Kalau adik tak kena denggi, tak tahu lah kewujudan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dekat Sungai Buloh ni. Kawan kata memang dah selalu kalau dekat Hospital Sungai Buloh penuh dengan pesakit, diorang akan hantar pesakit yang dah nak pulih ke sini.
Tenang jugak dekat sini, kawasan dah la tersusun cantik, bersih pulak tu. Masa datang ni I park kereta dekat luar sebab tak tahu nak park dekat mana. Lepastu berjalan kaki masuk pergi ke wad adik. Ingatkan dekat je sebab nampak kawasan PKKN ni macam kecil rupanya jauh ke belakang sana. Tapi okay je sebab memang niat nak jalan-jalan tengok tempat. Bila lagi nak datang sini kan?
I sampai sini tengahari sebab pagi tu pergi SSM. Sampai rumah je terus ambil kereta pastu datang ambil budak ni nak discharge. Berjaya lah jugak dia discharge sebelum PBAKL.
Progress teruk lah sebab masa Day 1 sampai Day 3 dekat Hospital Sungai Buloh tu nak minum 1liter pun susah. Hari-hari awal okay lah ada IV drip. Makan pun dah habis walaupun ada yang bersisa tapi okay lah untuk dia yang jenis picky eater.
Duduk dekat wad sini berbeza betul dengan dekat wad Hospital Sungai Buloh. Ada kipas tapi tinggi so bila tidur malam panas sikit lah. Tandas pun kena pergi dekat luar wad baru ada. Kalau malam memang kena kuatkan iman dan keberanian.
Adik kata okay je dekat sini tapi makcik dekat katil hujung selalu tantrum nak balik rumah. Kesian dekat nurse sebab katil dia dekat dengan meja nurse dalam wad tu. Patutnya ambil borang discharge dekat nurse lepastu pergi dekat Jabatan Hasil di pintu masuk PKKN tapi disebabkan dah tengahari so pejabat pun dah tutup.
Makanya, kitorang kena pergi ke Unit Hasil Hospital Sungai Buloh lepastu bagi borang discharge kemudian datang balik ke PKKN untuk sahkan dah selesai urusan dengan Unit Hasil. Boleh je kalau terus balik rumah tapi nanti nurse buat report dekat polis. Nurse kata kalau nak merasa rumah kena ketuk dengan polis sebab ada hutang dengan hospital boleh lah balik rumah terus hshshs
Lepas dah selesai semua urusan, kitorang selfie jap dekat sini sebagai tanda selesai.
Lega sangat adik dah bebas denggi dan boleh keluar dari hospital. Ni pengalaman pertama keluarga lah sebab tak pernah lagi ahli keluarga kena denggi. Terima kasih Hospital Sungai Buloh dan nurse dekat PKKN yang berkhidmat dengan baik dan mesra. Semoga budi dan jasa dibalas Tuhan, semoga dimurahkan rezeki juga 💜













Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.