripada jeritan dan reaksi spontan penonton.
Dengan permintaan yang masih tinggi dan banyak sesi tayangan dilihat semakin penuh, orang ramai yang masih belum mendapatkan tiket disarankan untuk membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis dan ramai lagi.
Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong mengisahkan Fatima, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang tanpa sengaja membongkar kisah lampau seorang bomoh wanita bersiri, Maria Hadi. Pencarian tersebut akhirnya membawa kepada kebangkitan satu kuasa gelap yang selama ini cuba disembunyikan.
Kalau berani, inilah masanya untuk merasai sendiri pengalaman seram yang sedang menghantui Malaysia.
#Polong #KiniDiPawagam #DiaKembali
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.