“KETURUNAN” ANGKAT KISAH CINTA YANG DIUJI TAKDIR DAN KESETIAAN

Friday, 26 June 2026

“KETURUNAN” ANGKAT KISAH CINTA YANG DIUJI TAKDIR DAN KESETIAAN | KONFLIK, DENDAM DAN RAHSIA GELAP KELUARGA KORPORAT 

Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 – Sejauh mana seseorang sanggup mempertahankan nama, harta dan kedudukan keluarga? Dan mampukah cinta bertahan apabila dikelilingi pengkhianatan, hasad dengki serta rahsia yang disembunyikan turun-temurun? Drama bersiri Keturunan bakal menemui penonton bermula 29 Jun hingga 24 Julai 2026, dengan 20 episod yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam secara eksklusif di Tonton.

Menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Syarul Ezani, Datuk Seri Shah Rezza, Hafidzuddin Fazil, Syazuwan Hassan dan Ruhainies, drama ini menyajikan kisah penuh emosi yang menggabungkan konflik keluarga, dunia korporat, percintaan, pengkhianatan serta misteri yang mengundang pelbagai persoalan.

Kisah bermula dengan hubungan cinta Azira (Ruhainies ) dan Haikal (Syarul Ezani ) yang telah terjalin sejak zaman universiti. Hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga yang sememangnya mempunyai pertalian rapat menerusi urusan perniagaan sejak bertahun-tahun lamanya. Azira merupakan cucu kepada Datuk Syed Razak  (Datuk Seri Shah Rezza ) pemilik syarikat perabot terbesar negara, SR Furniture Holdings manakala Haikal pula cucu kepada Datuk Jalal Alsagoff (Hafidzuddin Fazil), pemilik empayar tekstil terkenal, Sutera Emas. 

Hubungan mereka bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat, malah dilihat sebagai simbol penyatuan dua keluarga korporat berpengaruh. Namun segalanya berubah apabila majlis pertunangan mereka bertukar menjadi medan pertelingkahan yang memalukan. Dalam sekelip mata, pertunangan yang menjadi impian kedua-dua keluarga dibatalkan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan kecaman netizen. Di sebalik kemelut percintaan Azira dan Haikal, kedua-dua keluarga sebenarnya sedang bergelut dengan pelbagai konflik yang jauh lebih besar. 

Datuk Jalal berdepan masalah kewangan syarikat yang semakin meruncing, manakala Datuk Syed Razak  pula mula dihimpit oleh rahsia hitam yang disimpan sejak sekian lama. Dalam masa yang sama, perebutan kuasa dalam keluarga Jalal Alsagoff dan keluarga Syed Razak  semakin memuncak apabila beberapa individu mula menyusun strategi untuk menguasai syarikat dan harta keluarga. 

Kepercayaan bertukar menjadi pengkhianatan, kasih sayang bertukar menjadi dendam, manakala rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya mula terbongkar satu persatu. Mampukah Azira dan Haikal mempertahankan cinta yang telah dibina sejak sekian lama? 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Keturunan, bermula 29 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah malam, eksklusif di Tonton.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.