KUANTAN JADI HENTIAN PERTAMA JELAJAH AJL40, BAWA KEMERIAHAN TERUS KEPADA PEMINAT!

Thursday, 18 June 2026

Orang Pahang, berita baik buat anda! Kuantan dipilih sebagai destinasi pembuka tirai siri Meet & Greet Yang Ke-40 yang bakal berlangsung pada 20 Jun ini, sekali gus menjadi hentian pertama jelajah khas sempena ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu. Buat julung kalinya dalam sambutan empat dekad AJL, para finalis akan mendekati peminat di beberapa lokasi terpilih, membawa keterujaan anugerah muzik paling berprestij negara lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Sempena meraikan perjalanan AJL yang telah mencorakkan perjalanan muzik tanah air, siri Meet & Greet Yang Ke-40 ini membuka peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan para finalis di luar pentas. Pengunjung boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan autograf, merakam kenangan menerusi sesi fotografi, menyertai aktiviti interaktif serta membawa pulang hadiah menarik yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Finalis AJL40 yang akan memeriahkan hentian pertama jelajah ini Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), K.O.I (Tiwikarma) serta Kmy Kmo, Luca Sickta dan SalamMusik (Ke Mana Ni), yang akan bersama peminat di Kuantan City Mall pada 20 Jun 2026, dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. Selain beramah mesra, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan istimewa daripada para finalis yang bakal menghidupkan aura pentas AJL di hadapan khalayak.

Selepas Kuantan, siri ini akan meneruskan jelajahnya ke Johor Bahru pada 18 Julai 2026 sebelum berakhir di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026, lantas membawa pengalaman AJL40 lebih dekat kepada pencinta muzik di seluruh negara.

Meet & Greet Yang Ke-40 ini dibawakan oleh McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dengan Volvo selaku rakan bersama. Melalui inisiatif Selamat, Volvo Car Malaysia mengangkat kesedaran mengenai kepentingan asas keselamatan automotif kepada rakyat Malaysia, sejajar dengan mesej “Selamat itu Volvo & Volvo itu Selamat” serta “Ingat Volvo, Ingat Selamat”.

Menjelang malam kemuncaknya, pelbagai pengisian menarik akan terus diperkenalkan bagi memeriahkan sambutan anugerah berprestij ini, termasuk Muzik Lab dan aktiviti lain yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa. 

Sertai perbualan dan ikuti perkembangan terkini sepanjang perjalanan menuju AJL40 menerusi tanda pagar #ROADTOAJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. Jumpa anda di Kuantan City Mall Sabtu ini! 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.